AC Milan Terkejut Dengan Kerugian Jauh Daripada Jangkaan

Gazetta Dello Sport melaporkan AC Milan kini berhadapan satu lagi masalah kerugian besar dalam akaun tahunan mereka.

AC Milan menerima perlaburan yang besar ketika diambil alih oleh pemilik dari China. Namun perlaburan mereka ketika itu tidak memberikan pulangan lumayan.

Milan kemudian diambil alih oleh Elliott Management Corporation. Milan masih mengamalkan corak perbelanjaan yang tidak menguntungkan.

Mereka gagal menjual pemain dengan nilai tinggi dan melanjutkan kontrak pemain dengan tawaran lumayan.

Lebih perit, AC Milan gagal menarik tajaan yang lebih besar. Dalam beberapa tahun ini. Milan juga digantung daripada kejohanan Eropah, ia memberikan impak besar dalam usaha mereka mendapatkan lebih dana daripada hak penyiaran. Ia pasti akan memberikan impak kepada mereka pada musim ini – dari segi kewangan.

AC Milan melaporkan bahawa kelab, 2018/19, telah mengalami kerugian sekitar €146 juta. Angka itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang mereka ramalkan.

Pada musim ini mereka mengurangkan dana untuk membeli pemain. AC Milan dikatakan sudah menjangkakan akan rugi sekitar €90 juta. Namun ianya agak mengejutkan kerana catatan sebenar kerugian mereka adalah €20 lebih tinggi daripada yang mereka sangkakan.

Kos operasi kelab mereka masih sangat tinggi, di mana ianya meningkat kepada €35 juta setahun – melibatkan bayaran utiliti, gaji pemain, jurulatih, staf dan banyak lagi.

Seterusnya, pendapatan tahunan mereka merosot kerana kegagalan mencapai lebih kejayaan di atas padang serta digantung daripada pertandingan Eropah.

AC Milan sebelum ini melantik Ivan Gazidis untuk memacu semula perkembangan ekonomi di Milan. Namun beliau setakat ini masih buntu.

Arsenal FC CEO Ivan Gazidis

Masalah lain yang menimpa Milan adalah isu tajaan. Mereka tidak mendapat wang yang tinggi daripada tajaaan. Mereka juga tidak mendapat pendapatan yang lumayan daripada jualan barangan eksklusif.

Gazetta Dello Sport menyifatkan tindakan AC Milan yang terlalu emosi dalam berbelanja sebelum ini membuatkan mereka ibarat anjing yang menggigit ekor mereka sendiri.

Ketika peralihan pemilikan dari Berlusconi ke billionaire China, wang banyak masuk namun digunakan untuk membeli pemain tak berimpak tinggi. Mungkin hanya Bonucci yang memberikan impak besar dalam padang. Selain itu, lebih ramai pemain yang gagal menepati harapan.

Mereka gagal memperkasakan semula perkara lain, dan terlalu bertumpu kepada cubaan untuk mendapat kejayaan segera pada ketika itu.

Akhirnya, mereka kini, tiada piala (yang dikejar) kemudian aspek lain tidak terurus.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram