Raiola: “AC Milan Mengancam Keselamatan Donnarumma & Keluarganya!”

Isu melibatkan kontrak Gianluigi Donnarumma menjadi perhatian beberapa hari kebelakangan ini.

Rata-rata pihak memberikan respon yang negatif terhadap penjaga gol muda itu selepas beliau tidak mahu memperbaharui kontrak beliau.

Kini, ejen beliau iaitu Mino Raiola telah memberikan respon mengenai isu tersebut.

Kata beliau, ia bukannya berkait dengan wang tetapi keselamatan Donnarumma sendiri.

“AC Milan telah memberi ancaman kepada Donnarumma dan keluarganya.”

“Situasi di sini menjadi tegang dan tidak selamat. Kami tiada jalan lain ketika ini.”

Raiola memberi gambaran yang keluarga Donnarumma diberi ancaman mati oleh pihak kelab ketika ini.

“Diantara amaran tidak akan bermain lagi serta ancaman bunuh, anda tak boleh simpan pemain anda dengan ugutan begitu.”

Menurut Raiola lagi, Donnarumma sebenarnya sudah memberikan lampu hijau untuk mula berbincang mengenai kontrak baharu.

Namun begitu, penjaga gol itu diberi layanan yang tidak elok oleh pihak kelab ketika ini.

“Beliau kata kepada saya, ketika ini bukannya waktu yang sesuai untuk berbincang mengenai kontrak baharu kerana layanan yang diterima tidak begitu baik.”

Menurut Raiola, pengarah sukan AC Milan iaitu Massimiliano Mirabelli dikatakan sebagai punca mengapa isu kontrak ini tidak lagi diselesaikan.

“Saya tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Mirabelli.”

“Saya tak akan bagi muka dengan perangai yang dilakukan beliau, saya tak akan biarkan!”

AC Milan dijangka bakal berikan kenyataan mengenai apa yang dikatakan oleh Raiola pada esok.

Raiola juga menyatakan Donnarumma tidak akan tinggalkan AC Milan sebagai free agent.

Sumber:

  1. Football Italia (2017): Raiola: ‘Donnarumma was threatened!’; http://www.football-italia.net/104366/raiola-donnarumma-was-threatened

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply