AC Milan, AS Roma Isytihar Boikot Corriere Dello Sport Kerana Tajuk Rasis

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Kelmarin Corriere Dello Sport telah melakukan kontroversi apabila menulis Black Friday sempena aksi pada Jumaat di antara AS Roma dan Inter Milan.

Dipaparkan pula gambar Romelu Lukaku dan Chris Smalling di muka hadapan tersebut.

Tindakan akhbar itu memnbuatkan Romelu Lukaku dan Chris Smalling mengecam akhbar tersebut.

Inter Milan dalam kenyataan rasminya menyatakan: “Bola sepak itu satu kecintaan, budaya dan semangat persaudaraan. Kami sentiasa menentang sebarang bentuk diskriminasi.”

AC Milan pula menganggap tindakan itu sebagai tidak boleh diterima dan melancarkan boikot serta merta ke atas akhbar tersebut.

AS Roma turut mengambil pendekatan yang sama kerana kecewa dengan tajuk artikel tersebut.

Jadi, tidak dibenarkan menjual ataupun membawa akhbar tersebut ke perkarangan kompleks sukan termasuk stadium.

Boikot tersebut dikenakan sehingga akhir tahun ini dan berharap permohonan maaf daripada pihak bertanggungjawab.

Ejen kepada Romelu Lukaku iaitu Federico Pastorello terkejut dan kecewa dengan tajuk artikel yang berbentuk rasis.

Federico faham kenapa Lukaku sedih dengan apa yang berlaku namun percaya pemain itu sangat kuat dan tabah untuk menghadapi apa yang berlaku.

Namun editorial akhbar tersebut menafikan mereka rasis dan mempertahankan tindakan mereka.

“Putih, hitam, kuning. Untuk memandang negatif semua perbezaan itu adalah kesilapan besar dalam menuduh orang rasis dalam kita memperjuangkan anti rasisme.”

Malah CDS menyatakan mereka hanya ingin meraikan perbezaan yang ada di dalam liga bola sepak mereka.

“Jika anda tidak faham, ianya kerana kamu tidak mahu memahaminya ataupun tidak boleh faham,” tambah akhbar itu lagi.