8 Pemain Yang Menjaringkan Lebih 500 Gol Untuk Satu Kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Gol kemenangan Lionel Messi ke atas Real Madrid adalah jaringan ke-500 beliau untuk Barcelona. Terkagum juga kami dengan pengurusan data dan statistik.

Selain daripada Lionel Messi, ada 7 lagi pemain yang sudah sampai di angka 500 gol dan lebih untuk kelab mereka.

Berikut senarai mereka

1. Pele (Santos) –  643 gol

Pele dianggap pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia. Melengkapkan bola sepak cantik (beautiful football) yang mereka panggil Joga Bonito.

Pele telah menghasilkan 643 gol untuk Santos sepanjang karier beliau.

2. Gerd Muller (Bayern Munich) – 566 gol

Ramai pengulas bola sepak di Jerman melabel ini sebagai rekod yang terlalu sukar untuk dikejar mana-mana pemain Bayern Munich walaupun penyerang bintang terus datang ke kelab ini.

Beliau bermain sebanyak 605 perlawanan untuk Bayern Munich sebelum menyertai Fort Lauderdale Strikers di NASL pada 1979.

3. Fernando Peyroteo (Sporting CP) – 544 gol

Pemain 1 kelab sepanjang karier ini telah beraksi hanya 344 perlawanan untuk Sporting CP. Namun beliau meledak 544 gol untuk kelab tersebut sepanjang karier.

Ia angka yang sangat luar biasa, 1.6 gol per perlawanan dicatatkan lagenda ini.

4. Josef Bican (Slavia Praha) – 534 gol

Lagenda Austria ini menjadi penyerang sensasi di Slavia Praha (Prague).

5. Jimmy McGrory (Celtic) – 522 gol

Beliau bermain 501 kali untuk Celtic. Hanya 31 perlawanan beliau bermain kelab lain sebagai pinjaman.

Masih dalam kategori pemain 1 kelab. Lagenda ini masih menjadi antara pemain terbaik dalam sejarah Celtic.

6. Jimmy Jones (Glenavon) – 517 gol

Ini mungkin nama yang agak asing termasuk dengan kelab beliau berkhidmat. Kelab Glenavon adalah kelab Ireland yang kini bermain di Liga Divisyen 3 negara tersebut.

7. Uwe Seeler (Hamburg) – 507 gol

Beliau bermain hanya satu kelab dalam sejarah karier. Muncul dalam 476 kali untuk Hamburg.

Antara pemain terbaik ketika se-era dengan Pele. Mewakili Jerman dalam 4 edisi Piala Dunia iaitu pada 1958, 1962, 1966, dan 1970.

8. Lionel Messi (Barcelona) – 500 gol

Messi telah menjaringkan 500 gol ketika artikel ini ditulis pada 24/4/2017. Beliau dipromosi ke skuad utama Barcelona pada 2004.

Lebih indah jaringan ke-500 itu dilakukan di hadapan penyokong seteru utama Real Madrid di Bernabeu.

Beliau menjaringkan lebih 30 gol semusim buat pertama kali pada 2008/09 dengan 38 gol. Lionel Messi menjaringkan 73 gol pada 2010/2011 dan yang terbanyak dalam satu musim.

Selamat datang ke kelab 500 gol Messi!

Baca juga: Analisis Taktikal: Barcelona Lebih Banyak Pelan Taktikal Berbanding Real Madrid