9 Penjaga Gol Di PSG, Donnarumma Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Lain?

Penjaga Gol PSG Gianluigi Donnarumma

Penghijrahan Gianluigi Donnarumma ke Paris Saint-Germain (PSG) menjadi salah satu perpindahan penting dalam jendela perpindahan musim panas kali ini.

Penjaga gol berusia 22 tahun itu masih segar dengan kejayaan menjulang kejuaraan Euro 2020 bersama Itali dan dipilih sebagai pemian terbaik kejohanan selepas muncul wira ketika menewaskan England dalam perlawanan akhir dengan menyelamatkan dua sepakan penalti.

Namun apa yang menarik, dengan ketibaan Donnarumma di Parc des Princes, percaya atau tidak PSG kini memiliki sembilan penjaga gol dalam skuad utama mereka.

Maka di sebalik reputasi besar yang dimilikinya, tidak bermakna Donnarumma berdepan laluan mudah untuk mengetepikan cabaran penjaga gol lain.

Untuk dua musim kebelakangan ini, Keylor Navas muncul pilihan utama untuk menjaga gawang kelab Ligue 1 tersebut. Musim lepas di belakangnya adalah bekas penjaga gol Fulham dan Sevilla, Sergio Rico.

Pemenang Piala Dunia 2018, Alphonse Areaola juga sudah kembali dari tempoh pinjaman di Fulham sepanjang musim lalu. Namun beliau dikhabarkan bakal berhijrah secara tetap ke West Ham United dalam masa terdekat.

Kemudian terdapat dua orang penjaga gol muda berusia 21 tahun, iaitu Marcin Bulka dan Garissone Innocent. Di samping itu PSG juga memiliki pasangan penjaga gol berusia 18 tahun Lucas Lavelle dan Denis Franchi.

Musim lepas Bulka telah dipinjamkan ke Cartagena dan Chatearoux, sementara Innocent pula dipinjamkan ke Caen.

Seorang lagi penjaga gol berusia 30 tahun, Alexandre Letellier pula baru sahaja menandatangani lanjuran kontrak walaupun belum pernah membuat sebarang penampilan bersama kelab Perancis itu.

Dengan deretan penjaga gol yang telah disenaraikan ini, Donnarumma hanya menyarung jersi nombor 50 di kelab baharunya itu.

Terdapat juga laporan yang mengatakan PSG mungkin akan meminjamkannya kepada mana-mana pasukan, memandangkan Navas masih mampu beraksi pada tahap terbaik.

Namun berita itu dianggap agak mengarut kerana pastinya kelab itu mahu memanfaatkan kualiti yang dimiliki penjaga gol Itali berkenaan. Meskipun usianya masih muda, beliau memiliki enam tahun pengalaman selaku penjaga gol utama di AC Milan.

Pada usia 18 tahun, beliau sudah pun beraksi 100 perlawanan dan merekodkan 33 perlawanan tanpa bolos. Statistik peribadinya pula menunjukkan beliau telah menyelamatkan 18 dari 53 penalti (34 peratus kadar kejayaan) sejak membuat penampilan di peringkat senior.

Peratusan itu jauh lebih tinggi berbanding purata penjaga gol profesional lain iaitu di antara 15 hingga 20 peratus sahaja. Malah rekodnya lebih baik berbanding idolanya Buffon yang hanya merekodkan 31 peratus.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gianluigi Donnarumma:

Dua Gianluigi Yang Mencorakkan Kejayaan Itali

Peningkatan Gaji Prospek Muda, Donnarumma Perolehi Dua Kali Ganda Pendapatan Messi

Raiola: “AC Milan Mengancam Keselamatan Donnarumma & Keluarganya!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN