Abu Bakar Fadzim Anggap Satu Mata Diraih Bertemu Kedah Cukup Penting Buat PKNP FC

Abu Bakar

Pengendali Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Abu Bakar Fadzim mengganggap satu mata yang diraih ketika mengikat Kedah 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi cukup penting buat skuad bimbingannya.

Dengan keputusan seri itu, PKNP FC ketika ini melonjak satu anak tangga bagi menyelamatkan buat seketika yang sebelum ini menghuni tangga ke-11.

Kedudukan mereka bagaimanapun bakal terancam sekiranya Kuala Lumpur berjaya menewaskan Pahang di Kuantan malam ini serta Felda United menundukkan Selangor pada hari Ahad ini.

”Memang kita tahu begitu sukar untuk membawa pulang mata penuh dengan prestasi Kedah dan juga dengan kekuatan mereka di tempat sendiri. Pada tahun ini, mereka belum pernah kalah lagi, itu saya akui.”

”Cuma pemain saya tidak berputus asa walaupun pada separuh masa pertama kita kelihatan gugup kerana tekanan yang amat tinggi untuk pemain-pemain PKNP FC bagi mengelakkan kekalahan.”

”Sebarang kekalahan akan menidakkan peluang untuk kita kekal dalam Liga Super.”

”Separuh masa kedua saya nampak walaupun kesilapan hilang fokus pemain saya, gol yang bagi saya boleh dielakkan diantara komunikasi penjaga gol dan pertahanan.”

”Tetapi kita tidak berputus asa, sekurang-kurangnya PKNP dapat melonjak ke tangga ke-10 pada malam ini. Satu mata yang sangat penting buat pasukan PKNP.”

Abu Bakar turut mengharapkan segala yang telah dipersiapkan terutamanya taktikal ketika bertahan dapat memainkan peranan penting buat PKNP FC.

”Harapan bagi saya pada tiga perlawanan terakhir ini kita akan pergi ke Melaka, bermain di tempat sendiri bertemu Felda United dan akan bermain dengan PJ City FC.”

”Bagi saya dengan momentum selepas tujuh perlawanan terakhir, selepas saya mengubah sedikit formasi, lebih selamat ketika bertahan, kita dapat lihat daripada empat perlawanan kita dapat mengumpul tiga mata.”

”Itu yang kita perlukan pada saat-saat tiga perlawanan terakhir dan sedikit tuah untuk mengiringi PKNP FC.”

Pada aksi malam tadi, Kedah terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Azammuddin Akil pada minit ke-51 tetapi kelebihan tersebut dipadamkan ketika aksi berbaki sembilan minit hasil tandukan pemain import dari Brazil, Giancarlo Lopes.

Kredit foto: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN