Abu Bakar Fadzim Tolak Tawaran Bimbing Melaka United

Kerjasama Semuanya BOLA

Baru-baru ini timbul khabar angin yang mengatakan nama jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim kini dikaitkan bakal mengendali skuad Melaka United musim depan.

Ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut, Abu Bakar menafikan akan menyertai Melaka United sebaliknya memilih untuk kekal bersama kelab PKNP FC untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Beliau berkata kepada Sinar Harian, keputusan untuk kekal di PKNP FC dibuat selepas kelab itu menjelaskan hala tuju dan menyatakan akan tetap bermain dalam saingan Liga Super musim hadapan.

“Saya berterima kasih dengan kesungguhan yang ditunjukkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) dan juga penyokong Melaka United.

“Memang saya akui ada perbincangan berlaku, namun saya membuat keputusan untuk kekal di PKNP selepas kelab menyatakan hala tuju untuk musim hadapan.

“Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada pengurusan Musa dan mereka memahami keputusan saya,” katanya.

Abu Bakar

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadiberkata kepada Berita Harian, mengesahkan memang ada usaha beberapa pihak untuk mencari jurulatih baharu Melaka United musim depan, namun setakat ini tiada rundingan lanjut.

“Kami pastinya mahu mengekalkan Elavarasan yang cemerlang meletakkan United ke saingan Piala Malaysia selain kekal di Liga Super musim depan selepas mengambil alih tugasan daripada Eduardo Almeida pada pertengahan musim.

“Namun, semuanya terpulang kepada beliau (Elavarasan) dan pengurusan baharu tahun depan,” katanya.

Abu Bakar mula membimbing PKNP FC pada tahun 2015 dan berjaya membawa pasukan kelab itu ke saingan Liga Super tahun ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply