7 Fakta Piala Dunia 1974 Dengan Trofi Baru Lambang Kemasyhuran Bolasepak Sehingga Kini

Piala Dunia 1974

Piala Dunia 1974 telah berlangsung di benua Eropah, kali ini Jerman Barat dipilih sebagai tuan rumah dalam kejohanan yang berlansung dari 13 Jun sehingga 7 Julai.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Jerman Barat berjaya merangkul kejuaraan di akhir saingan dan ia juga merupakan gelaran kedua milik mereka.

1. Penampilan gemilang Dino Zoff

Football – 1974 World Cup – First Round, Group Four: Poland 2 Italy 1
Italy goalkeeper Dino Zoff throws the ball at the Neckarstadion, Stuttgart, West Germany.

Pasukan Itali memang cukup sinonim dalam kejohanan Piala Dunia.

Mereka sudah berjaya menjuarai dua kali edisi kejohanan, yakni pada tahun 1934 dan 1938.

Di Piala Dunia 1974, perjalanan skuad Azzurri terkandas di peringkat kumpulan.

Namun, disebalik kegagalan Itali, mereka harus berbangga dengan rekod penjaga gol mereka iaitu Dino Zoff.

Dino Zoff adalah penjaga gol terbaik yang pernah beraksi bersama skuad Azzurri.

Beliau termasuk dalam tiga penjaga gol terbaik dunia diera tersebut bersama Lev Yashin dan Gordon Banks.

Dino tampil bersama pasukan di Piala Dunia 1974 dengan reputasi cemerlang. Beliau memegang rekod masa bermain terpanjang tanpa melepaskan gol dalam pertandingan peringkat antarabangsa selama (1142 minit) di antara tahun 1972 dan 1974.

2. Terciptanya rekod gol terpantas di perlawanan akhir

Neeskens scored the opening goal of the 1974 World Cup final against West Germany with a penalty kick after only two minutes of play.

Jika edisi 1962 telah menyaksikan Vaclav Masek berjaya mencatatkan rekod jaringan terpantas dalam waktu 15 saat, kini rekod menarik juga berjaya dicipta di Piala Dunia 1974.

Olympiastadion, Munich menjadi saksi pertemuan perlawanan akhir diantara tuan rumah, Jerman Barat dan Belanda dengan kehadira penonton mencecah 15,200 orang.

Dalam perlawanan tersebut, Belanda terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah hasil jaringan awal oleh Johan Neeskens pada minit ke-2 perlawanan menerusi sepakan penalti.

Gol tersebut merupakan gol terpantas dalam perlawanan akhir bagi edisi kejohanan Piala Dunia.  Sehingga hari ini, rekod tersebut masih gagal dipecahkan oleh mana-mana pemain dalam perlawanan akhir Piala Dunia.

3. Tiada lagi trofi Jules Rimet

Silvio Gazzaniga designed and created the World Cup trophy in 1971 after Brazil retained the right to keep the Jules Rimet trophy by winning its third World Cup in 1970.

Trofi Piala Dunia adalah sebuah trofi emas yang dianugerahkan kepada pemenang Piala Dunia FIFA.

Semenjak terciptanya kejohanan Piala Dunia pada tahun 1930, trofi Jules Rimet menjadi trofi teragung yang menjadi rebutan seluruh penyertaan pasukan.

Trofi ini, pada mulanya dinamakan Victory, sebelum dinamakan sempena nama presiden FIFA, Jules Rimet.

Pada tahun 1971, FIFA telah menghasilkan reka bentuk baharu bagi menggantikan Jules Rimet, selepas Brazil berhak untuk mengekalkan trofi itu sebagai simpanan setlah berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali.

Selain itu, terdapat juga maklumat yang menyatakan bahawa Piala Jules Rimet ditukar kerana ada bantahan yang menyifatkan piala itu mempunyai unsur yang mengambarkan wajah mirip Nike iaitu dewa kemenangan bagi bangsa Yunani.

Trofi yang baru itu diperbuat dengan 18 karat emas menerusi karya senimal berasal dari Itali, Silvio Gazzaniga yang memaparkan dua orang manusia yang memegang bumi.

Info tambahan : Kemenangan ketiga Brazil dalam kejohanan Piala Dunia 1970 membolehkan mereka menyimpan trofi Jules Rimet buat selama-lamanya. Bagaimanapun, trofi berkenaan telah dicuri pada tahun 1983, dan gagal ditemui sehingga hari ini.

4. Lagu rasmi Piala Dunia pertama yang digabungkan dalam lima bahasa kebangsaan

Bila tibanya edisi Piala Dunia, penerbitan lagu rasmi kejohanan pastinya akan dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak diseluruh dunia.

Ianya seperti menjadi sebahagian penting bagi kemeriahan temasya empat tahun sekali itu.

Lagu rasmi Piala Dunia (“El Rock del Mundial”) mula diperkenalkan pada tahun 1962 ketika Chile sebagai tuan rumah kejohanan.

Pada edisi ke-10 ini, lagu rasmi Piala Dunia bertajuk “Futbol” yang dipersembahkan oleh Maryla Rodowicz dalam upacara pembukaan Piala Dunia 1974 di Olympiastadion Muenchen

Lagu yang dicipta oleh Jonasz Kofta dan Leszek Bogdanowicz ini mempunyai keunikan yang tersendiri dimana terdapat lima bahasa kebangsaan dalam liriknya.

Iaitu dinyayikan dalam bahasa Deutsch (Jerman Barat), Język Polski (Poland), Inggeris (England), (Russkiy Yazyk) Rusia dan Latin (Sepanyol).

5. Kes doping pertama dari Ernst Joseph

Doping, atau penyalahgunaan dadah dalam sukan adalah penggunaan dadah atau bahan larangan untuk meningkatkan prestasi atlet sukan.

Isu ini bukanlah suatu isu baru, ia telah menghantui komuniti ahli dan peminat sukan, baik di dalam mahupun luar negara sejak sekian lama.

Dalam sukan bolasepak peringkat antarabangsa, masalah doping mula berlaku pada tahun 1974 ketika kejohanan Piala Dunia sedang berlansung.

Ianya melibatkan salah seorang pemain kebangsaan Haiti, Ernst Jean Joseph.

Joseph disyaki mengunakan penyalahgunaan dadah dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Itali apabila pihak kesihatan mendapat kesan positif dalam sampel air kencing yang diberikan olehnya selepas perlawanan.

Joseph dikenakan tindakan undang-undang oleh FIFA, dimana beliau tidak boleh terlibat dalam kejohanan piala dunia yang akan datang.

Info tambahan : Ujian saringan doping pemain bolasepak mula diperkenalkan pada Piala Dunia 1966 yang berlansung di England

5. Scotland negara pertama tersingkir mengikut format perbezaan gol

Brazil 0 Scotland 0 in World Cup 1974 in Waldstadion, Frankfurt

Scotland telah diundi dalam kumpulan 2 bersama Brazil, Congo dan  Yugoslavia.

Scotland memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Congo 2-0 pada perlawanan pertama di Westfalenstadion, Dortmund.

Bagi perlawanan kedua dan ketiga, Scotland berjaya mengikat Brazil 0-0 dan Yugoslavia 1-1.

Satu kejutan berlaku di Parkstadion, Gelsenkirchen yang melibatkan perlawanan di antara Yugoslavia dan Congo.

Yugoslavia berjaya menewaskan Congo dengan jumlah jaringan besar sebanyak 9-0.

Sekali lagi Congo menjadi pasukan belasahan dalam kumpulan 2 apabila ditewaskan Brazil 3-0.

Keputusan penuh peringkat kumpulan menyaksikan Yusgoslavia, Brazil dan Scotland berjaya mengumpul 4 mata dengan masing-masing mengutip 1 kemenangan dan dua seri.

Yugoslavia dan Brazil layak ke pusingan seterusnya mengikut format perbezaan gol.

6. Layangan kad merah pertama yang mengarahkan pemain keluar padang

Sejak Piala Dunia 1930 diadakan, sebanyak 23 pemain telah dikenakan amaran (kad merah) oleh pengadil. Tetapi format sebelumnya tidak mengarahkan pemain yang menerima amaran (kad merah) untuk keluar dari padang semasa perlawanan sedang berlangsung.

Carlos Caszely dari Chile menjadi pemain pertama dalam edisi Piala Dunia yang dibuang padang kerana mendapat layangan kad merah.

Semasa perlawanan Chile dengan Jerman Barat di Olympiastadion, Berlin, pengadil perlawanan dari Turki, Doğan Babacan telah melayangkan kad merah kepada Caszely dan mengarahkan pemain itu keluar dari padang serta merta.

Info tambahan : Layangan kad merah kepada pemain  diperkenalkan pada Piala Dunia 1970, tetapi tiada pemain dibuang padang semasa kejohanan tersebut.

7. Medan pertembungan “West-East” Jerman

West Germany captain Franz Beckenbauer (l) shakes hands with East Germany captain Bernd Brausch (r) before the match wc 1974, watched by referee Ramon Barreto Ruiz (c)

Piala Dunia 1974 telah menyaksikan satu medan pertarungan ideologi yang melibatkan diantara Jerman Barat dan Jerman Timur.

Jerman Barat dan Jerman Timur diundi berada kumpulan 1.

Masing-masing berjaya menunjukan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan apabila berjaya menundukkan Australia dan Chile.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ialah pertembungan diantara dua pasukan dari Jerman.

Perlawanan yang penuh dengan dramatik dan berunsurkan politik ini berakhir dengan memihak kepada Jerman Timur.

Pada perlawanan yang berlangsung di Hamburg, 22 Jun, Juergen Sparwasser berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 perlawanan.

Jerman Timur layak ke pusingan kedua dan berada dalam kumpulan A bersama Brazil, Argentina dan Belanda.

Terdapat maklumat yang mengatakan, Jerman Barat sengaja tewas keatas Jerman Timur.

Dengan kekalahan tersebut, Jerman Barat akan terhindar dari bertemu dengan dua pasukan gergasi iaitu Belanda dan Brazil pada pusingan kedua.

Info tambahan : Jerman Barat berada dalam kumpulan B bagi pusingan kedua bersama Poland, Sweden dan Yugoslavia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN