7 Pemain Liga Malaysia Yang Pernah Pergi Ke Piala Dunia

Dalam lipatan sejarah liga Malaysia, sudah ada beberapa pemain yang pernah menyertai Piala Dunia bermain di liga kita.

Andrew Nabbout dan Dimitri Petratos merupakan dua orang bekas pemain import yang pernah mewarnai Liga Malaysia. Namun mereka menyertainya sebelum ke Piala Dunia.

Berikut merupakan 7 pemain yang pernah ke Piala Dunia sebelum memilih untuk berhijrah ke Liga Malaysia.

1. Kim Do-Heon

CARSON, CA – FEBRUARY 8: Do-Heon Kim #8 of the South Korean national team plays the ball as Tyrone Marshall #14 of the Los Angeles Galaxy falls to the pitch after missing a tackleduring the International Friendly match between South Korea and Los Angeles Galaxy at Home Depot Center on February 8, 2006 in Carson, California. The South Korean defeated the Galaxy 3-0. (Photo by Victor Decolongon/Getty Images)

Piala Dunia: Korea Selatan (Piala Dunia 2006)
Liga Malaysia: Negeri Sembilan (Liga Super 2018)

Kim Do-Heon banyak menghabiskan karier beliau dengan menyertai beberapa kelab di K-League. Tetapi pernah sekali beliau menyertai West Bromwich Albion selama semusim sebelum pulang semula ke tanah airnya.

Di peringkat antarabangsa, Do-Heon merupakan salah seorang anggota skuad Korea Selatan ke Piala Dunia 2006 yang pada ketika di bawah kendalian Dick Advocaat.

Malangnya, beliau hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang Piala Dunia 2006 kerana beliau hanyalah back-up kepada kapten skuad kebangsaan, Park Ji-Sung.

Pada musim 2018, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah mengumumkan ketibaan Kim Do-Heon untuk memperkuatkan skuad Hobin Jang Hobin. Pemain Korea Selatan ini terus dilantik sebagai kapten dan diberi satu misi: bantu Negeri Sembilan kekal di Liga Super.

Do-heon gagal. Pada musim tersebut, Negeri Sembilan terperosok di dasar Liga Super, sekaligus tersingkir ke Liga Premier untuk musim 2019. Kontrak setahun beliau tidak disambung oleh PBNS.

2. Jerry Palacios

(Foto: Four Four Two)

Piala Dunia: Honduras (Piala Dunia 2010 & 2014)
Liga Malaysia: ATM (Liga Super 2015)

Ketibaan Jerry Palacios ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada musim Liga Super 2015 agak mengejutkan ramai.

Ini kerana beliau hadir dengan reputasi yang besar sebagai pemain yang baharu sahaja pulang dari Piala Dunia 2014. ATM pula pada musim itu bergelut dengan masalah kewangan dan hampir-hampir tersingkir ke Liga Premier pada musim 2014.

Jelas sekali penyerang Honduras ini ditandatangani untuk membantu ATM kekal di Liga Super 2015.

Tetapi Palacios gagal memberi impak yang diharapkan. ATM hanya mampu mencatat dua kemenangan sepanjang musim sekaligus tersingkir ke Liga Premier untuk musim 2016.

3. El Hadji Diouf

DAEGU, SOUTH KOREA – JUNE 06: WM 2002 in JAPAN und KOREA, Daegu; GRUPPE A/DAENEMARK – SENEGAL (DEN – SEN) 1:1; El Hadji DIOUF/SEN (Photo by Henri Szwarc/Bongarts/Getty Images)

Piala Dunia: Senegal (Piala Dunia 2002)
Liga Malaysia: Sabah (Liga Premier 2015)

Sabah juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menambat El Hadji Diouf pada musim 2015.

Nama Diouf mula dikenali pada Piala Dunia 2002 apabila membantu Senegal melakar kejutan dengan layak sehingga ke peringkat suku akhir pada penampilan sulung mereka di kejohanan tersebut.

Diouf bermain ke semua lima perlawanan Senegal di Piala Dunia 2002 sebagai penyerang utama. Walaupun beliau tidak menjaringkan sebarang gol, sumbangan keseluruhan beliau kepada taktikal Senegal membuatkan beliau meraih perhatian dunia sehingga dibeli oleh Liverpool selepas kejohanan tersebut.

Di Sabah, Diouf lebih banyak menghabiskan masa merawat kecederaan daripada menjaringkan gol. Beliau hanya beraksi dalam 10 perlawanan dan menjaringkan 4 gol. Sabah pula sekadar berada di tangga ketujuh Liga Premier.

4. Pablo Aimar

GENEVA, SWITZERLAND – MARCH 27: LAENDERSPIEL 2002, Genf; ARGENTINIEN – KAMERUN (ARG – CMR) 2:2; Pablo Cesar AIMAR/ARG (Photo by Michael Kienzler/Bongarts/Getty Images)

Piala Dunia: Argentina (Piala Dunia 2002)
Liga Malaysia: JDT (Liga Super 2013)

Pada zaman kemuncaknya, Pablo Aimar merupakan antara nama besar di pentas dunia. Cukup dikenali sebagai pemain nombor sepuluh terbaik dalam sejarah Valencia dan Benfica, Aimar juga mempunyai reputasi tinggi di skuad Argentina.

Buktinya semasa kempen Piala Dunia 2002, beliau dipilih Marcelo Bielsa sebagai perancang utama pasukan di depan seorang lagi perancang hebat, Juan Roman Riquleme.

Aimar tiba di JDT dengan status pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dikhabarkan beliau diberi gaji RM180,000 sebulan. Tetapi disebalik gaji tinggi tersebut, Aimar hanya mampu beraksi dalam lapan perlawanan dan menjaringkan dua gol sebelum terpaksa dilepaskan setahun kemudian kerana masalah kecederaan.

Penaung JDT, Tunku Mahkota Johor pernah memberitahu pembelian pemain Piala Dunia 2002 itu dibuat dengan niat untuk menarik minat peminat bola sepak Malaysia menyedari kewujudan JDT dan seterusnya menyokong JDT.

5. Bosko Balaban

l-r; Scotland’s Paul Lambert battles for possession of the ball with Croatia’s Bosko Balaban (Photo by John Walton/EMPICS via Getty Images)

Piala Dunia: Croatia (Piala Dunia 2002 & 2006)
Liga Malaysia: Selangor (Liga Super 2012)

Nama beliau tidaklah segah Diouf, namun nama Basko Balaban pastinya masih segar di ingatan penyokong Selangor sehingga ke hari ini.

Hadir di Shah Alam dengan reputasi sebagai pemain skuad kebangsaan Croatia untuk dua edisi Piala Dunia, Balaban memukau penyokong Selangor dengan menjaringkan gol kemenangan pada debutnya ketika menentang Kelantan.

Sepanjang musim Balaban membuat 20 penampilan dalam Liga Super untuk The Red Giants dan menjaringkan 12 gol. Beliau juga berjaya membantu Selangor layak ke AFC Cup pada musim 2013. Tetapi sayang, beliau tidak dapat membantu Selangor di AFC Cup selepas kontraknya ditamatkan selepas hanya semusim.

6. Joel Epalle

2000 Olympic Games, Sydney, Australia, Football Final, Cameroon beat Spain 5-3 on penalty’s after a 2-2 draw, 30th September, 2000, Joel Epalle of Cameroon takes drastic action to avoid a tackle by Spain’s Puyol (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Piala Dunia: Cameroon (Piala Dunia 2002)
Liga Malaysia: Sarawak (Liga Super 2012)

Joel Epalle menyertai Sarawak selepas aksi memukau beliau ketika perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia pada 2012. Ketika itu Epalle masih lagi dalam tempoh percubaan ketika pintu jendela perpindahan kedua dibuka.

Namun selepas itu Epalle gagal meneruskan aksi cemerlang beliau selepas Sarawak memberinya kontrak.

Hadir dengan reputasi sebagai pemenang pingat emas acara bola sepak sukan Olimpik 2002 Sydney dan anggota skuad Cameroon di Piala Dunia 2002, Epalle bagaimanapun gagal membantu Sarawak mengelak penyingkiran ke Liga Premier.

7. Perica Ognjenovic

FRANCE – JUNE 14: FUSSBALL: WM FRANCE 98 St.Etienne, 14.06.98, JUGOSLAWIEN – IRAN 1:0 (YUG – IRN), Perica OGNJENOVIC/YUG, Karim BAGHERI/IRN (Photo by Lutz Bongarts/Bongarts/Getty Images)

Piala Dunia: Yugoslavia (Piala Dunia 1998)
Liga Malaysia: Selangor (Liga Super 2006)

Ognjenovic datang ke Malaysia dengan reputasi sebagai bekas pemain Real Madrid dan Piala Dunia 1998. Namun demikian beliau bergelut untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama di dalam kelab yang dipenuhi dengan bintang berkelas dunia itu.

Di Piala Dunia 1998, Ognjenovic melakukan 3 penampilan untuk negaranya di peringkat kumpulan, kesemuanya sebagai pemain gantian dan berjaya membantu Yugoslavia melangkah ke saingan kalah mati.

Walaupun begitu, beliau tidak diturunkan pada aksi 16 pasukan terakhir menentang Belanda dan gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang kejohanan.

Beliau pastinya dikenang oleh penyokong Selangor kerana berjaya menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Premier pada musim 2006.

Nota Editor: Artikel ini adalah hasil kiriman pembaca kami dikenali sebagai Sejad Rahmandzukic di laman Facebook. Mahu artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak? Emailkan kepada kami ke alamat [email protected].

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Super di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN