5 Tips Untuk Menjadi Penjaga Gol-Sweeper Ala Manuel Neuer

Sebut sahaja nama Manuel Neuer kita terus terbayang gaya permainan beliau yang ‘liar’ di atas padang. Mana tidaknya, dahulu beliau sering dilabel sebagai penjaga gol yang tidak betul.

Perlahan-lahan beliau menjadi pemain yang semakin baik sehingga ke platform yang ada pada hari ini. Beliau menjadi penjaga gol terbaik dunia beberapa tahun kebelakangan ini.

neu1

Bukan sahaja memiliki refleks yang tangkas dan badan yang tegap, malah Neuer dianugerahkan dengan bakat tambahan tactical minded yang jarang dimiliki ataupun memang tidak dibangunkan pada seorang penjaga gol.

Kemampuan melakukan aksi menyelamat yang luar biasa dan kemampaun menjadi pemain pertahanan tambahan membolehkan beliau menjadi penjaga gol-sweeper yang terbaik dalam sejarah bola sepak.

Lihat sahaja kejaayaan beliau bersama Bayern Munich dan Jerman.

Penjaga Gol-Sweeper 

Ia adalah gabungan dua terminologi iaitu penjaga gol dan sweeper. Penjaga gol adalah pemain yang menjaga gawang.

Sweeper pula merujuk kepada pemain ball winning yang bermain di belakang bek tengah untuk membuang dan mengeluarkan bola dari belakang blok rendah.

Peranan penjaga gol-sweeper / sweeeper-keeper ini sangat sinonim dengan Neuer. Jika Bayern bermain sistem bek berempat, bermakna Neuer adalah pertahanan ke-5 di belakang mereka sebagai sweeper.

Berikut adalah 5 tips yang kami untuk menjadi seorang Sweeper-Goalkeeper yang efektif seperti Manuel Neuer. Ia adalah pecahan daripada warwancara beliau dengan Sports Illustrated.

1. Harus Tenang

Beliau adalah seorang yang sangat tenang dalam apa juga situasi. Rasanya sukar untuk mencari pemain yang  lebih tenang daripada beliau dalam keadaan kucar kacir atau numerical disadvantage.

Beliau berkata:

“Saya tahu saya sedang melakukan aksi yang berisiko tinggi, namun saya tidak boleh menunjukkan kerisauan saya kepada rakan-rakan yang lain.”

neu2

“Saya mahu mereka tahu saya masih ok walaupun mereka kadangkala rasa bersalah melepaskan bola.”

“Ia macam ni… Saya suka memandu kereta dengan laju, pada masa yang sama saya perlu menjaga aspek keselamatan dan sentiasa memakai tali pinggang keledar.”

“Harap anda dapat kaitkannya,”

Di bawah ini antara aksi terbaik beliau sebagai Sweeper-Goalkeeper, ketika Jerman menentang Algeria di mana banyak kali pertahanan Jerman bocor.

2. Positif Dan Yakin

Ketika cuba memenangi bola dan keluar daripada kawasan penjaga gol, seseorang itu harus yakin dan tidak teragak-agak,

Jika teragak-agak, ia akan mengganggu momentum. Lebih baik terus berlari. Ketika berlari, kekal positif dan fokus untuk memenangi bola bukannya benda lain seperti emosi untuk melakukan terjahan keras ataupun ragu-ragu.

“Adalah lebih baik untuk saya mendapat bola tersebut sebelum penyerang lawan. Ia lebih baik daripada saya hanya menunggu di belakang.”

neu5

“Jadi, daripada menunggu lebih baik saya melakukan sesuatu. Jika dia tidak dapat bola, bermakna dia tidak ada peluang.”

“Jika saya tersilap anggaran (misjudges) kelajuan bola mahupun penyerang serta trajektori bola, saya bukan hanya melepaskan gol tetapi turut kelihatan bodoh.”

“Oleh itu, saya buang rasa takut dalam kepala saya pada masa tersebut dan sentiasa berfikir positif. Tetapi anda perlu pastikan anda memenangi bola.”

3. Keinginan dan Latihan

Ia adalah satu perkara yang harus ada dalam diri. Manuel Neuer sebenarnya pemain outfield ketika usia muda beliau di akademi Schalke 04.

Beliau menyertai akademi Schalke pada 1991 ketika berusia 5 tahun. Beliau disenaraikan di antara pemain elit dalam akademi tersebut namun bukan sebagai penjaga gol.

Namun selepas usia 13 tahun, fizikal beliau menjadi tinggi dengan mendadak. Jurulatih muda Schalke mengesan potensi beliau adalah penjaga gol.

Maka bermulalah era beliau menjadi penjaga gol. Namun keinginan beliau untuk menjadi sebahagia pemain aktif (outfield) terlalu kuat.

neu4

Jadi beliau enggan melupakan aspek itu. Selepas tamat latihan dengan jurulatih penjaga gol, Neuer akan bergegas untuk bersama-sama dengan latihan pemain outfield walapun hanya 15 minit sahaja baki sesi latihan.

Beliau kemudian kerap mengajak rakan-rakan dari bahagian selain penjaga gol untuk berlatih lebih masa. Di rumah beliau suka melakukan analisis sendiri terhadap lawan yang bakal dihadapi.

Dia akan membuka laptop dan menghabiskan sejam dua untuk mengkaji tentang lawan beliau. Ia membantu Neuer untuk tahu kelajuan dan potensi tindakan pemain tersebut.

4. Ambil Serius Soal Taktikal

Ini mungkin aspek yang jarang difikirkan oleh seorang penjaga gol. Namun Neuer sangat menekankan isu ini. Pada era Pep Guardiola, nama Neuer adalah pemain outfield ke 11 mereka.

Dari muda lagi beliau memang sangat minat dengan taklimat dan perbincangan taktikal dengan jurulatih dan sesiapa sahaja.

neu8

Jadi setiap kali taklimat, taktikal Bayern Munich akan melibatkan Manuel Neuer sebagai pemain yang aktif.

Sebelum permainan Neuer akan mengkaji dan mendapatkan maklumat set-piece lawan, kajian tentang siapa pengambil sepakan penalti dan kecenderungan arah sepakan mereka.

Neuer juga sentiasa berlatih dalam struktur zonal marking Bayern dengan pemain-pemain yang akan beraksi nanti.

5. Kecergasan Dan Kecerdasan

Aspek kelima sudah pastilah kecergasan fizikal dan juga kecerdasan dalam membaca perlawanan. Neuer kadangkala gagal melakuka clearances yang sempurna, ketika ini beliau perlu kembali ke kawasan gol dalam keadaan segera.

Kelajuan dan visi untuk memastikan beliau dapat melihat bola adalah penting.

Aspek kecerdasan adalah bagaimana beliau dapat membaca gerakan lawan dan juga berada dalam organisasi pertahanan sebagai seorang penjaga gol-sweeper.

Dalam contoh di bawah, Neuer akan melihat 2 pemain yang boleh melakukan fast break. 

n1

Neuer akan pergi mara ke satu titik yang membolehkan beliau ada peluang untuk membendung 2 pemain ini jika terlepas daripada kawalan pertahanan.

Dalam kes di atas, perhatian lebih kepada penyerang di bahagian Boateng kerana pemain sayap (kuning) berada dalam visi Hummels lebih baik. Jadi Neuer akan mara ke titik tertentu.

n2

Sukar nak menjelaskan di mana dia akan berada kerana ia berdasarkan analisis yang sudah mereka lakukan mengambil kira soal kelajuan pemain lawan dan sebagainya.

Dalam kes di bawah ini, Hummels dan Boateng lebih ke atas. 2 pemain lwan berada di sayap dan seorang adalah penyerang tengah.

Neuer ke titik half-space kiri kerana potensi pemain sayap itu mendapat bola through passes lebih tinggi dan bahaya ancaman.

Pemain sayap biasanaya lebih laju daripada penyerang.

n3

Kesimpulannya, ia melibatkan asas taktikal dan teknikal yang cukup tinggi untuk menjadi penjaga gol-sweeper yang efektif.

Manuel Neuer bukan satu projek 5 atau 6 tahun, ia bermula sejak 13 tahun lagi kerana keinginan beliau dan kemampuan jurulatih untuk membangunkan bakat beliau.

Apa yang kita dapat pelajari, semasa perkembangan beliau, jurulatih tidak menghalang minat beliau untuk terlibat dengan pembangunan tambahan seorang outfield player.

Anda boleh layan video ini :

strong>Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Panduan Ringkas Posisi Pertahanan Dalam Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN