7 Statistik Menakjubkan Di Sebalik Hatrik Mbappe Tewaskan Barcelona

Kylian Mbappe menjaringkan hatrik menakjubkan untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Barcelona 4-1 di perlawanan pertama pusinga 16 psaukan terbaik di Nou Camp pada awal pagi tadi.

Malam perlawanan tidaklah bermula seperti yang diharapkan oleh PSG apabila finalis musim lalu itu ketinggalan terlebih dahulu oleh sepakan penalti Lionel Messi pada minit ke-27 perlawanan.

Namun Mbappe memulakan kebangkitan PSG, berjaya melepasi kawalan Clement Lenglet sebelum merembat deras untuk gol penyamaan pada babak pertama perlawanan.

Mbappe kemudiannya berjaya meletakkan PSG di hadapan hasil percubaan meyakinkan dari jarak 10 meter, sebelum Moise Kean menambah derita gergasi Sepanyol dari Catalan itu.

Tatkala Barcelona sedang sibuk memburu gol untuk mengurangkan defisit, PSG sekali lagi menghukum lawan melalui Mbappe – kali ini dengan melencong bola ke arah gol untuk melengkapkan hatriknya dalam perlawanan ini.

Berikut adalah beberapa statistik menarik di sebalik hatrik yang dihasilkan oleh Mbappe dalam perlawanan ini.

1. Hatrik pertama sejak 1997

Ia jelas malam yang mahu dilupakan oleh Barcelona di pertandingan Champions League. Pemain lawan  terakhir yang berjaya menjaringkan hatrik di Nou Camp untuk menewaskan Barcelona ialah Andriy Shecvchenko.

Hatrik Shecvchenko tersebut dihasilkan pada November 1997, dan membantu Dynamo Kyiv menewaskan Barcelona 4-0 di halaman sendiri dalam perlawanan peringkat kumpulan. Mbappe sendiri belum dilahirkan pada ketika itu.

2. Pemain ketiga

Hatrik di Nou Camp dalam perlawanan pada malam tadi menjadikan Mbappe pemain ketiga yang berjaya meledak hatrik menentang Barcelona dalam pertandingan Champions League.

Hatrik Asprilla di St. James Park itu membantu Newcastle United mengejutkan Barcelona 3-2 yang turut memiliki pemain seperti Luis Enrique, Luis Figo dan Rivaldo pada ketika itu.

3. Hatrik pertama dalam 15 tahun

Mbappe menjadi orang pertama yang mampu mencetak hattrick di Camp Nou dalam semua pertandingan sejak Diego Forlan melakukannya pada  22 Mei 2005.

Pada ketika itu Messi belum lagi berstatus pemain bintang, dan hanya memulakan debut bersama Barcelona pada 2006.

4. Pemain kesembilan semua pertandingan

Mbappe bukan sahaja pemain ketiga meledak hatrik menentang Barcelona di Champions League. Beliau juga merupakan pemain kesembilan yang berbuat demikian di Nou Camp dalam semua pertandingan.

Senarai pemain lain pula adalah Luis Aragones (1961), Ferenc Puskas (1963), Tony Kurbos (1984), Pena (1987), Baltazar (1989), Milinko Pantic (1997), Andriy Shevchenko (1997), Diego Forland (2005).

5. PSG pasukan keenam

PSG menjadi pasukan keenam dalam sejarah pertandingan eropah yang berjaya menjaringkan empat gol ketika menentang Barcelona.

Lima kelab lain adalah Hibernian (1960), Hamburg (1963), Koln (1980), Metz (1984), dan Dinamo Kiev (1997).  Selain hatrik Mbappe, kemenangan PSG turut dibantu oleh jaringan Moise Kean.

6. Pemain termuda

Di usia 22 tahun dan 58 hari Mbappe menjadi pemain termuda yang berjaya mencetak hatrik di pertandingan kalah mati menentang Barcelona di Liga Champions.

7. Kalah lebih tiga gol

Ini adalah kali pertama Barcelona tewas lebih dari tiga gol dalam dua perlawanan berturut-turut di Nou Camp dalam musim yang sama.

Sebelum perlawanan menentang PSG, skuad Ronald Koeman ditewaskan 3-0 oleh Juventus dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Penutup

Melihat aksi Mbappe yang begitu mudah ‘membuli’ Barcelona, pasti membuatkan ramai kagum akan kemampuan pemain muda ini. Rekod demi rekod dipecahkan. Apatah lagi pada usia yang muda, beliau juga sudah bergelar pemenang Piala Dunia bersama Perancis.

Persoalannya sekarang ialah adakah Mbappe akan terus kekal beraksi di Ligue 1 pada musim akan datang? Atau bersediakan Mbappe menguji kemampuan beliau bersama kelab besar yang lain?

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN