7 Calon Untuk Anugerah Pemain Terbaik Euro 2020

Anugerah Pemain Terbaik Euro pernah menyaksikan ramai nama-nama besar bola sepak eropah memenanginya. Anugerah tersebut menjadi milik Mattias Sammer dari Jerman pada 1996.

Empat tahun kemudian, Zinedine Zidane adalah pemenang mutlak bersama Perancis. 2004 menyaksikan kebangkitan bola sepak Greece, dan anugerah tersebut diberikan kepada Thedoros Zagorakis. Apabila Sepanyol bangkit menjadi kuasa besar bola sepak dunia, nama seperti Xavi dan Andres Iniesta pula mendominasi senarai pencalonan.

Sebanyak 50 perlawanan telah berlangsung sepanjang Euro 202. Siapakah pemain terbaik kejohanan edisi kali ini? Berikut adalah antara calon yang berkemungkinan akan dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

1. Harry Kane (England)

Selepas hanya tiga perlawanan pertama membabitkan England, sudah ada pihak yang mulai skeptikal akan kemampuan Harry Kane. Pilihan Gareth Southgate untuk menyandarkan bahagian serangan kepada penyerang Tottenham ini turut mulai dipersoalkan.

Kane mendiamkan pengkritiknya selepas itu dengan menjaringkan empat gol di pusingan kalah mati. Malah Kane dilihat antara pemain paling bijak di dalam padang dengan kemampuan beliau menarik perhatian lawan, dan menyimpan bola untuk mengekalkan penguasaan. Kane juga sentiasa menghadirkan ancaman buat Denmark di separuh akhir.

Gol di Wembley dalam perlawanan akhir hampir pasti akan mengesahkan Kane sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. Aksi longlai di peringkat kumpulan pula pasti akan dilupakan.

2. Raheem Sterling (England)

Raheem Sterling sentiasa menjadi tumpuan perlawanan membabitkan England dengan sumbangan beliau sepanjang kejohanan. Dalam setiap perlawanan, Sterling pasti akan menjaringkan gol, atau menghasilkan assist, atau pun mendapatkan penalti untuk pasukannya.

Ini menjadikan Sterling sebagai pemain paling konsisten untuk England sepanjang Euro 2020, dan menjelaskan mengapa Southgate sukar merehatkan pemain ini untuk memberi lebih banyak peluang kepada Jack Grealish.

Sterling pasti akan menjadi pencabar utama Kane untuk anugerah Pemain Terbaik Kejohanan sekiranya berjaya menghasilkan sesuatu menentang Itali di perlawanan akhir nanti.

3. Simon Kjaer (Denmark)

Simon Kjaer adalah bukti pentingnya pemimpin hebat dalam pasukan. Malah Simnon Kjaer dan Denmark boleh dianggap sebagai kisah yang paling dikenang di dalam sejarah Euro selepas ini. Tindakan pantas kapten Denmark, Simon Kjaer telah menyelamatkan nyawa rakan sepasukannya Christian Eriksen yang rebah secara tiba-tiba ketika aksi Euro 2020 menentang Finland.

Kjaer bukan sahaja menampilkan kualiti seorang pemimpin di dalam padang. Malah beliau berjaya memimpin rakan sepasukan yang lain untuk terus melawan sehingga ke separuh akhir walaupun pada satu ketika, cabaran Denmark tampak seperti berakhir di peringkat kumpulan.

4. Cristiano Ronaldo

Langkah Portugal mungkin tidak jauh di Euro 2020 apabila disekat seawal pusingan kedua oleh Belgium. Namun ia mungkin tidak menghalang Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah untuk pencapaian peribadi yang diciptanya di kejohanan ini.

Lima gol dari empat penampilan menjadikan Ronaldo penjaring terbanyak Euro sepanjang zaman. Pada masa yang sama, Ronaldo turut berjaya menyamai rekod jumlah jaringan terbanyak antarabangsa yang dihasilkan oleh Ali Daie. Tampil dalam 178 perlawanan untuk Portugal, Ronaldo kini menghimpunkan 109 gol, menyamai rekod yang dilakukan oleh Daei bersama pasukan Iran.

5. Giorgio Chiellini

Giorgio Chiellini telah terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan sebelum kejohanan, tetapi berjaya menampilkan prestasi yang diharapkan sepanjang kejohanan musim panas ini. Pemain pertahanan veteran dari Juventus ini membentuk benteng pertahanan yang kukuh untuk Itali sehingga berjaya membawa mereka ke perlawanan akhir.

Satu lagi aksi masterclass di Wembley mengekang pemain dengan reputasi seperti Harry Kane pasti akan meletakkan beliau sebagai calon utama untuk pemain terbaik Euro 2020.

6. Leonardo Spinazzola

Kejohanan Euro 2020 kali ini menampilkan ramai pemain bek sayap yang hebat. Luke Shaw (England), Denzel Dumfries (Belanda), Robin Gosens (Jerman), dan Thomas Meunier (Belanda) adalah antaraya. Namun demikian di antara semua nama itu, aksi Leonardon Spinazzola bersama Itali dianggap sebagai antara yang terbaik.

Ketika pra kejohanan mungkin tidak ramai yang menghiraukan nama Spinazzola. Namun kini ramai yang mengeluh apabila pemain ini mengalami kecederaan di peringkat suku akhir. Aksi Spinazzola di Euro 2020 dianggap sebagai antara yang paling menghiburkan untuk disaksikan di kejohanan edisi ini.

7. Jorginho

Jorginho menghasilkan aksi luar biasa di bahagian tengah untuk membantu Itali dan merupakan tunjang kekuatan bahagian tengah skuad Roberto Mancini sejak beberapa tahun lalu.

Pemain tengah Chelsea ini kerap dikritik sejak beberapa musim lalu, namun Jorginho berjaya mempamerkan kualiti dirinya bersama pasukan negaranya sepanjang Euro 2020

Dalam perlawanan menentang Belgium, pemain berusia 29 tahun itu gagal melengkapkan hantaran hanya sekali sahaja. Statistik perlawanan menunjukkan Jorginho melakukan 71 hantaran sepanjang perlawanan, dan melengkapkan 70 daripadanya untuk menghasilkan nilai purata 99% ketepatan hantaran – menentang pasukan yang berada di ranking No.1 dunia.

Penutup

Anda memiliki calon lain untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan? Kongsikan dengan kami, dan jelaskan sebab anda percaya pemain tersebut selayaknya dinamakan pemain terbaik Euro 2020.

Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Kenapa Itali Digelar “Azzuri” Dan Jersi Biru Jadi Pilihan?

Kenali Pengadil Terkaya Dunia Yang Dipilih Adili Perlawanan Akhir Euro 2020

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN