6 Pemain Man Utd Yang Bergelar Bintang Selepas ‘On-Loan’ Bersama Kelab Lain

Manchester United terkenal dengan sistem akademinya yang berjaya menghasilkan ramai pemain bola sepak terkenal dunia. Namun demikian tidak semua melalui karier seperti Marcus Rashford atau Mason Greenwood yang terus mendapat tempat di dalam skuad utama The Red Devils.

Sejak dahulu lagi, sistem pinjaman pemain atau on-loan players menjadi antara sistem pemangkin yang diamalkan Manchester United dalam membentuk pemain bertaraf bintang di Premier League.

Musim ini prestasi James Garner bersama Nottingham Forest antara yang menjadi tumpuan. Begitu juga dengan Jesse Lingard yang menyertai West Ham sejak Januari lalu.

Berikut adalah enam pemain dan bekas pemain Manchester United yang telah melalui prestasi membanggakan selepas melalui sistem pinjaman pemain.

David Beckham

Sebelum menjadi antara nama ikonik di dalam bola sepak, David Beckham pernah menyertai kelab divisyen tiga, Preston North End secara pinjaman pada musim 1994/95.

Pemain tengah itu pantas menghadirkan impak di Deedale dengan menjaringkan gol terus dari sepakan penjuru, selain dua gol melalui sepakan percuma di dua penampilan pertamanya.

Walaupun kekal bersama Preston sehingga ke penghujung musim, Beckham hanya tampil dalam tiga lagi perlawanan sebelum mendapat panggilan oleh Sir Alex Ferguson untuk membarisi skuad utama Manchester United.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Beckham terus memahatkan dirinya sebagai pemain kesebelasan utama Red Devils mulai musim 1995/96. Kita semua tahu rentetan kejayaan Beckham selepas itu.

John O’Shea

Selepas hanya tampil dalam satu perlawanan untuk Manchester United, John O’shea kemudiannya menyertai Bournemouth secara pinjaman selama tiga bulan pada Januari 2000 dan tampil dalam 11 perawwanan untuk pasukan Divisyen 2 tersebut pada ketika itu.

“Ia adalah pengalaman yang berharga,” ujar O’Shea dalam satu temubual pada 2015. “Sir Alex Ferguson bercakap kepada saya pada ketika itu dan menjelaskan bahawa bermain bola sepak bersama pasukan simpanan adalah OK. Tetapi beliau menekankan keperluan untuk saya beraksi di dalam persekitaran perlawanan yang lebih kompetitif untuk lebih memahami bola sepak. Beliau mahu saya mengalami sendiri bagaimana pentingnya setiap mata yang dikutip di setiap perlawanan yang dilalui.

“Ia berkesan, Saya kerap menerima teguran kerana pengurus [Bournemuth], Mel Machin dan jurulatih Sean O’Driscoll mahukan bola sepak dimainkan dengan cara yang sepatutnya. Ia bukan mengenai pembinaan karakter semata-mata, tetapi juga untuk membina tabiat yang betul sebagai pemain.”

Bekas pemain antarabangsa Republik Ireland ini kemudian turut dipinjamkan kepada Royal Antwerp  pada musim 2000/01 dan prestasinya di Liga Belgium meyakinkan Manchester United untuk memanggilnya kembali.

Untuk 10 musim berikutnya O’Shea menjadi pemain yang versatile dan mendapat kepercayaan Sir Alex Ferguson dalam banyak perlawanan besar, selain turut pernah menampilkan momen yang tidak boleh dilupakan seperti melakukan nutmeg ke atas Luis Figo.

Jonny Evans

https://twitter.com/FFSignings/status/1377210541333155844

Selepas beraksi secara pinjaman bersama Royal Antwerp, Jonny Evans kemudiannya tidak melepaskan peluang untuk beraksi di bawah kendalian legenda Manchester United, Roy Keane di Sunderland pada separuh musim kedua 2006/07.

Pemain pertahanan tengah ini membantu The Black Cats memenangi promosi ke Premier League selaku juara Championship dan Evans dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan.

“Ia adalah kali pertama saya beraksi dalam pertandingan kompetitif di England. Pada usia muda dan ketika sedang meniti perjalanan ke atas, anda akan selalu berfikir sama ada akan berjaya melakukannya atau tidak,” kata Evans kepada Belfast Telegraph pada 2018.

“Dan perpidahan secara pinjaman tersebut adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk saya pada ketika itu. Saya bersyukur kerana Roy Keane memberikan peluang untuk ke Sunderland, dan sebelum itu turut beraksi bersama Antwerp.

“Saya ingatkan akan terus berada di Belgium sepanjang musim itu, dan kemudian Sunderland melahirkan minat dan Keane adalah pengurus. Ia peluang besar dan saya tidak sabar menyertai mereka. Ia adalah pengalaman yang amat berharga.”

Evans kemudiannya kembali ke Stadium of Light sekali lagu paa Januari 2008 dan melakukan 16 penampilan untuk membantu Sunderland kekal di Premier League.

Walaupun terpaksa bersaing dengan nama besar seperti Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand selepas kembali menyertai Manchester United, Evans tetap mendapat tempat di dalam skuad Red Devils dan melakukan hampir 200 penampilan untuk kelab tersebut selain turut meraih tiga kejuaraan Premier League. Hari ini Evans adalah tunjang kepada pertahanan Leicester City kendalian Brendan Rodgers.

Danny Welbeck

Danny Welbeck mengikut jejak langkah Beckham dan Evans, tampil dalam lapan perlawanan bersama Preston North End sebelum menyertai Sunderlang selama semusim secara pinjaman pada 2010.

Pemain penyerang ini pantas menjadi pemain digemari penyokong di Stadium of Light kerana work rate tinggi yang ditampilkannya, menjaringkan enam gol dari 26 penampilan Premier League di bawah kendalian Steve Bruce.

“Sunderland adalah kenangan terbaik untuk saya,” ujar Welbeck pada 2015. “Ia adalah pengalaman berguna, belajar perkara baharu dan merupakan detik penting di dalam karier kerana ia adalah pertama kali saya beraksi secara pinjaman bersama kelab Premier League.

“Ia juga persekitaran baharu – anda berhijrah dan hidup bersendirian. Saya menetap di Newcastle dan padang latihan hanya terletak 15 minit dari situ. Saya juga harus belajar memasak dan mencuci pakaian sendiri.

“Sebelum tu saya tinggal bersama ibu dan keluarga, jadi ini adalah pengalaman yang banyak memberi pengajaran dan ia adalah tempoh yang menarik dari segi pengalaman.”

Selepas kembali dari Sunderland, Welbeck menjadi pemain skuad utama Manchester United sebelum menyertai Arsenal pada 2014. Kini bersama Brighton, Welbeck menjaringkan satu gol menentang bekas majikannya itu pada hujung minggu lalu, namun gagal menghalang Man United dari bangkit meraih kemenangan 2-1.

Tom Cleverley

(Photo by Plumb Images/Leicester City FC via Getty Images)

Cleverley pertama kali berada di dalam skuad utama bola sepak profesional ketika dipinjamkan ke Leicester City pada separuh musim kedua 2008/09, dan membantu The Foxes muncul juara League One.

Selepas itu Cleverley meneruskan usaha meraih pengalaman bersama Watford di Championship dan menjaringkan 11 gol dari 33 penampilan. Cleverley turut dipilih sebagai Pemain Terbaik Musim 2009/10 ketika bersama Watford.

Tidak habis di situ, pemain tengah ini meneruskan pembelajaran beliau meraih pengalaman di Premier League dengan menyertai Wigan pada musim 2010/11, dan menjadi antara pemain paling menyerlah untuk membantu pasukan itu dari jatuh ke divisyen bawahan.

Beliau akhirnya kembali ke Pld Trafford pada 2011, dan tampil dalam 22 perlawanan ketika membantu Manchester United meraih kejuaraan Premier League pada musim 2012/13. Ia adalah kejuaraan liga terakhir yang dimenangi oleh Manchester United sehingga ke hari ini.

Berusia 31 tahun pada hari ini, Cleverley kini kembali bersama Watford sejak musim 2016/17. Musim ini beliau telah menyumbangkan empat gol untuk membantu Watford berada di kedudukan kedua Championship.

Jesse Lingard

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Tidak lengkap senarai ini jika tiada Jesse Lingard. Merupakan anggota skuad remaja Manchester United yang digelar ‘generasi emas’ dan mucul juara Piala FA Remaja 2011, Lingard pernah dipinjamkan ke Leicester City pada musim 2012/13 sebelum menyertai Birmingham City pada musim berikutnya.

Pada penampilan pertamanya bersama Birmingham, Lingard menjaringkan empat gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Sheffield Wednesday sebelum sekali lagi berhirah pada separuh musim kedua bersama Brighton.

Mengalami kecederaan pada penampilan sulung bersama Manchester United, pemain tengaj ini kembali ke Championship bersama Derby County pada Februari 2015 dan melakukan 15 penampilan.

Lingard akhirnya mendapat tempat di dalam skuad utama Manchester Unuted pada musim 2015/16 dan menjuarai Piala FA, Piala Liga dan Europa League bersama Red Devils.

“Saya telah berubah, menjadi semakin matang dan belajar banyak perkara dari pasukan-pasukan yang saya sertai,” ujar Lingard kepada BBC pada 2018. Prestasi Lingard bagaimanapun mulai merudum selepas Piala Dunia di Rusia dan kariernya banyak dihiasi dengan isu luar padang.

Gagal mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solksjaer, Lingard sekali lagi dipinjamkan dan kini menyinar bersama West Ham.

“Semua yang saya pelajari akan dibawa pulang ke United dan digunakan di sana kemudian,” ujar pemain ini penuh nekad.

Rumusan

Tidak dinafikan minit perlawanan kompetitif akan menjadikan seseorang pemain menjadi lebih matang. Adakalanya pemain terpaksa memperolehi pengalaman tersebut di luar kelab asal mereka.

Di Liga Malaysia kita turut pernah menyaksikan beberapa pinjaman yang mengubah pemain menjadi diri mereka yang lebih baik. Safawi Rasid misalnya pernah berkelana ke Portimonense SC di Portugal. Rodney Kelvin turut melalui tempoh cemerlang di dalam karier beliau selepas dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC dari Selangor FC.

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sergio Aguero: Man City Lepas, Man Utd Kebas?

Benarkah Bapa Haaland Halang Anaknya Berhijrah Ke Manchester United?

Kembali Ke United Atau Kekal Di West Ham, Mana Lebih Baik Untuk Lingard?

Nemanja Vidic: Kereta Kebal MU Yang Dimomokan Dengan Torres, Dibanding Dengan Van Dijk

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN