Samuel Eto’o Percaya Romelu Lukaku Bakal Menyinar Di Inter Milan

Lukaku

Seperti yang diumumkan malam tadi, Romelu Lukaku telah sah menyarung jersi Inter Milan selepas beraksi dua musim bersama Manchester United dengan transaksi bernilai £73 juta.

Kehadirannya juga menamatkan penantian pengurus Inter Milan, Antonio Conte yang sudah lama berhajat untuk mendapatkan khidmat Lukaku sewaktu pengendali kelahiran Itali itu membimbing Chelsea.

Pemergian Lukaku ke Itali turut menarik perhatian bekas rakan sepasukannya ketika di Everton, Samuel Eto’o.

Eto’o yang mengucapkan selamat maju jaya buat Lukaku di laman Instagram peribadinya turut beranggapan penyerang antarabangsa Belgium itu mampu untuk menyinar bersama Inter Milan.

”Selamat datang ke Inter Milan, Romeo. Lebih daripada sebuah pasukan. Ia adalah satu keluarga yang anda telah sertai.”

”Tak perlu diragui lagi, anda akan terus menyinar di sana.”

”Semoga berjaya di pengembaraan baharu dan saya mengharapkan ia akan diisi dengan matlamat (jaringan). Berikan kami (Inter Milan) kebanggaan ‘adik kecil’!

Romelu Lukaku menghasilkan 12 jaringan pada aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu buat Manchester United dan beliau dilihat kurang mendapat tempat dihati pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang lebih gemar meletakkan Marcus Rashford selaku peledak utama.

Kredit foto: Twitter Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram