8 Kelab Liga Utama Eropah Menjuarai Liga 3 Kali Atau Lebih Secara Berturut-Turut

Merangkul kejuaraan domestik terutama di peringkat liga semestinya menjadi buruan setiap kelab pada setiap musim.

Terdapat fakta menarik yang terjadi dalam lima kejuaraan domestik liga yang terbaik di pentas Eropah iaitu EPL, Serie A, La Liga, Bundesliga dan Ligue 1.

Kelab di Scotland, Glasgow Celtic juga berjaya menjadi kelab yang paling berkuasa di Scottish Premiership sehingga kini. Namun mereka tiada dalam artikel ini kerana bukan dari 5 liga utama Eropah buat masa ini.

Berikut adalah 8 pasukan di 5 liga utama di Eropah yang berjaya mempertahankan kejuaraan liga lebih daripada 3 kali berturut-turut.

1. Bayern Munich ( Bundesliga )


Bayern Munich memang dikenali di Jerman sebagai sebuah pasukan gergasi yang selalu mendominasi kejuaraan Bundesliga.

Bayern yang diperkuatkan dengan bintang-bintang terbaik dunia selalu menjadi pasukan kuat yang sukar untuk dikalahkan oleh pasukan lawan.

Musim ini, selepas pemecatan Ancelotti, Bayern kembali bangkit dan terus meraih tiga mata dalam setiap perlawanan seterusnya sehingga akhirnya mereka kembali berada dilandasan sebenar dan berjaya meraih gelaran juara Bundesliga pada musim 2017/18.

Justeru, Bayern Munich telah berjaya mencipta rekod tersendiri memenangi kejuaraan liga dalam enam musim berturut-turut sejak 2012.

2. Juventus ( Serie A )

TURIN, ITALY – MAY 14: Juventus FC players celebrate with the trophy after the Serie A match between Juventus FC and UC Sampdoria at Juventus Arena on May 14, 2016 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Juventus merupakan sebuah pasukan yang unggul dalam setiap kejohanan diperingkat Eropah mahupun diperingkat saingan liga.

Mereka telah berjaya merangkul 33 gelaran Serie A sepanjang sejarah kelab tersebut.

Gianluigi Buffon antara pemain yang berjaya membantu Juventus meraih gelaran juara liga sejak musim 2011/12 sehingga musim 2016/17. Ini bererti, Juventus telah berjaya menjuarai Serie A dalam enam musim berturut-turut.

Kejayaan Juventus sebagai kuasa bolasepak Itali tidak berakhir setakat itu sahaja, kelab yang dibimbing oleh Massimiliano Allegri pada musim ini sekali lagi bakal merangkul gelaran liga tersebut.

Untuk musim 2017/18, Juventus kini berada di tangga teratas liga mengumpul 84 mata dengan perlawanan masih berbaki 6 perlawanan.

Jika Juventus berjaya menjuarai saingan tersebut, maka kelab yang diberi gelaran The Old Lady ini bakal menyamai rekod kelab dari Perancis, Olympique Lyon yang berjaya menjuarai saingan Ligue 1 sebanyak 7 musim berturut-turut.

.3. Manchester United (EPL )

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 22: Manchester United celebrate with the Premier League trophy after the Barclays Premier League match between Manchester United and Blackpool at Old Trafford on May 22, 2011 in Manchester, England. Manchester United celebrate a record 19th league championship. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Kejayaan The Red Devils dipentas Premier League tidak perlu dipersoalkan lagi. Gergasi Inggeris itu telah berjaya merangkul 20 kali gelaran liga.

Manchester United berjaya mempertahankan kejuaraan liga sebanyak 3 kali berturut-turut sebanyak dua kali yakni pada musim 1998/99 – 2000/01 dan musim 2006/07, 2007/08 – 2008/09.

Info tambahan, semua kejayaan tersebut diperoleh ketika Manchester United dibimbing oleh Sir Alex Ferguson.

4. Real Madrid ( La Liga )

MADRID, SPAIN – MAY 13: Iker Casillas of Real Madrid CF holds up the La Liga trophy as he celebrates with team-mates after the La Liga match between Real Madrid CF and RCD Mallorca at Estadio Santiago Bernabeu on May 13, 2012 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Real Madrid dikenali sebagai pasukan yang gemar membawa masuk ramai bintang-bintang bolasepak terkenal didunia.

Kekayaan yang dilaburkan kepada pasukan oleh pemilik kelab, Florentino Perez telah memberikan hasil yang positif buat pasukan dari Madrid itu.

Rekod mencatatkan, pasukan yang digelar Los Blancos ini telah berjaya merangkul sebanyak 33 kali gelaran La Liga di bumi Sepanyol.

Real Madrid pernah menjuarai La Liga selama 5 musim berturut-turut pada musim 1960/61 sehingga 1964/65 dan juga musim 1985/86 sehingga 1989/90.

5. Barcelona ( La Liga )

BARCELONA, SPAIN – MAY 23: Carles Puyol of Barcelona holds up the La Liga trophy after the La Liga match between Barcelona and Osasuna at the Nou Camp stadium on May 23, 2009 in Barcelona, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Barcelona merupakan pencabar terkuat Real Madrid di saingan La Liga. Barcelona turut tidak terkecuali mencipta sejarah mereka tersendiri dalam kejuaraan La Liga.

Dicatatkan dalam rekod bahawa kelab Catalan tersebut sudah berjaya memperoleh gelaran liga sebanyak 24 kali.

Namun, dalam 24 gelaran tersebut, yang paling istimewa buat pencinta kelab Barcelona ketika mereka berjaya mempertahankan gelaran liga 4 kali berturut-turut pada musim 1990/91 sehingga 1993/94.

Kejayaan yang sama berjaya diulangi Barcelona, mereka berjaya menjuarai La Liga di musim 2008 sehingga 2010/11 dan kembali merampas tahta tersebut dari Real Madrid dan mempertahankan gelaran tersebut dari musim 2013/14 sehingga 2015/16.

6. Olympique Lyon ( Ligue 1 )

Olympique Lyon players celebrate winning the French Ligue 1 title following their soccer match against AJ Auxere at the l’Abbe Deschamps stadium in Auxerre May 17, 2008. Olympique Lyon wrapped up a record seventh consecutive Ligue 1 title with a convincing 3-1 win at AJ Auxerre on Saturday. Lyon ended the season with 79 points, four ahead of second-placed Girondins Bordeaux, who had to settle for a 2-2 draw at Racing Lens that sent the northerners down to Ligue 2. REUTERS/Benoit Tessier (FRANCE)

Saingan Ligue 1 memang dikuasi oleh Paris Saint-Germain (PSG) sejak akhir-akhir musim ini. Meskipun As Monaco sempat memberi kejutan dengan mematahkan dominasi skuad kendalian Unai Emery pada musim 2016/17.

Namun, ternyata sebelum bermulanya kekuasaan PSG di pentas Ligue 1, Olympique Lyon merupakan salah satu pasukan terkuat di Perancis.

Memiliki ramai pemain handalan seperti Karim Benzema, Jeremy Toulalan, Grégory Coupet, Sidney Govou, dan Juninho, kelab ini telah berjaya meraih gelaran Ligue 1 selama 7 musim berturut-turut.

Olympique Lyon berjaya merangkul gelaran Ligue 1 tersebut pada musim 2001/02 sehingga 2007/08. Ianya masih kekal rekod terbaik di Eropah ketika ini. Juventus berpeluang menyamai rekod tersebut jika menjuarai Serie A musim ini.

7. Liverpool (EPL)

Liverpol juga menjadi sebuah pasukan di Inggeris yang berjaya meraih kejuaraan liga berturut-turut.

Sejak kelab itu ditubuhkan, The Reds telah berjaya merangkul 18 trofi kejuaraan liga, tetapi semua gelaran tersebut berjaya dimiliki ketika liga Inggeris masih dinamakan sebagai Football League First Division sebelum ditukar kepada Premier League.

Rekod mencatatkan bahawa Kenny Dalglish dan rakan-rakan sepasukan ketika era tersebut telah berjaya menjuarai First Division dalam 4 musim berturut-turut, iaitu ketika  musim 1978/79 sehingga 1983/84.

8. Paris St. Germain ( Ligue 1 )

Revolusi era Nasser Al Khelaifi di PSG memberikan impak yang sangat kuat. Antara kejayaan besar mereka adalah menjuarai Ligue 1 sebanya 4 kali berturut-turut daripada musim 2012/13 sehingga 2015/16.

Namun musim 2016/17 AS Monaco merosakkan sedikit ‘streaks’ tersebut dengan pasukan emas mereka yang berjaya menjuarai Ligue 1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN