7 Fakta Tentang Bayern Munich Yang Anda Harus Tahu

Adakah anda peminat Bayern Munich? Jika jawapan anda ya, ini 7 fakta yang anda harus tahu mengikut pembaca Semuanya BOLA, Justine Pengiran Igai.

Pemegang Rekod Kemenangan Terbesar Dalam Liga Jerman

Bayern Munich merupakan pemegang rekod kemenangan terbesar dalam Liga Jerman selepas membelasah Borussia Dortmund 12-0 pada April 1978.

Antara nama yang menyumbang gol dalam perlawanan tersebut adalah pengurus Bayern Munich musim 2013 iaitu Jupp Heynckes sebanyak 5 gol.

Pasukan Bola Sepak Paling Berjaya Di Jerman

Bayern Munich antara pasukan bola sepak yang paling berjaya di Jerman. Mereka telah merangkul 5 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, 25 liga dan 17 gelaran Piala Jerman.

Selain daripada bola sepak, Bayern Munich juga mempunyai sukan lain seperti catur, gimnastik, bola keranjang , bola baling dan ping pong.

Phillip Lahm Merupakan Pemain Paling Lama Berkhidmat

Kapten Bayern Munich iaitu Philipp Lahm merupakan pemain yang paling lama berkhidmat dalam skuad Bayern Munich setelah menyertai Bayern Munich pada tahun 1995.

Ketika itu beliau berusia 11 tahun dan Philip Lahm merupakan ‘ball boy’ untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Munich pada tahun 1997.

Allianz Arena antara stadium di Jerman yang menyediakan kemudahan seperti berikut: 

  •    Penyediaan makanan yang teratur
  •    Terdapat 28 kiosk dan 1,000 tempat duduk
  •    Restoran Arena ala carte dapat menampung 400 orang
  •    Nursery
  •    54 kaunter tiket
  •    Kemudahan membeli-belah

Baca: Bayern Munich Selesai Membayar Hutang Kos Pembiayaan Allianz Arena

Bayern Munich Sudah Berusia 115 Tahun

Bayern Munich telah wujud selama 115 tahun yang lalu dan telah ditubuhkan pada tahun 1900.

Musuh Utama Bayern Munich

Bayern Munich mempunyai musuh utama dalam Bundesliga seperti TSV Munich, Leverkusen, Dortmund dan Schalke 04.

Gelaran Kebangsaan Pertama

Bayern Munich memenangi gelaran kebangsaan yang pertama pada tahun 1932. Namun setelah Nazi mengambil alih tampuk kuasa, Bayern Munich dituduh menjadi agen Yahudi.

Hal ini menyebabkan Presiden kelab Kurt Landauer melarikan diri dan beberapa pemain telah dihukum.

Baca Juga: Bagaimana Bekas Jurulatih Akademi Bayern Munich Menyelamatkan Bola Sepak Malaysia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN