9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield

Kerjasama Semuanya BOLA

Anfield telah menjadi kubu kuat Liverpool sejak beberapa tahun yang lalu dengan rekod The Reds di gelanggang keramat mereka itu kini telah menjangkau 64 perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kali terakhir Liverpool tewas di tempat sendiri ialah pada April 2017, apabila ditundukkan 2-1 oleh Crystal Palace. Itulah kali terakhir penyokong mereka menyaksikan pasukan sendiri kalah.

Berikut adalah sembilan pemain Liverpool yang belum pernah mengalami kekalahan setiap kali beraksi di gelanggang sendiri.

Alisson Becker

Kunjungan pertama Alisson ke Anfield berakhir dengan kekalahan besar apabila beliau dibolosi lima kali ketika Roma tewas 5-2 kepada Liverpool pada 2008.

Namun ia sudah memadai untuk Alisson memikat Jurgen Klopp yang sanggup membelanjakan £65 juta untuk penjaga gol dari Brazil itu selang beberapa bulan selepas perlawanan tersebut.

Sejak menyertai Liverpool, kekalahan bukan lagi pilihan. Alisson telah beraksi sebanyak 38 aksi liga dan menang 35 daripadanya setakat ini.

Virgil van Dijk

Van Dijk adalah pemain yang cukup instrumental dalam memastikan transformasi di Liverpool sejak dua musim lalu.

Pemain pertahanan dari Belanda ini turut disifatkan sebagai pemain pertahanan terbaik dunia sejak menyertai Liverpool dari Southampton dengan nilai  £75 juta  pada 2018.

Ia adalah pelaburan yang amat berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. Van Dijk telah beraksi 47 kali di Anfield dan menang 42 daripadanya tanpa sebarang kekalahan.

Andy Robertson

Robertson bermula dengan perlahan selepas melengkapkan perpindahan dari Hull City pada 2017, namun berjaya menjadikan dirinya sebagai aset penting di bawah kendalian Klopp selepas itu.

Pemain bek kiri ini telah melakukan 54 penampilan di Anfield sejak tiga tahun yang lalu, dan merekodkan 47 kemenangan dan tujuh seri dalam semua perlawanan tersebut.

Fabinho

Fabinho telah melakukan 32 penampilan di Anfield sejak 18 bulan yang lalu dan telah merekodkan 30 kemenangan sepanjang tempoh itu.

Keputusan seri 1-1 menentang Leicester City pada 2019, dan seri 1-1 sekali lagi menentang Burnley pada 2020 adalah dua perlawanan melibatkan Fabinho yang tidak berakhir dengan kemenangan.

Alex Oxlade-Chamberlain

Oxlade-Chamberlain menyertai The Reds dari Arsenal pada 2017, namun isu kecederaan menghantui pemain ini sehingga meminimumkan penampilannya kepada 32 perlawanan di Anfield.

Namun demikian pemain sayap ini telah membantu Liverpool mengutip 82 mata dari 96 yang boleh dikumpul setelah melalui 25 kemenangan dan tujuh seri.

Naby Keita

Keita tiba di Liverpool pada 2018 dengan harapan besar, tetapi pemain tengah berusia 25 tahun ini bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di kalangan tiga slot midfield Liverpool.

Beliau hanya melakukan 24 penampilan di Anfield sepanjang dua tahun ini, namun masih berjaya memenangi hampir kesemua perlawanan tersebut kecuali tiga perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri.

Xherdan Shaqiri

Shaqiri has struggled to break into the Liverpool team after signing from Stoke City in 2018, making only 16 league appearances at Anfield.

However, the winger has never let Klopp down when he has been selected, with 15 wins and a draw.

Mohamed Salah

Selepas menyertai Liverpool dari Roma pada 2017, pemain sayap ini telah melakukan 60 penampilan di Anfield. Salah merekodkan 50 kemenangan dan 10 seri untuk Liverpool sepanjang tempoh itu.

Sepanjang tempoh yang sama, Salah turut merekodkan 52 jaringan gol sepanjang 60 perlawanan liga yang telah dilaluinya di Anfield.

Satu-satunya ketika Salah beraksi dan Liverpool tewas ialah ketika beliau membantu Chelsea menewaskan The Reds dengan jaringan 2-0 pada 2014.

Sadio Mane

Sadio Mane adalah pemain paling lama di dalam senarai ini, tetapi pemain sayap ini terlepas dua perlawanan yang berakhir dengan kekalahan pada musim 2016/17 disebabkan kecederaan dan komitmen antarabangsa.

Pemain berasal dari Senegal ini telah beraksi di dalam 70 perlawanan liiga untuk Liverpool di Anfield dan telah menang 60 dan seri 10 kali daripadanya.

Penutup

Mampukah pemain-pemain ini mengekalkan rekod tanpa kalah di Anfield pada musim ini? Ia pasti akan menjadi satu cabaran baharu buat mereka mengambil kira saingan yang semakin sengit di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Namun demikian ia masih satu rekod yang perlu dibanggakan. Buat masa ini, Anfield masih lagi menjadi kubu kuat The Reds.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply