8 Pembelian Pemain Paling Berbaloi Musim 2020/21 Setakat Ini

Jendela perpindahan Januari kini sudah lebih seminggu berlalu. Namun setakat ini rata-rata pasukan cuba mengelak untuk berbelanja besar, berkemungkinan kerana krisis kewangan akibat pandemik yang lalu.

Namun demikian pada musim panas yang lalu, lebih daripada £3bn telah dibelanjakan di serata eropah di jendela perpindahan musim panas ini.

Chelsea tampil sebagai kelab paling mewah berbelanja kali ini dengan jumlah £200.88m untuk Kai Havertz (£72m, Bayer Leverkusen), Timo Werner (£47.7m, RB Leipzig), Ben Chilwell (£45.18m, Leicester City), Hakim Ziyech (£36m, Ajax).

Mahal atau murah, ia tidak bererti pembelian tersebut berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. berikut adalah 8 perpindahan pemain yang kami anggap merupakan pelaburan paling berbaloi di serata eropah sepanjang jendela perpindahan musim 2020/21 setakat ini.

Luis Suárez, Barcelona ke Atlético Madrid (£5.5 juta)

Cerita utama jendela perpindahan musim panas pada kali ini ialah mengenai saga perpindahan Lionel Messi yang tidak berlaku. Namun demikian beberapa nama besar dan bekas rakan sepasukan Messi di Nou Camp telah diarahkan untuk mencari haluan masing-masing.

Ivan Rakitic, Arturo Vidal dan Rafinha antara yang ditunjukkan pintu keluar dari gergasi Catalan itu dengan harga yang murah. Namun pemergian Suarez menyebabkan ramai penyokong termasuk Messi marah.

Walaupun pada mulanya Barca mahu mengaut keuntungan dari pemergian Suarez dengan mengatur pemain itu menyertai Juventus, sebaliknya pula yang berlaku. Barca akhirnya terpaksa tunduk dengan permintaan Suarez untuk menyertai Atletico Madrid pada nilai £5.5 juta.

Walaupun pada usia 34 tahun, membenarkan pemain seperti Suarez menyertai pesaing domestik adalah sesuatu yang berisiko. Debut Suarez bersama Atletico menyaksikan pemain itu menjaringkan dua gol. Suarez kini adalah pendahulu penjaring LaLiga dengan sembilan gol sama seperti Lionel Messi.

Pierre-Emile Højbjerg, Southampton ke Tottenham (£15 juta)

Pemain tengah dari Denmark ini sudah bersama Southampton sejak empat musim lalu, dan perpindahan beliau ke Tottenham tidak menggusarkan sangat penyokong The Saints. Højbjerg dianggap pemain yang menyerlah namun sering kali bergelut dengan konsistensi.

Beliau kemudiannya dilucutkan peranan selaku kapten di St. Mary’s selepas menyatakan niatnya untuk berpindah. Namun Højbjerg tidak mensia-siakan peluangnya selepas itu dan membuktikan mengapa Jose Mourinho sangat mahukan beliau.

Sejak menyertai Spurs pada musim panas ini, tidak ada pemain lain yang berjaya melengkapkan jumlah hantaran sepertimana dilakukan oleh Højbjerg yang berjaya membentuk persefahaman padu bersama Tanguy Ndombele.

Jika beliau mampu mengekalkan prestasi tersebut pada musim ini, maka nilai £15 juta untuk pemain berusia 25 tahun ini boleh dianggap sebagai nilai yang amat berbaloi.

Mario Götze, Dortmund ke PSV Eindhoven (percuma)

Pilihan bekas pemenang Piala Dunia ini untuk menyertai PSV Eindhoven mengejutkan jurulatih kelab Belanda itu sendiri, Roger Schmidt.

“Saya berhubung dengan Mario melalui telefon dan bertanya perancangannya selepas ini. Saya tahu kami [PSV] bukan pilihan pertama beliau. Dua bulan kemudian selepas bercakap dengan Hertha Berlin, Leverkusen and even Bayern Munich, Götze memutuskan untuk meninggalkan Bundesliga,” kata Schmidt.

“Beliau masih lagi satu bakat besar dalam bola sepak tetapi masalah otot yang dialaminya membantutkan permainannya. Perasaan saya mengatakan Gotze mahukan persekitaran yang kurang tumpuan agar beliau boleh kembali menikmati bola sepak.”

Dan telahan jurulatih PSV itu ternyata benar.

Alexis Saelemaekers, Anderlecht ke Milan (£3.2 juta)

Nama Alexis Saelemaekers mungkin paling asing di sini. Tapi dari jumlah £3bn yang dibelanjakan di serata Eropah pada musim panas ini, pelaburan £3.2 juta oleh AC Milan untuk bekas pemain Anderlecht ini mungkin adalah yang paling berbaloi.

Saelemaekers sebenarnya tiba di San Siro pada Januari lalu secara pinjaman dengan pilihan untuk perpindahan tetap.

Namun sejak ketibaannya di Milan, pemain sayap yang boleh beraksi sebagai pemain tengah dan bek sayap ini berjaya membantu Milan mencipta kebangkitan selepas saingan bersambung kembali selepas pandemik pada musim lalu.

Mengabil kira Saelemaekers baru sahaja berusia 21 tahun, jelas sekali pemain versatile ini masih mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan sekiranya potensi beliau terus dibangun oleh Milan.

James Rodríguez, Real Madrid ke Everton (£20 juta)

Tidak banyak kelab yang menikmati tempoh jendela perpindahan yang danggap sempurna seperti Everton pada musim ini. Carlo Ancelotti dianggap berbelanja besar, namun perbelanjaan tersebut dilakukan dengan bijak dengan fokus untuk memperkasakan bahagian tengah.

Sejumlah £60 juta dibelanjakan untuk membina bahagian tengah yang baru, dan pemain seperti Allan dan Abdoulaye Doucouré telah memberikan impak segera yang dihaapkan.

Kejayaan membawa masuk pemain tengah 29 tahun dari Colombia, James Rodriguez untuk melengkapkan bahagian itu juga kini memberikan impak positif dengan Everton merekodkan 100% kemenangan pada musim ini untuk mendahului saingan Premier League.

Disisihkan oleh Bayern Munich dan Real Madrid, Rodriguez kini adalah nadi kepada kreativiti Everton. Walaupun dilanda kecederaan dan sedikit isu kecergasan, Rodriguez masih dianggap pembelian berbaloi oleh Ancelotti pada musim ini.

Jude Bellingham, Birmingham ke Dortmund (£22.8 juta)

Jude Bellingham pernah menjadi pemain idaman Manchester United. Namun Borussia Dortmund sentiasa dilihat sebagai kelab yang amat sesuai untuk Bellingham meraih potensi sebenarnya.

Dortmund hanya perlu membayar £22.8 juta (termasuk add on) untuk pemain berusia 17 tahun dan memiliki 41 penampilan di dalam Championship. Buat masa sekarang prestasi Bellingham bersama kelab Jerman itu dianggap mengujakan.

Debut beliau bersama Dortmund di Piala Jerman menyaksikan Bellingham menjaringkan gol dan menghasilkan satu assist.

Kelihatan matang berbanding usianya, Bellingham kini dilihat berjaya menyesuaikan kehidupan di luar England, sedang belajar menguasai Bahasa Jerman dan mengambil lesen memandu.

Dani Parejo, Valencia ke Villarreal (percuma)

Barcelona bukan satu-satunya kelab La Liga yang melalui musim panas yang menyedihkan. Valencia yang dimiliki oleh usahawan Peter Lim turut melalui tempoh yang sukar.

Kelab La Liga itu telah membenarkan Rodrigo menyertai Leeds pada nilai £30 juta, dan pemain sayap Ferran Torres pula menghala ke Manchester City pada harga £24 juta.

Membuatkan keadaan lebih parah, dua pemain tengah pilihan pertama menyertai seteru setempat Villareal hanya dengan nilai £24 juta.

Pemergian Francis Coquelin akan dirindui. Namun ianya kapten pasukan, Pajero yang dilepaskan secara percuma yang mengundang protes di luar Mestalla. Kehadiran Pajero pasti akan memberikan keseimbangan kepada Villareal yang tampak telah berbelanja dengan bijak di bawah kendalian Unai Emery.

Diogo Jota, Wolves ke Liverpool (£45 juta)

Pada usia 23 tahun, nilai £45 juta yang dibayar Liverpool kepada Wolves hanya boleh dinilai sepenuhnya dua atau tiga tahun akan datang.

Namun bagi penyokong Liverpool yang menyaksikan aksi pemain ini bersama Portugal sebelum ini sudah pasti teruja dengan dua jaringan dan satu assist yang dihasilkannya untuk membantu Portugal menewaskan Sweden 3-0.

Ramai bertanggapan Jota adalah pemain back-up kepada rangkaian serangan Liverpool dan diramal sukar untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama The Reds pada musim ini.

Hakikatnya, Jota menawarkan sisi permainan yang lain di bahagian serangan berbanding apa yang gandingan Mane-Firmino-Salah boleh tawarkan. Ini bermakna kehadiran Jota memberikan Jurgen Klopp lebih banyak pilihan untuk menghukum pemain lawan. Sayang sekali pemain ini telah mengalami kecederaan.

Namun berdasarkan apa yang telah dipamerkan pada permulaan musim, sudah tentu Klopp dan penyokong Liverpool tidak sabar menanti kepulangan Jota.

Penutup

Ini adalah 8 senarai pilihan kami. Jika anda mempunyai senarai lain, kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN