Quantcast

ADVERTORIAL KAJIAN & FAKTA

9 Jenis Penyokong Harimau Malaya Di Stadium

Siapa boleh lupa saat Safiq Rahim menjaringkan gol ke-3 menerusi sepakan percuma trademark nya ketika menentang Thailand semasa final kedua Piala AFF Suzuki 2014 yang lepas?

Kita melompat-lompat dan berpelukan dengan komrad-komrad Harimau Malaya yang tidak dikenali.

Masing-masing mempunyai ragam dan gelagat masing-masing.

Valensi dengan tema jersi #HMComrades membawakan anda 9 jenis penyokong Harimau Malaya yang anda pasti pernah jumpa ketika di stadium.

1596320_10205253277626014_1682435650_o

 

1. Ultras Malaya

15352037814_557dfa23f7_b

Bagi kami, Ultras Malaya bukan penyokong sebenarnya. Mereka adalah pemain ke-12 di padang. Ultras dan penyokong biasa (seperti kami) mungkin mempunyai matlamat yang sama iaitu: menyokong pasukan negara. Tetapi berbeza dengan penyokong biasa, mereka berada di stadium bukan untuk menonton perlawanan. Mereka berada di stadium untuk menaikkan moral pemain-pemain.

2. Anti Ultras

maxresdefault (1)

Troll atau tidak, mereka menyalahkan semua yang tak betul dalam bola sepak Malaysia kepada Ultras Malaya. Bagi mereka, kehadiran ultras membuatkan pemain dan FAM berasa seperti raja. Mereka mahukan pemain dan FAM dicaci selagi Harimau Malaya tidak bermain mengikut standard yang mereka tetapkan. Kebiasaannya mereka lantang di media sosial sahaja.

ultras

Untuk memberi deskripsi perangai sebenar mereka kami memetik lirik lagu Butterfingers, Tentang Tentang:

Bila kawan ramai keliling kita
Cakap besar tunjuk belang
Tapi bila sorang-sorang
Pengecut pemalu
Macam semua orang

3. Pakcik Army

UEFA Champions League: Liverpool v Chelsea

Mereka adalah penyokong yang paling lantang dan bising. Bukan kerana menyokong, tetapi kerana sibuk memberi arahan taktikal yang lapuk.

Clear je bola tu!

Buat apa kau bagi kat dia. Hantar je la terus ke striker! Striker tengah kosong tu!

Kebanyakan mereka berusia 40-an ke atas. Dan merekalah yang akan keluar stadium pada minit 85′ jika pasukan negara sedang ketinggalan.

Baca juga: 5 Benda Yang Biasa Anda Nampak Dalam Perlawanan Bola Sepak Sekolah

4. Kuaci Army

image

Kasual tetapi minat bola, mereka juga bising seperti pakcik old school. Cuma mereka bising kerana memaki pengadil atau pemain yang mengasari pemain Harimau Malaya. Mereka juga gemar membawa kanak-kanak yang suka menerbangkan roket kertas dan bersorak apabila roket tersebut mendarat di atas padang. Gemar menonton perlawanan dengan mengunyah kuaci, Kuaci Army adalah majoriti penyokong yang anda jumpa di stadium.

5. Dating Army

20140911mfsteelerssports06-5

 

Selalu datang berpasangan, mereka biasanya terdiri daripada lelaki yang minat bola sepak dan wanita yang hanya datang untuk menemani pasangannya. Agak sama dengan Kuaci Army cuma bezanya mereka mempunyai pasangan. Si wanita pula sentiasa menonton perlawanan dengan menutup hidung dengan tangannya – dek bau asap rokok yang dihisap Kuaci Army yang masih bujang.

6. Noob Army

giphy

Mereka juga sebahagian daripada Kuaci Army, tetapi bezanya mereka tak tahu apa-apa pun tentang bola sepak. Mereka tidak tahu apakah itu ofsaid. Mereka tidak tahu mengapa perlawanan yang bakal mereka tonton adalah perlawanan final ke-2. Konsep away goal sangat asing bagi mereka.

7. Football Manager (FM) Army

suit

FM Army juga seperti Pakcik Army tetapi mereka lebih moden. Ketika Pakcik Army bertempik, FM Army hanya tersenyum sinis kerana memikirkan betapa tidak sesuainya falsafah bola sepak English kepada pemain Harimau Malaya. Mereka mencadangkan Safiq Rahim perlu bermain sebagai trequartista dalam formasi 4-6-0 di kala skuad negara ketandusan penyerang berkualiti.

Baca juga: Bagaimana Formasi 4-4-2 Diamond Berfungsi

8. Thesis Army

llorisavb

Agak jarang kelihatan tetapi merekalah satu-satunya penyokong yang membawa pen dan buku nota. Ketika perlawanan berlangsung, mereka sibuk mencatat sesuatu sehingga menimbulkan kehairanan Kuaci Army di sekelilingnya. Seperti FM Army, mereka tidak banyak bersorak dan lebih gemar menganalisis perlawanan. Berbeza dengan FM Army, mereka hadir ke stadium kerana tuntuan kerja. Seperti kami.

9. Bookie Army

11062697_901360066573059_5367324303767247469_n

Seperti Thesis Army, Bookie Army datang ke stadium kerana tuntutan kerja. Kebiasaannya mereka menonton perlawanan di tempat terasing, sentiasa memegang smartphone lengkap dengan bluetooth headset atau earphone dan sentiasa bercakap melalui telefonnya ketika menonton perlawanan. Kebanyakkan mereka sebenarnya bekerja untuk firma statistik sukan tetapi sering disalah anggap sebagai bookie oleh Kuaci Army.

Jadi, penyokong jenis manakah anda? Beritahu kami di ruang komen!

Diinspirasikan oleh Valensi – Jersi Rasmi Peminat Harimau Malaya

11131020_10205253279946072_1491589727_o

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber gambar: Getty Images, WordPress