Abu Bakar Fadzim Tolak Lamaran TRW, Buru Kejayaan Bersama PKNP FC

Ketua Jurulatih PKNP FC Abu Bakar Fadzim dilaporkan telah menolak tawaran oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membimbing pasukan pantai timur itu pada musim hadapan.

Perkara itu didedahkan oleh Berita Harian dalam satu laporan yang disiarkan di portal online akbar itu malam tadi.

Walaupun terpaksa menolak tawaran yang didatangkan sendiri oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilyas Khan sekitar bulan lalu, Abu Bakar Fadzim menegaskan tumpuan beliau kini adalah untuk menyelesaikan tugasan bersama PKNP FC yang mulai dibimbing oleh beliau kira-kira 2 tahun yang lalu.

Abu Bakar Fadzim
Kredit: PKNP FC

Ketua jurulatih PKNP FC itu dipetik sebagai berkata kepada wartawan Beita Harian:

“Minta maaf. Tugas saya dengan PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) FC masih belum selesai.”

“Saya ucapkan terima kasih kepada KAFA kerana mempunyai keyakinan terhadap saya hingga membuat tawaran untuk jurulatih TRW.

“Tapi tugas saya dengan PKNP belum selesai. Pasukan ini baru ditubuhkan dua musim lalu dan saya ingin laksanakan cita-cita dan aspirasi pasukan.

Kredit: Utusan Malaysia

Sebelum ini pengendali pasukan 100Plus Liga Premier itu mendiamkan diri mengenai hal tawaran daripada PKNP FC kerana mahu memgambil masa untuk memikirkan tawaran tersebut.

Abu Bakar Fadzim menegaskan beliau memerlukan tempoh itu untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya terlebih dahulu sebelum mulai mencongak hala tuju beliau sebagai jurulatih.

Bekas pemain era 90an sehingga awal 2003 itu menegaskan beliau belum boleh meninggalkan PKNP FC kerana berhasrat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan objektif pasukan yang baru ditubuhkan 2 tahun yang lalu itu tercapai.

“Saya sudah mengikat kontrak dua tahun dengan mereka. Ini bukan soal wang semata-mata tapi juga kepuasan melihat hasil kerja,” tambah beliau lagi menjelaskan kedudukannya.

Abu Bakar Fadzim mulai menceburkan diri ke dalam bidang kejurulatihan pada 2009. Pada masa itu, beliau dipertanggungjawabkan untuk membimbing pasukan belia dan juga Piala Presiden Perak FA.

Sebelum menyertai PKNP FC, Abu Bakar FAdzim turut pernah dilantik sebagai pembantu ketua jurulatih pasukan utama Perak FA sebanyak beberapa kali.

Dalam tempoh tersebut, beliau pernah berkhidmat di bawah beberapa jurulatih, antaranya Dato M.Karathu, Norizan Bakar dan juga mendiang Karl Heinz Weigang.

Pada musim lalu, Abu Bakar Fadzim berjaya membawa pasukan PKNP FC menamatkan saingan 100Plus Liga Premier di tangga ke-3, dipisahkan hanya dengan 1 mata dengan juara dan naib juara, melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dan juga Piala FA 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN