ABK 2021: Arif Aiman Cipta Sejarah MVP Termuda, JDT Teruskan Dominasi

JDT ABK 2021

Penyerang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencipta sejarah apabila muncul pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) termuda dalam sejarah Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).

Pemain berusia 19 tahun itu turut memenangi dua anugerah lain iaitu pemain muda terbaik dan penyerang terbaik.

Pasukannya juga seperti dijangka mendominasi sebahagian besar anugerah yang disampaikan secara virtual pada malam ini.

Antara anugerah lain yang dikuasai oleh juara Liga Super tersebut adalah penjaring gol terbanyak Liga Premier (Fernando Rodriguez), penjaga gol terbaik (Farizal Marlias) dan pertahanan terbaik (Matthew Davies)

Tidak cukup dengan itu, skuad Harimau Selatan itu juga turut membawa pulang Anugerah Kasut Emas (Bergson da Silva) serta pasukan terbaik.

Antara yang mencuri tumpuan dalam majlis anugerah ini adalah ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak yang memenangi anugerah Jurulatih Terbaik selepas kejayaannya menamatkan penantian 32 tahun pasukannya untuk menjuarai Piala Malaysia tempoh hari.

Penyerang skuad ibu kota berkenaan, Romel Morales yang menjaringkan 10 gol dan muncul penjaring terbaik kejohanan tersebut juga memenangi anugerah Pemain Import Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ABK 2021:

Anugerah Fair Play: Skuad Projek FAM-MSN

Penjaring Tempatan Terbanyak Liga Premier: Nurshamil Abd Ghani (Kelantan)

Penjaring Terbanyak Liga Premier: Fernando Rodriguez (JDT) & Jordan Mintah (Terengganu)

Penjaring Tempatan Terbanyak Liga Super: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penjaring Terbanyak Liga Premier: Ifedayo Omosuyi (Selangor)

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Pertahanan Terbaik: Matthew Davies (JDT)

Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang Terbaik: (Arif Aiman Hanapi)

Ketua Jurulatih Terbaik: Bojan Hodak (Kuala Lumpur City)

Pemain Import Terbaik: Romel Morales (Kuala Lumpur City)

Anugerah Kasut Emas: Bergson da Silva (JDT)

Pasukan Terbaik: Johor Darul Ta’zim

Pemain Paling Bernilai: Arif Aiman Hanapi (JDT)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN