Adakah Kelantan Sudah Menemui Pengganti Mohammed Ghaddar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Perpindahan Ghaddar ke JDT sedikit sebanyak telah mengecewakan peminat Kelantan.

Mana tidaknya, beliau merupakan pemain yang terbaik bagi pasukan Kelantan musim ini.

Namun begitu, Kelantan dikatakan sudah pantas melakukan kerja dalam mencari pengganti Ghaddar.

Sebelum ini, pasukan Sarawak yang juga dalam misi memperbaiki pasukan mereka dengan cuba mendapatan pemain Singapura iaitu Sahil Suhaimi dan juga pemain dari Lubnan – Abou Bakr Al-Mel.

Namun begitu, dikatakan Al-Mel mungkin tidak beraksi di sebelah Borneo negara kita.

Sebaliknya beliau dijangka beraksi di Pantai Timur Malaysia!

Hal ini berlaku selepas beliau sendiri mengumumkan yang beliau kini dalam perjalanan ke Kelantan.

“Kepada pasukan baharu saya – Kelantan,” luah Al-Mel di Instagram beliau.

View this post on Instagram

#To #My #New #Team #kelantan 😍😘❤️

A post shared by Bako 10 (@bako_77) on

Selain itu juga, Instagram Lubnan FA juga telah mengucapkan selamat maju jaya buat Al-Mel yang bakal ke Kelantan.

Tapi siapakah beliau?

Abou Bakr Al-Mel merupakan seorang penyerang berasal dari Lubnan yang kini berusia 24 tahun. Ketika ini beliau merupakan penjairng terbanyak Liga Perdana Lubnan.

Kelantan merupakan kelab pertama Al-Mel di luar Lubnan. Sebelum ini beliau menyertai pasukan-pasukan seperti AC Tripoli, Al-Ijtimai dan juga Zgharta.

Penyokong Kelantan, teruja?