8 Derby (Termasuk Derby Lembah Klang) Yang Dipisahkan Oleh 2 Liga Berbeza

Adat melihat jadual perlawanan musim adalah; anda mencari tarikh perlawanan derby pasukan anda dahulu. Ia perlawanan yang paling dinanti-nanti jika prestasi pasukan anda cemerlang, tetapi paling menggelisahkan jika prestasi pasukan anda buruk.

Tetapi bagaimana jika dua pasukan yang bermusuhan pada perlawanan derby dipisahkan oleh dua liga yang berbeza?

Inilah fokus artikel ini. Kami menyenaraikan 8 derby yang tidak terjadi angkara dipisah oleh 2 liga yang berbeza.

1. Dockers Derby (Milwall – West Ham United)

Dockers Derby boleh dikatakan antara permusuhan paling keras dalam bola sepak Inggeris. Dua pasukan ini terletak di timur London, dan hanya dipisahkan pada jarak 3 batu sahaja.

Permusuhan mereka bermula selepas 2 syarikat perkapalan berbeza yang berasal dari kedua-dua tempat, bersaing untuk menjadi pelopor utama di Sungai Thames.

Kali pertama bertemu dalam saingan FA Cup musim 1899/1900, permusuhan dua kelab ini semakin gila apabila kedua-dua pasukan mempunyai gerakan hooligan sendiri – Inter City Firms (West Ham) dan Milwall Bushwackers (Milwall).

Setiap kali kedua-dua kelab ini bertembung, pasti akan ada insiden panas yang melibatkan penyokong hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta awam.

Kali terakhir kejadian ini berlaku adalah pada 2009. Insiden buruk itu dikenali sebagai The Upton Park Riot. Kali terakhir derby ini berlangsung adalah pada 2012 di Upton Park. West Ham menang 2-1.

Kini West Ham megah di Premier League. Manakala Milwall jauh di Football League 1.

Permusuhan 2 kelab ini pernah difilemkan dalam filem yang diberi nama Green Street. Filem tersebut mengisahkan mengenai 2 gerakan hooligan yang mewakili West Ham United dan Millwall.

2. Derbi Asturiano (Sporting Gijon – Real Oviedo)

rocf-sporting B_2

Permusuhan ini diberi nama Derbi Asturiano, kerana Sporting Gijon dan Real Oviedo merupakan dua kelab paling besar di wilayah Asturia, utara Sepanyol.

Dua musuh sudah lama terpisah, dengan Gijon di La Liga dan Oviedo di Liga Segunda.

Kali terakhir mereka bertemu secara rasmi adalah pada 13 tahun lepas (2003), dimana Real Oviedo menang 2-1 di laman sendiri.

3. Münchner Stadtderby (Bayern Munich – TSV 1860 Munich)

Permusuhan antara dua kelab ini hanya bermula pada 1902, walaupun TSV 1860 Munich sebenarnya sudah ditubuhkan sejak 1860 dan Bayern Munich sejak 1900.

Kedua-dua kelab ini sering bersaing bersama kelab-kelab yang bertapak di Munich yang lain. Pada era pemerintahan Parti Nazi, TSV dan Bayern bersaing dalam Gauliga Bayern, iaitu liga bola sepak di wilayah Bavaria.

Selepas Perang Dunia Ke-2, TSV dan Bayern dimasukkan ke dalam liga baru pula, iaitu Oberliga Süd. Ketika inilah satu demi satu kelab-kelab Munich dibubarkan. Ini hanya membuatkan permusuhan antara kedua-dua kelab ini semakin kuat.

Kali terakhir Münchner Stadtderby berlaku adalah pada 27 Februari 2008. Bayern menang 1-0.

Sejak 2005, TSV dan Bayern berkongsi halaman sama iaitu Allianz Arena. Bayern kini merupakan gergasi di Bundesliga, manakala TSV pula masih bergelut di 2.Bundesliga.

4. Derby dell’Emilia (Bologna – Parma)

Di Itali terlalu banyak siri permusuhan antara 2 kelab. Antaranya melibatkan Bologna dan Parma.

Kedua-dua kelab ini terletak di wilayah Emilian. Selain dari Bologna dan juga Parma, perlawan diantara pasukan-pasukan seperti Reggiana dan Modena juga akan dipanggil sebagai Derby dell’Emilia kerana kedua-dua pasukan itu juga berada di wilayaha Emilian.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ketika perlawanan Serie A pada musim 2012/2013. Kini, Bologna di Serie A. Manakala Parma di Serie C.

5. Edinburgh Derby (Heart of Midlothian – Hibernian)

Edinbrugh Derby merupakan perlawanan bola sepak melibatkan 2 kelab yang berpengkalan di ibu negara Scotland Heart of Midlothian (Hearts) dan Hibernian.

Permusuhan mereka bermula sejak dari Hari Krismas 1875, dan ini menjadikan perlawanan antara 2 kelab ini merupakan antara perlawanan permusuhan yang cukup lama di dalam dunia bola sepak.

Hearts kini di Scottish Premiership sementara Hibernian kini di Scottish Championship.

Buat masa sekarang, penyokong Hearts mempunyai hak untuk berlagak di Edinburgh. Hal ini kerana mereka bermain di liga yang lebih tinggi daripada Hibernian.

Selain itu, mereka masih lagi memainkan sentimen “5-1” yang merupakan jumlah jaringan perlawanan akhir Scottish Cup yang berlangsung pada 2012 yang dimenangi Hearts.

6. The East River Derby (New York City FC – New York Cosmos)

cosmos-nycfc-1-usa-today-sports

Pertembungan ini masih baru dan mentah, kerana dalam rekod hanya ada satu perlawanan sahaja antara mereka.

Dengan sistem bola sepak di Amerika Syarikat yang tidak mempunyai sistem promosi dan penyingkiran liga, The East River Derby agar sukar berlaku kerana mereka hanya akan bertemu pada kejohanan US Open Cup sahaja.

Pada 17 Jun 2015,  The East River Derby berlaku pada pusingan ke-4 US Open Cup. Walaupun mendahului 2-0, NYCFC masih diheret oleh Cosmos sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Cosmos akhirnya menang penentuan sepakan penalti 4-3.

7. Yokohama Derby (Yokohama F. Marinos – Yokohama FC) 

Di Yokohama, terdapat 2 kelab Jepun yang terpisah dan dalam masa yang sama mencipta permusuhan antara sama lain.

Yokohama F. Marinos dan Yokohama FC merupakan seteru utama di wilayah Yokohama akan tetapi permusuhan ini bermula pada tahun 1999.

Semuanya bermula selepas dua musuh di Yokohama iaitu Yokohama Flugels dan Yokohama Marinos bergabung dan membentuk sebuah kelab yang diberi nama sebagai Yokohama F. Marinos.

Penyokong-penyokong Yokohama Flugels bagaimana pun tidak mahu menyokong kelab baharu tersebut. Bagi mereka, segala apa yang berkait dengan Yokohama Marinos adalah ‘jijik’ bagi mereka.

Akhirnya, Yokohama FC ditubuhkan selepas penyokong-penyokong mereka menerusi Yokohama Fulie Sports Club. Ini menjadikan Yokohama FC kelab profesional pertama di Jepun yang beroperasi 100% oleh penyokong.

Kedua-dua pasukan ini jarang bertemu kerana Yokohama FC lebih banyak menghabiskan masa di J2 League berbanding Yokohama F. Marinos yang berada di J1 League.

8. Derby Lembah Klang (Selangor – Kuala Lumpur)

klang vallet

Derby Lembah Klang bermula pada 1975 apabila beberapa pegawai Selangor FA pada ketika itu – antaranya K. Rasalingam, Goh Ah Chai, Hamzah Muhammad – keluar dari persatuan dan menubuhkan Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan (FTFA).

Nama FTFA kemudiannya diubah menjadi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada 1987.

Derby Lembah Klang ini boleh dikatakan berat sebelah jika kita mengambil kira faktor rekod cemerlang Selangor dalam derby ini serta jumlah penyokong mereka yang sangat ramai.

Derby Lembah Klang ini juga pernah menyaksikan beberapa pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua pasukan. Antaranya adalah Azman Adnan, Khalid Ali, Azmin Azram dan Nizaruddin Yusof.

Manakala bagi tempoh 5 tahun kebelakangan ini, pemain tersebut adalah Shahrom Kalam, Azidan Sarudin, Norazlan Razali dan A. Thamil Arasu.

Baca juga: Permusuhan Dua Pasukan (Rivalry): Perlukah Ia Dijadikan Tradisi Atau Dijauhi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN