5 Pendedahan Football Leaks Yang Mengejutkan Dunia Bola Sepak

Football Leaks seperti yang kita ketahui secara berterusan telah melakukan pendedahan demi pendedahan yang menggemparkan dunia bola sepak.

Antara yang menarik perhatian pada hari ini ialah kes rogol membabitkan bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo; dan juga salah laku Manchester City dan Paris Saint-Germain yang melanggar peraturan Financial Fair-Play dan penglibatan FIFA.

Di bawah ini kami senaraikan lima lagi pendedahan oleh Football Leaks yang turut mencuri tumpuan dunia bola sepak

European Super League

Antara pendedahan terawal Football Leaks yang dilaporkan oleh Der Spiegel ialah mengenai komplot mewujudkan European Super League. Beberapa dokumen mendedahkan rundingan telah dilakukan membabitkan 16 kelab utama eropah untuk mewujudkan pertandingan baharu bagi menggantikan UEFA Champions League mulai 2021.

Chelsea, Arsenal, Liverpool, Manchester United, Manchester City, Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Juventus, PSG dan AC Milan akan menjadi ahli tetap, dan tidak akan disingkirkan divisyen untuk tempoh 20 tahun pertama pertandingan.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Kelab-kelab ini turut akan disertai oleh Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Marseille, Inter Milan and AS Roma sebagai pasukan jemputan.

Turut dicadangkan ialah untuk mewujudkan satu lagi pertandingan liga di bawah pertandingan utama European Super League. Semua pasukan terbabit juga dijadualkan menandatangani perjanjian persetujuan pada 16 November 2018.

Andreas Christensen

Salah satu pendedahan terbaru oleh Foorball Leaks- kali ini dilaporkan oleh akhbar Denmark, Politiken- melaporkan ayah kepada pemain pertahanan, Andreas Christensen telah dibayar oleh Chelsea sebanyak £600,000 di dalam tempoh empat tahun sejak 2012.

Christensen berusia 15 tahun pada ketika itu- dan bayaran tersebut diberikan kepada ayah beliau untuk jaminan pemain tersebut akan menyertai Chelsea.

Andreas Christensen

Perjanjian seumpama itu adalah satu kesalahan di bawah peraturan oleh Premier League. Disebabkan itu, Chelsea menegaskan bayaran tersebut adalah kerana Sten Christensen dilantik sebagai pencari bakat.

Hakikatnya, tugasan tersebut tidak pernah dilakukan oleh Sten, yang merupakan seorang jurulatih penjaga gol di kelab Denmark, Brondby. Football Leaks turut mendedahkan satu dokumen dari Chelsea yang mendakwa bayaran tersebut sebagai ‘saguhati penjaga’ (parental salary).  Chelsea dan Sten Christensen enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Klausa kontrak

Klausa di dalam kontrak pemain sebenarnya adalah satu amalan biasa bagi mengelakkan kerugian kepada kelab- dalam mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.

Lain pula kisahnya di Paris Saint-Germain (PSG). Ligue 1 tidak mempunyai sebarang peraturan melibatkan struktur gaji. Dan Football Leaks mendedahkan kelab Perancis itu membayar pemain mereka untuk berkelakun baik- berdasarkan terma mereka sendiri.

Klausa tersebut termasuklah untuk membayar Neymar €2.5 juta setahun untuk tidak mengkritik pengurs dan €375,000 untuk melayan peminat sebelum dan selepas perlawanan.

(Photo credit should read CHRISTOPHE SIMON/AFP/Getty Images)

Ada lebih banyak perkara menarik berkenaan klausa kontrak pemain sebenarnya.

Bekas pemain pertahanan Manchester City, Matija Nastasic misalnya hanya dibenarkan kasut dari produk Adidas sebagai sebahagian dari kontrak beliau bersama Schalke.

Jika pemain itu tidak boleh menggunakan kasut jenama Adidas disebabkan faktor perubatan, jenama lain dibenarkan. Namun Nastasic wajib kembali menggunakan jenama Adidas selepas disahkan pulih oleh doktor perubatan.

Roberto Firmino
(Photo by Clive Brunskill/Liverpool FC via Getty Images)

Roberto Firmino pula mempunyai klausa pelepasan di dalam kontrak beliau bernilai €98 juta- yang boleh dipenuhi oleh ‘mana-mana’ kelab ketika kontrak beliau bersama Liverpool berbaki dua tahun.

Ermm…kami sedikit lari dari fakta sebenar. Maksud ‘mana-mana’ kelab yang dinyatakan di atas ialah semua kelab di dunia kecuali Arsenal FC!

Bagaimana pula klausa dan permintaan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo terhadap pekerja-pekerja yang bekerja bersama beliau.

Bintang muda dari Afrika

Satu lagi kisah yang seperti kurang mendapat perhatian di England ialah mengenai pemilikan dari pihak ketiga membabitkan Manchester City dan kelab Denmark, FC Nordsjaelland.

Kisah oleh Football Leaks ini mula dilaporkan juga oleh Politiken yang berkata satu perjanjian pada 2016 membenarkan Presiden Nordsjaelland yang merupakan warga British- Tom Vernon menyerahkan bintang muda dari Akademi Right to Dream yang berpengkalan di Ghana.

(Photo by Ludvig Thunman/EuroFootball/Getty Images)

Vernon kemudiannya memberitahu Politiken: “Kami yakin bahawa kami telah mengikut segala peraturan bola sepak yang berkaitan.

Perjanjian bersama Manchester City membenarkan FC Nordsjaellan membekalkan pemain muda Afrika berpotensi kepada juara Liga Perdana Inggeris itu secara percuma.

N’golo Kante pemain paling jujur

‘Mr. Nice Guy’ adalah antara gelaran yang diberikan kepada pemain tengah Chelsea dari Perancis, N’golo Kante.

Karier pemain berusia 27 tahun ini mulai mendapat perhatian dunia selepas membantu Leicester City menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama untuk kelab tersebut pada musim 2015/16.

Prestasi cemerlang Kante bersama skuad yang dibimbing oleh Claudio Raneiri pada ketika itu pantas mendapat perhatian Chelsea- yang berjaya meyakinkan pemain itu menuju ke Stamford Bridge pada musim berikutnya.

Football Leaks mendedahkan sebelum perpindahan pemain tersebut ke Chelsea, sebuah syarikat pesisir pantai telah diwujudkan di atas nama pemain itu di Jersey.

Syarikat itu diwujudkan untuk membayar keuntungan hasil hak imej pemain tersebut bagi tujuan mengelak pembayaran cukai. Amalan sebegini sebenarnya bukan asing di kalangan pemain-pemain terkenal bola sepak dunia yang lain.

Namun demikian, Kante menolak idea tersebut. Dalam satu laporan oleh media Perancis- Mediapart Kante dilaporkan tidak gemar dengan idea tersebut dan menegaskan hanya mahu menerima bayaran yang sewajarnya beliau perolehi. Sungguh jujur N’golo Kante.

Penutup

Masih banyak pendedahan oleh Football Leaks mengaitkan kelab-kelab dan pemain-pemain utama dunia. Jika anda pernah terbaca pendedahan tersebut- yang tidak kami senaraikan di atas, anda boleh berkongsi pendedahan tersebut di ruangan komen.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN