86% Penyokong Percaya Peter Lim Sedia Jual Valencia

86 peratus dari kalangan penyokong Valencia percaya Peter Lim sedang  melakukan persiapan untuk menjual kelab Sepanyol itu kepada pemilik baharu selepas perubahan besar terhadap barisan pemain dan jurulatih yang dilakukan pada musim panas lalu.

Peratusan penyokong yang percaya usahawan Singapura itu akan melepaskan Valencia adalah berdasarkan satu kajian ringkas yang dilakukan oleh akhbar Sepanyol, Marca, membabitkan 15,000 penyokong kelab tersebut sejak Oktober lalu.

Laporan oleh Marca selepas itu termasuklah kemungkinan minat dari jutawan Andrea Radrizziani yang juga merupakan pemilik Leeds United.

Valencia kini menduduki kedudukan ke-14 La Liga selepas melalui 25 perlawanan dengan 27 mata. Penghijrahan bekas kelab Dani Parejo dan Francis Coquelin ke Villareal, selain Ferran Torres ke Manchester Citu dan Rodrigo Moreno ke Leeds selepas pemecatan mengejutkan Marcelino pada September 2019 dipercayai sebagai punca kemerosotan kelab tersebut.

Keputusan membenarkan Cristiano Piccini ke Atalanta secara pinjaman dan kegagalan kelab melajutkan kontrak Ezequeil Garay, dan Jaume Costa serta Alessandro Florenzi secara pinjaman turut tidak membantu situasi di dalam pasukan.

Kedudukan kewangan semasa Los Che juga parah, dan kelab tersebut dipercayai terpaksa beroperasi dengan kos 40% kurang dari apa yang mereka belanjakan sebelum ini.

Terbaru pemilik kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) diura-urakan bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia.

Menerusi Story dalam akaun Instagram miliknya, TMJ seolah-oleh memberi beberapa petunjuk yang beliau mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan.

Kemungkinan itu tidak boleh disangkal mengambil kira pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.

Ini bukan kali pertama TMJ dikaitkan dengan pemilikan kelab La Liga itu. Kali pertama timbul spekulasi  TMJ berminat  untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin.

Sekiranya pengambil alihan Valencia itu menjadi kenyataan, beliau akan mengikut jejak beberapa ahli perniagaan di negara ini yang memegang pemilikan kelab di Eropah seperti  Tan Sri Vincent Tan (Cardiff City, KV Kortrijk), Tan Sri Tony Fernandes (Queen Park Rangers) dan Datuk Dr. Nordin Ahmad (FC Bari).

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai TMJ:

Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?

TMJ: Hanya Yang Terbaik Untuk Kerjaya Safawi

Membaca Pemikiran TMJ Tentang Globalisasi Dalam Bola Sepak Dan Kepentingan Pertambahan Divisyen

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN