8 Syarikat Diumumkan Sebagai Penaja Rasmi Terengganu City FC

Juara Piala FAM 2018, Terengganu City FC (TCFC) kemungkinan akan beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan selepas mengumumkan tajaan bernilai RM6 juta daripada 8 syarikat yang berbeza.

Pasukan yang dibelenggu masalah kewangan itu kembali menarik nafas lega selepas pihak penaja sudah menyatakan kesudian untuk menaja kelab itu dari segi penginapan, makanan dan jersi rasmi pasukan.

Pengumuman mengenai tajaan tersebut dibuat melalui laman facebook rasmi Terengganu City FC.

“TCFC berbesar hati mengumumkan penajaan daripada beberapa buah syarikat untuk bersaing dalam Liga Premier 2019 musim depan.

“Penajaan ini merangkumi wang tunai, penginapan dan makan pasukan, bas, dan juga kelengkapan jersi pemain dan pegawai kelab.

“Antara syarikat-syarikat yang telah bersetuju menaja TCFC musim depan ialah Rimbaco Sdn Bhd (RM1 juta), Teguh Harian Sdn Bhd (RM1 juta), Takdir Idaman Sdn Bhd (RM1 juta), Wira Syukur Sdn Bhd (RM1 juta), Tulangis Group (RM2 juta), Kaki Jersi (Jersi rasmi kelab), Derakventure Enterprise (penginapan pasukan) dan CKJ Engineering & Services (makan),” kata kenyataan tersebut.

Isu kewangan membelenggu pasukan TCFC apabila Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keena membayar tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak kepada 6 pemain dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.

TCFC akan mengadakan satu sidang media pada 22 September depan bertempat di Primula Hotel untuk memperkenalkan secara rasmi barisan penaja kelab yang digelar The Sharks itu musim hadapan. Pihak TCFC dijangka akan menjelaskan segala kemelut yang melanda pasukan itu kepada para media.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN