ACL 2020: JDT Diundi Di Dalam Kumpulan G Bersama Juara CSL, Guangzhou Evergrande

Seperti yang kita semua maklum pada hari ini, undian kumpulan untuk pertandingan Liga Juara-Juara AFC (ACL 2020) akan berlangsung.

Proses undian pertandingan berprestij kelab-kelab Asia itu mengambil tempat di AFC House, Bukit Jalil pada jam 4.00 petang tadi.

Selesai undian, JDT telah diundi di dalam Kumpulan G bersama-sama juara Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande yang dibimbing oleh legenda bola sepak Itali, Fabio Cannavaro.

Turut berada di dalam kumpulan yang sama adalah wakil Korea Selatan, Suwon Blue Wings yang tampil selaku juara Piala FA Korea.

Wakil keempat yang diundi bersama skuad Harimau Selatan bimbingan Benjamin More di Kumpulan G ialah pemenang Piala Emperor Jepun.

Empat pasukan kini berada di separuh akhir pertandingan tersebut yang berkemungkinan akan menjadi lawan kepada JDT ialah Kashima Antlers, V-Varen Nagasaki, Vissel Kobe,  dan Shimizu S Pulse.\

Satu lagi wakil negara, Kedah FA pula akan berada di dalam Kumpulan E sekiranya berjaya melepasi pusingan kelayakan dan play-off.

Kedah FA bakal berhadapan Wofoo Tai Po dari Hong Kong di pusingan kelayakan pusingan kedua pertandingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL 2020).

Cabaran lebih besar menanti Kedah sekiranya berjaya melepasi Wofoo Tai Po, apabila FC Seoul bakal menanti di peringkat play-off selepas itu.


Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.

Kedah, are you ready? ??

Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, December 10, 2019

Kedah FA yang layak selaku juara Piala FA 2019, dijadualkan berhadapan Wofoo Tai Po pada 21 Januari hadapan di Stadium Darul Aman.

Skuad kendalian Ketua Jurulatih, Aidil Shahrin akan beraksi di Stadium Piala Dunia Seoul, Korea Selatan pada 28 Januari sekiranya berjaya mara ke pusingan akhir kelayakan tersebut sebelum bersaing di peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN