ABK19: Ini Kesebelasan Pilihan Peminat

ABK19 merupakan anugerah yang menghargai pemain, jurulatih, media bola sepak dan yang lain-lain berkaitan.

Sebentar tadi diumumkan kesebelasan pilihan peminat Liga Malaysia.

Ifwat Akmal dipilih sebagai penjaga gol. Beliau membantu Kedah mara ke 2 final dan menjuarai 1 piala FA.

Manakala bek berempat menyaksikan 3 pemain Kedah termasuk Rizal Ghazali, Shakir Hamzah, Renan Alves. Corbin Ong melengkapkan senarai tersebut

Sementara tengah menyaksikan Baddrol Bakhtiar, Brendan Gan dan Lee Tuck dipilih peminat.

Serangan bertiga dikuasai trio serangan JDT iaitu Akhyar Rashid, Diogo dan Safawi Rasid.

Jurulatih pilihan pula ialah Aidil Sharin Sahak. Jurulatih yang cemerlang pada musim pertama bersama Lang Merah.

Anugerah ini adalah menerusi pilihan peminat yang melakukan undian.

Sementara itu Anugerah Pemain kebangsaan paling popular pilihan peminat adalah milik Safawi Rasid.

Penyerang yang menjadi nadi utama JDT dan Malaysia pada tahun ini.

Tahniah kepada yang berjaya menambat hati para peminat.

Anda bagaimana? Puas hati dengan senarai ini ataupun nak melakukan pertukaran?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN