Daripada Corak Padang Hingga Ke Maskot, Ini 8 Perubahan Leicester Buat Untuk Anjur UCL

Bukan sesuatu yang mudah untuk menganjurkan UEFA Champions League. Ini kerana terlalu banyak garis panduan UEFA yang perlu diikuti oleh pasukan tuan rumah.

Itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh pendatang baru UEFA Champions League pada musim ini, Leicester City.

Dalam buku peraturan Regulations of the UEFA Champions League 2015-18 Cycle setebal 155 muka surat, setiap butiran perlu dipatuhi oleh Leicester City dalam menghadapi UEFA Champions League (UCL) pertama mereka.

Daripada isu pencahayaan King Stadium sehinggalah ke saiz maskot, Leicester perlu mengubah banyak perkara.

Semua perubahan ini perlu dilakukan sebelum perlawanan ke-2 kumpulan G (menentang Porto) yang akan berlangsung pada minggu perlawanan ke-2 UEFA Champions League.

31bdefe900000578-0-image-a-97_1457120325077

Perlawanan pertama Leicester City adalah di halaman Club Brugge.

Selain daripada pergi untuk mencari 3 mata, mereka juga boleh mengambil kesempatan untuk belajar banyak aspek daripada Club Brugge yang lebih berpengalaman dalam menganjurkan UCL.

Malah Club Brugge turut membuat video panduan kepada penyokong Leicester City yang bakal melawat Belgium sempena perlawanan tersebut.

Garis panduan asas penganjuran UCL

Kelab yang pernah atau biasa bermain dalam Champions League tahu bahawa setiap bilik persalinan harus ada sekurang-kurangnya 3 tandas duduk individu.

Saiz dan kapasiti untuk tempat duduk pemain simpanan perlulah muat untuk sekurang-kurangnya untuk 14 orang.

Logo penaja sarung tangan penjaga gol tidak boleh lebih daripada 20 sentimeter persegi.

Setiap stadium wajib menyediakan kedudukan kamera dengan panorama yang cantik. Mereka juga perlu menambah tempat duduk media daripada 18 kepada 30 untuk kegunaan penyiar antarabangsa.

Malah aspek padang King Stadium juga perlu diperbaiki Leicester City.

Groundsman King Stadium, John Ledwidge antara yang mendapat pujian UEFA dan dikagumi ramai peminat bola sepak dunia kerana kreativiti beliau yang menghasilkan corak padang yang menarik seperti kapal layar dan berlian.

Namun begitu, UEFA sudahpun memberikan garis panduan kepada Leicester hanya corak dengan garis melintang yang seragam sahaja yang dibenarkan.

Corak-corak seperti bulatan atau corak diagonal adalah tidak dibenarkan.

Untuk kakitangan mereka yang bertanggungjawab menyediakan pakaian pasukan, mereka telah diberikan 600 lencana ‘Respect’.

Lencana ini kemudiannya perlu dilekatkan pada lengan baju sebelah kiri sahaja di setiap baju yang mereka gunakan pada hari perlawanan.

Mereka juga perlu menyediakan satu tempat khas di dalam stadium untuk menempatkan 84 bola rasmi perlawanan tajaan Adidas.

Leicester terkenal dengan maskot Fibert Fox.

Nampak gayanya mereka perlu mengecilkan saiz maskot Filbert untuk perlawanan UCL sekiranya Filbert Fox mahu muncul julung kalinya di siaran langsung Champions League.

Ini kerana UCL mengenakan syarat, untuk UCL, saiz maskot haruslah hanya besar sedikit sahaja daripada saiz orang biasa.

Ia adalah antara beberapa garis panduan yang diberikan oleh pegawai UEFA kepada Leicester City selepas lawatan rasmi mereka pada pra-musim yang lalu untuk meninjau persediaan Leicester dalam menghadapi UCL pertama mereka.

Persiapan Leicester di UCL lancar

Sejak disahkan layak ke Champions League pada musim lalu, Leicester telah menambah pegawai-pegawai dan staf-staf baru dalam rangka persediaan mereka menghadapi Champions League pertama mereka.

Ramai pegawai dihantar keluar untuk membuat lawatan tapak ke beberapa pasukan di England yang berpengalaman dalam menganjurkan UCL.

Mereka sentiasa berhubung dengan ramai pihak yang boleh membantu mereka dalam hal tersebut.

Diharap Leicester berjaya dalam penganjuran pertama UCL mereka setelah mencipta keajaiban menjuarai EPL musim lalu.

Baca juga : Ranieri: Melihat Alien Turun Ke London Lagi Mudah Daripada Melihat Leicester Mempertahankan Kejuaraan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN