Tawaran Kontrak Baharu Ditarik Balik, Aaron Ramsey Mahukan Penjelasan

Arsenal kini mempunyai saat-saat yang cukup baik kerana telah menang 11 perlawanan dalam semua kejohanan.

Akan tetapi, di dalam skuad Arsenal terdapat pemain yang mengalami masalah dengan pihak kelab.

Menurut laman The Guardian, Aaron Ramsey kini menzahirkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak kelab kerana keputusan Arsenal yang menafikan tawaran kontrak baharu kepada beliau.

Sebelum ini, Arsenal telah menawarkan kontrak baharu kepada beliau namun kini tawaran itu telah pun ditarik balik.

Dan kini, Ramsey mahukan penjelasan dari pihak kelab kenapa tindakan itu dibuat.

Hal ini kerana, Ramsey mengatakan dirinya sudah pun mula bersedia untuk menerima kontrak baharu bersama dengan kelab London itu.

“Saya harap akan ada pihak hadir untuk berikan penjelasan kepada saya mengenai situasi ini.”

“Jika ada sebab saya akan terima. Apabila masa yang betul telah tiba saya akan tahu apa yang berlaku tetapi buat masa sekarang ianya tidak lagi berlaku.”

Ramsey mengakui dirinya sudah bersedia untuk menerima kontrak baharu setelah lama menanti. Namun begitu, beliau kecewa kerana tawaran itu ditarik balik.

“Setakat ini tiada tawaran kontrak diberikan jadi tiada apa yang boleh saya pertimbangkan buat masa ini.”

“Semua orang tahu yang kontrak telah ditawarkan tetapi ditarik balik, saya sudah bersedia untuk terima kontrak itu tetapi sekarang saya tak pasti kenapa Arsenal berbuat demikian.”

Ramsey mengetuai cabaran Arsenal dalam kemenangan mereka menentang Sporting Lisbon dalam aksi Europa League tempoh hari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram