9 Bulan Tak Beraksi, Penangguhan Liga Peluang Asensio Kembali Cergas

Sembilan bulan berlalu sejak penyerang Real Madrid, Marco Asensio mengalami kecederaan lutut ketika aksi pra-musim menentang Arsenal di Amerka Syarikat pada bulan Jun lepas.

Selepas pasukan perubatan mengesahkan beliau perlu menjalani pembedahan untuk membaiki ligamen anterior cruciate (ACL) ia memberi makna pemain muda Sepanyol itu sudah boleh melupakan musim 2019/20 sedangkan beliau adalah watak penting pasukan.

Asensio sanggup ‘berkorban’ untuk menolak jemputan menyertai skuad bawah 21 tahun (B-21) Sepanyol untuk menyertai Kejohanan Eropah B-21 bagi memastikan beliau kekal cergas untuk membantu pasukannya pada musim ini. Malah pengurusnya, Zinedine Zidane sudah pun mempunyai perancangan terbaik untuk pemain muda tersebut.

https://twitter.com/Realmadridplace/status/1154520489215188993?s=20

Segalanya nampak berjalan lancar dengan Asensio mempamerkan prestasi yang baik sepanjang latihan. Namun segalanya berakhir apabila beliau bertembung dengan Pierre-Emerick Aubameyang dalam perlawanan berkenaan.

Bermula Mac lepas, senyuman mula kembali terukir apabila pemain kelahiran Kepulauan Balearic itu mula menyentuh bola dan menjalani latihan ringan di atas padang sebagai sebahagian daripada proses pemulihannya di peringkat akhir.

Beliau sudah pun dijadualkan kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya pada bulan ini namun tertangguh ekoran pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia ketika ini.

Namun ia mungkin hikmah di sebalik krisis tersebut kerana Asensio kini berpeluang untuk kembali beraksi untuk baki 11 perlawanan La Liga musim ini yang menyaksikan Real Madrid masih bersaing rapat dengan Barcelona untuk merebut kejuaraan.

Seandainya perlawanan kembali bersambung pada Mei atau Jun ini sekalipun secara tertutup tanpa kehadiran penyokong ke stadium, Zidane sudah boleh memasukkan nama Asensio dalam perancangannya.

Namun apa yang jelas, pemain berusia 24 tahun itu masih perlu bekerja keras untuk memastikan kecergasan dan kualiti permainannya berada pada tahap terbaik dan kepulangan beliau akan meningkatkan motivasi kem Real Madrid.

Asensio sebelum ini membantu Real Madrid muncul juara Cabaran La Liga FIFA 20 pada bulan lepas selepas menumpaskan wakil Leganes, Aitor Ruibal dengan keputusan 4-2 pada perlawanan akhir.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Marco Asensio dan Real Madrid:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN