7 Pemain Disahkan Tidak Akan Menyarung Jersi Selangor Musim Depan

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan 7 pemainnya dilepaskan dan tidak akan menyarung jersi skuad gergasi merah itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Antara pemain yang dilepaskan ialah 3 bekas pemain Pahang iaitu Azamuddin Mohd Akil, Razman Roslan dan Joseph Kalang Tie. Azamuddin menyertai Selangor dengan menandatangi kontrak selama setahun dan hanya sempat beraksi dalam 9 perlawanan.

Manakala Razman yang merupakan kapten pasukan telah menyertai Selangor sejak tahun 2005 telah beraksi dalam 346 perlawanan sepanjang karier beliau dan telah menjaringkan 24 gol buat skuad Gergasi Merah.

Razman Roslan

Beliau juga telah banyak membantu Selangor menjulang beberapa piala antaranya adalah, Piala Sumbangsih 2009, 2010, Liga Super 2009, 2010, Liga Premier 2005, Piala Malaysia 2005, Piala FA 2005 dan Piala FA 2009.

Joseph Kalang Tie pula menyertai Selangor dengan kontrak selama 1 tahun dan telah tampil di dalam 14 perlawanan dan sempat menjaringkan 1 gol untuk Red Giants. Beliau dikhabarkan akan kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak musim depan.

Sementara itu, penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali turut dilepaskan setelah menyarung jersi Gergasi Merah sejak tahun 2011. Norazlan telah beraksi untuk pasukan Selangor FA sebanyak 129 kali dan membantu pasukan ini memenangi Piala Malaysia pada tahun 2015.

Joseph Kalang Tie dikhabarkan akan kembali ke Sarawak. Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Dua lagi pemain yang dilepaskan ialah Abdul Halim Zainal dan Fairuz Abdul Aziz. Halim merupakan adik kepada dua bekas pemain kebangsaan iaitu Faizal Zainal dan Khairil Zainal. Pemain tengah yang berasal dari Negeri Sembilan ini telah bersama dengan Selangor FA selama dua musim dan tampil dalam 39 perlawanan.

Fairuz Aziz pernah menyarung jersi Shah Alam Antlers.

Fairuz pula yang ditandatangani daripada kelab liga sosial, Shah Alam Antlers telah tampil sebanyak 26 kali sepanjang karier beliau bersama Selangor.

FAS turut mengumumkan perlepasan pemain muda yang berusia 24 tahun iaitu Shahrul Igwan yang akan menyertai skuad Kedah musim depan. Pemain tengah ini telah mewakili skuad negara B16, B19, B21 & B23 sepanjang karier beliau. Shahrul tampil untuk pasukan Selangor dalam 12 perlawanan bagi musim 2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN