7 Hadiah Krismas Paling Terbaik (Dan Paling Teruk) Yang Diterima Peminat Bola Sepak

Perayaan Krismas merupakan antara peluang terbaik bagi peminat bola sepak yang menyambut perayaan ini untuk mendapatkan hadiah-hadiah bola sepak yang mereka idam-idamkan.

Dalam artikel ini, kami kumpulkan senarai hadiah-hadiah Krismas terbaik (dan 1 hadiah paling teruk) yang diterima oleh peminat bola sepak seluruh dunia yang dikongsi di Reddit.

1. Jersi vintaj Juventus untuk penyokong Juventus

juventus

Mengetahui suaminya seorang penyokong tegar Juventus, seorang wanita memuat naik gambar hadiah Krismas yang bakal diberikan kepada suaminya – sehelai jersi vintaj away Juventus yang dibeli dari muzium kelab dan disahkan keasliannya oleh Priuli & Verlucca.

Jersi vintaj ini merupakan jersi away yang dipakai oleh pemain Juventus ketika final UEFA Champions League 1996 di Rom. Dalam perlawanan tersebut, Juventus muncul juara selepas menewaskan Ajax Amsterdam dalam penentuan sepakan penalti.

Harga pasaran untuk jersi ini adalah RM956.00.

2. Kit lengkap Borussia Dortmund untuk peminat Kagawa

dortmund

Hadiah ini diterima oleh seorang penyokong Borussia Dortmund dari Australia yang meminati Shinji Kagawa.

Sempena Krismas tahun 2015, beliau menerima kit lengkap Shinji Kagawa beserta beberapa barangan cenderahati rasmi yang lain.Paling bermakna ketika menerima hadiah ini pada 2015, Kagawa baru sahaja pulang Westfalonstadion selepas penghijrahan yang kurang berjaya di Manchester United.

Sekembalinya dari Dortmund tahap persembahan Shinji Kagawa pada ketika itu bukan saja kembali ke potensi sebenarnya, malah nama Kagawa menjadi nama tetap kesebelasan utama Dortmund.

3. Jersi Xabi Alonso untuk peminat Liverpool

Mana-mana penyokong Liverpool pasti akan mengingati jersi Adidas ini yang dipakai ketika pasukan mereka bersaing dalam UEFA Champions League 2006/2007. Ketika itu, Liverpool bergelar naib juara selepas tewas 2-1 kepada AC Milan dalam perlawanan akhir.

Xabi Alonso pula pada ketika itu merupakan salah seorang pemain kegemaran peminat Liverpool.

Jersi ini kekal antara jersi Liverpool yang cantik, dengan rekaan kolar yang cool. Ditambah pula dengan cetakan nombor 14 dan nama Xabi Alonso, jersi ini boleh mencapai nilai RM287 di Internet.

4. Manchester United

man united

Penyokong Manchester United yang sudah menyokong sejak era Ron Atkinson pasti masih ingat detik kapten Bryan Robson menjaringkan 2 gol dan memenangi penalti untuk menjulang FA Cup pada tahun 1983.

Ketika itu, United memakai jersi Adidas dengan nama penaja, Sharp Electronics, tertera di baju.

Jersi yang diterima penyokong United ini ada dijual di butik rasmi Manchester United dengan harga RM193. Ia bukan design asal seperti yang dipakai oleh pemain pada 1983.

5. Chelsea

chelsea

Buku ini menyenaraikan segala fakta dan nombor tentang sejarah Chelsea sejak penubuhannya pada 110 tahun lepas.

6. Arsenal

Penyokong Arsenal ini beruntung kerana bukan saja dapat hadiah yang tak dijangkanya. Malah ia datang dari penyokong Arsenal juga.

Baucar lawatan ke Stadium Emirates yang diperolehi penyokong Arsenal ini mungkin tak semahal jersi, tetapi pengalaman yang bakal diperolehinya pasti akan diingati sampai bila-bila.

7. Aston Villa

astonvilla

Seorang penyokong Aston Villa menerima hadiah (paling kejam) ini sempena hari Krismas. Beliau memuat naik gambar hadiahnya di Twitter dengan caption:

“I laughed. Then the sadness came.”

Baca juga: 17 Kata-kata Johan Cruyff Yang Mengubah Cara Anda Berfikir Tentang Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN