9 Perkara Yang Wajib Anda Tahu Mengenai Gabriel Paulista

 


Arsenal semakin hampir mengikat kontrak dengan pemain bek tengah Villareal, Gabriel Paulista. Agen pemain berkenaan dilaporkan telah terbang ke Sepanyol untuk membicarakan tentang perpindahan tersebut dan pelepasan kontrak bersama Villareal.

Wenger pula tanpa selindung dan segan silu menyatakan hasratnya untuk mendapatkan Gabriel dan berusaha ke arah itu. Pengendali dari Perancis itu dipetik berkata “ia sedang berjalan dengan baik”.

Khas untuk peminat Arsenal dan Liga Perdana Inggeris (EPL), kami akan berkongsi dengan anda 9 perkara yang wajib anda tahu tentang pemain berbakat besar ini :

1. Gabriel Armando de Abreu, atau nama panggilannya Gabriel dilahirkan di Sao Paulo, Brazil dan mendapat latihan bola sepak skuad remaja bersama Esporte Clube Vitoria, Salvador. Beliau bakal menjangkau umur 24 tahun pada November tahun ini.

2. Pemain bek tengah berketinggian 1.85m ini membuat penampilan sulungnya di liga Brazil menentang Flamengo pada tahun 2010 , ketika hanya berusia 19 tahun.

3. Gabriel adalah seorang pemain yang versatile – posisi utamanya adalah bek tengah, namun dia mempunyai pengalaman dan mampu beraksi di posisi bek kiri dan bek kanan.

4. Gabriel telah diundi sebagai pemain bek tengah terbaik dalam kejuaraan Campeonato Baiano yang dimenangi oleh kelab yang diwakilinya pada tahun 2013. Gabriel yang gemar melakukan close & tight man marking, ternyata bijak dalam membaca gerakan lawan apabila kerap melakukan interception. Dia juga bijak melakukan challenge terhadap lawan apabila berjaya melakukan 16 dari 19 terjahan (tackles) sepanjang musim ini bersama Villareal.

 

 Nota kencang: Villareal merupakan kelab ketiga paling sedikit bolos di Liga Sepanyol ;hanya rekod Real Madrid dan Barca sahaja yang lebih baik dari mereka. Pemain Brazil ini merupakan individu penting dalam memastikan barisan pertahanan The Yellow Submarine kental dan cukup sukar untuk dibolosi.

5. Gabriel berpindah ke Villareal pada Ogos 2013 dan memeterai kontrak untuk 5 tahun. Dia telah membantu kelab Sepanyol itu untuk mengharungi 15 perlawanan tanpa kalah.

6. Penebusan kontrak Gabriel dengan kelab Villareal dikatakan berharga £15.25 juta (20 juta euros). Selain Arsenal, Manchester United juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

7. Jika Arsenal mengaktifkan klausa penebusan kontrak Gabriel Paulista, beliau akan menjadi pemain pertahanan termahal yang pernah Arsenal beli. Sol Campbell diperoleh melalui free transfer, Per Mertesacker kurang 10 juta pound dan 7 juta pound untuk Chambers.

8. Dia telah bermain di dalam kesemua 19 perlawanan La Liga musim ini dan menyaksikan Villareal melepaskan hanya 17 gol.

9. Dia tidak pernah dipanggil untuk mewakili Brazil akibat saingan hebat dari Thiago Silva, David Luiz, Bruno Alves, dan Lucio. Jadi, jika Gabriel ingin bermain di England, beliau perlu mendapatkan rayuan khas untuk mendapatkan kelulusan permit pekerjaan. Ia boleh menjadi proses yang rumit.

Ramalan: Adakah Gabriel Paulista pilihan yang tepat untuk Arsenal?

 


Dengan permainan mirip Laurent Koscielny dan mempunyai ketinggian yang hampir serupa, ianya akan menjadi teka-teki adakah gabungan dua pemain ini bakal menjadi? Pertahanan Arsenal sekarang ini bermain dengan Mertesacker yang bijak membaca permainan dan sedikit perlahan dalam larian digandingkan dengan Laurent Koscielny yang lebih pantas dan rajin naik bagi membantu bahagian tengah.

Baca: Krystian Bielik: Maaf Peminat Arsenal. Saya Masih Tidak Bersedia Lagi Bermain Untuk Pasukan Utama Arsenal.

Dengan keadaan Mertesacker yang semakin dimamah usia dan Calum Chambers yang acap kali cedera, Wenger mungkin sedang mengatur pelan kecemasan dengan meletakkan gabungan Koscielny dan Gabriel. Ini juga akan memberi pilihan untuk Arsenal bermain high pressing football dengan intensiti tinggi yang sudah lama Wenger idamkan. Corak permainan ini akan menjadikan pemain pertahanan lebih naik keatas dan boleh trackback dengan pantas ketika diperlukan untuk bertahan.

Dengan penghijrahan Vermaelen yang masih belum dijumpai penggantinya, langkah Arsene Wenger untuk membeli Gabriel Paulista dilihat tepat untuk pelan jangka masa panjang Arsenal.

Tapi adakah Gabriel Paulista akan berjaya menyelesaikan masalah benteng pertahanan Arsenal? Hanya masa yang akan menentukan.

kredit featured image : mercafutbol.com

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN