Gagal Capai Persetujuan Kontrak Baharu, Aaron Ramsey Mungkin Tinggalkan Arsenal

Perbincangan mengenai kontrak baharu di antara Arsenal dan pemain tengah, Aaron Ramsey dilaporkan menemui jalan buntu.

Menurut laporan ESPN, perkembangan ini memungkinkan pemain antarabangsa Wales itu menyertai pasukan lain secara percuma pada musim panas akan datang, selepas kontrak beliau di Emirates tamat.

Sumber dalaman kelab pada mulanya dipetik sebagai berkata beberapa minggu yang lalu, perbincangan butiran mengenai kontrak baharu di antara kedua-dua pihak sedang berjalan dan berada di peringkat akhir perbincangan.

(Photo by Visionhaus/Getty Images)

Namun ianya tidak berakhir seperti yang diharapkan apabila tiada persetujuan dicapai, dan menyebabkan kontrak baharu ditawarkan oleh Arsenal kepada Ramsey setakat ini.

Kurang jelas mengapa tiada persetujuan dicapai sebelum perbincangan dihentikan. Namun sumber dari BBC berkata Arsenal memutuskan mereka tidak boleh meneruskan perbicangan terebut.

Ramsey berada di tahun terakhir kontrak untuk kekal di Emirates. Kegagalan mengikat pemain tersebut dengan kontrak yang diperbaharui bermakna The Gunners hanya mempunyai dua pilihan selepas ini.

Arsenal mungkin akan melepaskan Ramsey pada jendela perpindahan Januari hadapan dengan harga yang rendah, atau membiarkan saja pemain itu menyertai kelab lain tanpa menerima sebarang bayaran pada jendela perpindahan musim panas.

22nd April 2018, Emirates Stadium, London, England; EPL Premier League Football, Arsenal versus West Ham United; Aaron Ramsey celebrates scoring Arsenal’s second goal with Pierre-Emerick Aubameyang (Photo by Simon West/Action Plus via Getty Images)

Situasi kontrak sebegini bukan perkara baru di Arsenal. Sebelum ini Arsenal turut berhadapan dengan perkara yang sama dengan Alexis Sanchez sebelum pemain antarabangsa Chile itu menyertai Manchester United pada Januari tahun lalu.

Mesut Ozil sebelum ini turut menangguhkan komitmen beliau untuk kekal di Emirates sebelum bersetuju dengan bayaran bernilai £300,000 seminggu pada Januari yang sama Sanchez menyertai United.

Laporan oleh ESPN turut menyebut jumlah gaji yang perlu dibayar kepada Ozil, diikuti oleh Henrikh Mkhitaryan yang tiba dari United, dan ketibaan Pierre-Emerick Aubameyang telah menghadkan sistem gaji di Arsenal.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Ramsey yang merupakan pemain paling lama bersama Arsenal di kalangan skuad sedia ada dikatakan mahu dibayar £200,000 seminggu untuk kekal di Emirates.

Pengurus pasukan Unai Emery yang tiba untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Arsene Wenger sebelum ini pernah menggariskan kepentingan Ramsey di dalam sistem yang dibentuk oleh beliau.

Dengan sistem pengurusan yang baru di Arsenal, ini bermakna Emery tidak mempunyai kuasa berkaitan kontrak pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN