6 Perpindahan Hari Terakhir Yang Ramai Tidak Sedari, Termasuk Falcao Yang Dilupakan

Romelu Lukaku menyertai Chelsea, Lionel Messi akhirnya bersama PSG, dan Cristiano Ronaldo kembali bersama Manchester United.

Itu antara perpindahan besar yang mewarnai dunia perpindahan pemain di eropah pada hari ini – yang turut memberi kesan kepada setiap peminat bola sepak di seluruh dunia.

Berikut pula antara perpindahan yang ramai tidak sedari – walaupun berkemungkinan memberi impak besar kepada pasukan – telah berlaku pada hari terakhir perpindahan pada 31 Ogos lalu.

Radamel Falcao

Pada mulanya bekas pemain Manchester United dan Chelsea ini dikaitkan dengan perpindahan mengejutkan ke Liga Super Malaysia, dan dikaitkan dengan JDT.

Khabar angin tersebut berlaku selepas Galatasaray dikatakan tidak mampu membayar gaji Falcao yang disifatkan terlalu tinggi.

Penyerang Colombia itu menjaringkan 19 gol dari 34 penampilan di Super Lig, dan berada di tahap terbaiknya selepas tempoh sukar di Premier League.

La Liga juga bukan pentas yang asing buat pemain ini kerana pernah beraksi bersama Atletico Madrid dari 2011 sehingga 2013, menjaringkan 52 go dari 68 penampilan untuk kelab itu.

 

Dan selepas tidak dikehendaki Galatasaray, Falcao kembali ke Sepanyol untuk menyertai kelab yang baru mendapat promosi, Real  Vallecano.

Tidak jadi bergandingan dengan Safawi Rasid, Falcao bakal bergandingan dengan seorang lagi bekas penyerang Manchester United, iaitu Bebe.

Helder Costa

Costa adalah salah seorang pemain yang didatangkan melibatkan pelaburan besar oleh Leeds ketika masih lagi di Championship.

Bukanlah pemain paling menyerlah di dalam pasukan, Costa tetap merupakan antara pemain kesebelasan utama pilihan Marcelo Bielsa ketika pasukan itu dipromosi ke Premier League pada musim 2019/20.

Ketibaan Rapinha pada 2020 kemudiannya menyukarkan Costa. Ketibaan Daniel James dari Mancheser United pada hari terakhir jendela perpindahan juga membuatkan pemain itu semakin sukar mendapatkan tempat selepas ini.

Maka jelas ejen beliau, Jorge Mendes perlu melakukan sesuatu dan perpindahan ke Valencia segera dilakukan. Costa menyertai kelab Sepanyol itu secara pinjaman selama semusim, dengan pilihan untuk menjadikan perpindahan tersebut sebagai perpindahan tetap.

Santiago Munoz

Kelab Premier League, Newcastle United telah menghidupkan fantasi peminat bola sepak seluruh dunia apabila mereka menandatangani pemain baharu dari Mexico iaitu Santiago Munoz.

Nama pemain ini hampir sama dengan watak filem Goal! Santiago Munez.

Berusia 21 tahun, Munoz merupakan pemain dalam skuad remaja Mexico dan beraksi dengan kelab utama negara itu iaitu Santos Laguna.

Munoz mempunyai rekod yang baik sebagai pemain muda. Bersama Laguna, beliau menjaringkan tiga gol dan tiga bantuan gol dalam 13 penampilan.

Di peringkat skuad kebangsaan, Munoz membantu Mexico menjuarai Piala Emas Concacaf B-17 dengan menjaringkan lima gol sambil menjadi naib juara Piala Dunia Remaja di Brazil pada 2019.

Pembelian Munoz tidak terus dimasukkan ke dalam skuad utama Newcastle, sebaliknya beliau disambar dengan kontrak 18 bulan dan dimasukkan ke dalam pasukan akademi.

Reiss Nelson

Karier Reiss Nelson seperti tergendala selepas beliau menyerlah di bawah kendalian Julan Nagelsmann di Hoffenheim secara pinjaman pada musim 2018/19.

Nagelsmann yang kini merupakan pengurus Bayern Munich begitu memandang tinggi produk akademi Hale End itu, sehingga menyamakan kemampuan Nelson mampu mencapai setaraf Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, atau pun Arjen Robben.

Sehingga ke hari ini perkara itu gagal direalisasikan, tetapi Arsenal tetap percaya akan masa depan pemain ini. Pemain sayap ini menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama The Gunners, sebelum dibenarkan menyertai Feyenoord secara pinjaman.

Feyenoord terpaksa beralih kepada Nelson selepas pemain pilihan pertama untuk didatangkan (secara pinjaman), Amad Diallo mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama Manchester United.

Alex Kral

Akibat ‘hype’ atau ‘aura’ yang berlebihan mewarnai saga perpindahan Kylian Mbappe dan kemudiannya perpindahan dramatik Cristiano Ronaldo ke Manchester United, tidak ramai yang menyedari West Ham berjaya mengikat salah seorang bintang Republik Czech, Alex Kral pada hari terakhir perpindahan.

Kral adalah antara bintang Republik Czech yang menyerlah di Euro 2020 dan didatangkan secara pinjaman dari Spartak Moscow.

Di West Ham, beliau akan bergandingan dengan rakan senegara, Tomas Soucek dan Vladimir Coufal.

Ademola Lookman

Fulham melalui musim yang sukar pada musim lalu apabila tersingkir dari Premier League. Namun demikian prestasi pemain yang dipinjam dari RB Leipzig, Ademola Lookman tetap mencuri tumpuan.

Bekas pemain sayap Charlton dan Everton itu sekali lagi kembali ke Premier League pada musim ini, kali ini disambar oleh Brendan Rodger untuk memperkuatkan Leicester City.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN