5 September 1882, Hari Lahirnya Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur FC ditubuhkan pada 5 September 1882, oleh sekumpulan pelajar aliran tatabahasa Inggeris dari Gereja All Hallows.

Pada awal penubuhannya, ianya hanya digelar Hotspur. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebuah lagi kelab dengan nama yang sama.

Akhirnya, mereka menggunakan Tottenham Hotspur.

Mereka menyertai Liga Selatan pada 1895. Mereka berjaya menarik ramai peminat pada awal penubuhannya.

Mereka menjulang kejuaraan domestik pertama pada 1901 dengan menewaskan Sheffield United dalam saingan Piala FA.

Menjadikan mereka satu-satunya pasukan non-league yang menjuarai Piala FA.

Pada 1908, mereka menyertai Football League dan dengan cepat memenangi promosi daripada liga ke-2 ke liga utama (EPL).

Selepas menjulang Piala FA 1921, mereka kemarau trofi 5 dekad.

Namun selepas era Perang Dunia ke-2 mereka mulai bermain sistem push and run. Ini membantu mereka menjuarai EPL pada 1951. Namun taktikal itu cepat diadaptasi dan dibaca lawan.

Bill Nicholson, Pengurus terbaik dalam sejarah Spurs

Mereka bergelut sekali lagi. 10 tahun kemudian barulah mereka menjulang EPL kedua kelab mereka.

Mereka berterima kasih kepada perlantikan legenda kelab Bill Nicholson sebagai pengurus pada 1958.

Pada 16 tahun era Nicholson, Spurs berada dalam era emas mereka. Nicholson membantu Spurs menjuarai 1 EPL, 3 Piala FA (1961,1962,1967), 2 Piala Liga (1971, 1973), 1 Piala Pemenang/Winners Cup (1963).

Dan yang paling besar adalah Piala UEFA 1972 yang hari ini digelar Europa League/UEL.

Pemergian Nicholson pada 1974 memberikan kesan, dan mereka tersingkir ke divisyen ke-2.

Era 80-an

Pengurusan mereka terus memperbaiki keadaan dan melantik Keith Burkinshaw sebagai pengurus.

Mereka menandatangani beberapa nama besar dan menjuarai Piala FA 1981.

Mereka mempertahankan kejuaraan tersebut pada tahun berikutnya.

Pada 1983, mereka memenangi Piala UEFA kedua mereka, menewaskan Anderlecht menerusi penentuan penalti pada final.

Era 90-an

Era 90-an memang mencabar untuk Spurs di mana mereka berhadapan dengan beban hutang £20 juta pada 1991.

Mereka membeli Gary Lineker dengan harga £1.2 juta, antara yang memberikan impak kepada kewangan mereka.

Spurs menjual Chris Waddle dengan harga £4.5 juta, namun masih gagal membayar hutang mereka.

Spurs meminjam £1.1 juta secara senyap-senyap daripada Robert Maxwell. Ianya menjadi kecoh apabila terbongkar.

Venables bergabung dengan Alan Sugar pada 1991 untuk menewaskan Maxwell dalam usaha pengambilalihan kelab.

Para pemain mendapat semangat baharu dan memenangi Piala FA 1990/91.

Lazio ketika itu sudah menyediakan wang besar £7.9 juta untuk membeli Paul Gascoigne.

Namun disebabkan kecederaan ACL pada final Piala FA dan diikuti insiden kelab malam, perpindahan itu tertangguh. Gascoigne berehat panjang.

Pada musim panas 1992, Gascoigne pulih sepenuhnya dan Lazio melengkapkan perpindahan bernilai £5.5 juta.

Seterusnya, giliran Gary Lineker pula meninggalkan Spurs. Lineker menjaringkan 28 gol dan menjadi Pemain Terbaik Pilihan Pengamal Media England.

Lebih teruk, Paul Walsh dan Paul Stewart juga meninggalkan Spurs.

Era moden EPL

Pada era pembaharuan EPL 1992, mereka mendapatkan pemain seperti Teddy Sheringham, Neil Ruddock dan Darren Anderton.

Mereka menamatkan liga di tangga ke-8. Teddy Sheringham menjadi pemenang kasut emas dengan 22 gol (1 gol untuk Nottingham).

Osvaldo Ardiles kemudian mengambil alih. Era Ardiles Spurs bergelut dengan pertarungan di zon penyingkiran dan mujurlah berjaya menamatkan liga di tangga ke-15.

Mereka turut disiasat kerana salah laku kewangan yang dilakukan era 1980-an. Spurs didenda £600,000, dipotong 12 mata untuk permulaan musim 1994/95.

Mereka turut digantung daripada kejohanan Piala FA 1994/95. Alan Sugar mencabar keputusan FA. Namun rayuan mereka ditolak dan denda dinaikkan kepada £1,500,000.

Selepas beberapa kali mencabar keputusan FA England, Spurs berjaya mengelak potongan mata dan penggantungan Piala FA namun denda mereka dikekalkan.

Mereka membawa masuk Jurgen Klinsmann dan 2 bintang Romania, Ilie Dumitrescu serta Gheorghe Popescu.

Ardiles menggabungkan 5 pemain ofensif yang digelar “Famous Five”, gandingan Klinsmann, Sheringham, Anderton, Barmby, dan Dumitrescu.

Walaupun memiliki skuad yang kuat, Spurs terus bergelut dengan konsistensi. Mereka menjaringkan gol yang banyak tetapi pada masa yang sama, sangat bocor di pertahanan.

Ardiles kemudiannya dipecat selepas prestasi hambar pasukan.

Ardiles digantikan Gerry Francis. Mereka menamatkan liga di tangga ke-7.

Mereka juga mara ke separuh akhir Piala FA musim tersebut tetapi tewas 4-1 di tangan juara, Everton.

Klinsmann menjadi fenomena di Spurs dengan 29 gol dalam semua pertandingan. Namun beliau menerima tawaran Bayern Munich kerana mahu menjuarai liga.

Barmby, Dumitrescu dan Gheorghe Popescu turut meninggalkan kelab tersebut.

Spurs menandatangani Ruel Fox, Chris Armstrong, dan pemain remaja Ledley King.

Spurs menamatkan liga di tangga ke 8 pada 1995/96 dan ke-10 pada musim berikutnya.

Sheringham menyertai Man United pada musim panas 1997/. Namun begitu mereka berjaya melakukan pembelian berbaloi dengan kehadiran Les Ferdinand dan David Ginola dari Newcastle.

Pada November 1997, Francis meninggalkan Spurs selepas dibelasah Liverpool 4-0. Beliau digantikan Christian Gross.

Era Graham

Gross dipecat hanya selepas 3 perlawanan musim 1998/99 dan digantikan George Graham.

Penyokong Spurs awalnya tak suka perlantikan ini kerana kaitan Graham dengan Arsenal serta corak bola sepak defensif, lebih-lebih lagi ketika itu Arsene Wenger membentuk free flowing football di Higbury.

Namun Graham memberikan keceriaan kepada Spurs dengan menjuarai Piala Liga dengan 10 pemain menentang Leicester.

David Ginola dipilih menjadi Pemain Terbaik PFA pada musim Man. United memenangi treble.

Isu pemilikan Spurs selesa, Levy dan Joe Lewis memiliki 85%  daripada saham kelab. Sebulan selepas pemilikan Levy beliau melantik Glenn Hoddle sebagai pengurus baharu.

Era Hoddle

Perlawanan pertama beliau dengan Spurs, tewas di tangan Arsenal dalam saingan separuh akhir Piala FA.

Spurs juga terpaksa melepaskan Sol Campbell secara percuma kepada seteru utama Arsenal.

Sedangkan sebelum itu Campbell berkali-kali berikrar akan setia dan kekal di Spurs. Campbell terus digelar Judas no.1 oleh peminat Spurs.

Hoddle membawa masuk beberapa pemain seperti Teddy Sheringham, Gus Poyet dan Christian Ziege. Namun Spurs hanya menjadi kelab pertengahan.

Musim berikutnya mereka mendapatkan Robbie Keane dengan nilai lelong £7 dari Leeds yang mulai mengalami krisis kewangan.

Namun kecemerlangan Keane tak mampu untuk membantu Spurs menamatkan musim dengan lebih baik. Beberapa pemain mulai mengkritik Hoddle secara terbuka.

Selepas permulaan lemau musim 2003/04, Hoddle dipecat. Tidak lama selepas itu mereka melantik Jacques Santini yang dibantu Martin Jol.

Spurs turut melantik Frank Arnesen sebagai Pengarah Sukan. Santini meletak jawatan selepas 13 perlawanan dan digantikan dengan Jol atas dasar penjimatan kos.

Comolli menggantikan Arnesen yang menyertai Chelsea pada 2005.

Comolli membantu Jol mendapatkan Edgar Davids pada 2005, Berbatov pada 2006 dan pemain muda Gareth Bale pada Mei 2007.

Spurs berada di 4 teratas pada 2005/06, ketika itu era big fours. Namun gagal menamatkan liga di 4 teratas kerana tewas di tangah West Ham pada hari terakhir. Arsenal memintas mereka ketika itu dengan 1 mata.

Musim berikutnya mereka menamatkan musim di tangga ke-5 sekali lagi.

Jol dipecat pada awal musim 2007/08 digantikan Juande Ramos. Mereka menang Piala Liga pada 2008 menewaskan Chelsea.

Permulaan buruk musim 2008/09 membuatkan mereka hampir gagal ke UEL.

Juande Ramos dan Comolli dipecat kerana menjual Berbatov dan Keane tanpa mampu mencari pengganti terbaik.

Era Redknapp dan UCL

Harry Redknapp dilantik menjadi pengurus selepas itu. Beliau mengamalkan corak bola sepak klasik. 2 minggu pertama sebagai pengurus beliau mengeluarkan kelab daripada zon penyingkiran.

Mereka menamatkan musim 2008/09 di tangga ke-8.

Redknapp membawa masuk Defoe dan memujuk Robbie Keane kembali semula ke White Hart Lane. Beliau juga membawa masuk Peter Crouch.

Spurs memiliki beberapa nama lain sepert Luka Modrić, Jermaine Jenas, Gareth Bale dan Heurelho Gomes.

Musim Redknapp dianggap antara musim terbaik Spurs era moden. Mereka mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah kelab dengan kemenangan 9-1 ke atas Wigan.

Pada 14 April 2010, Tottenham menewaskan Arsenal dalam perlawanan liga pertama kali selepas 11 tahun hasil voli spektakular pendatang baru, Danny Rose.

Musim berikutnya (2010/11) mereka menang juga di Emirates menerusi gol Rafael van der Vaart dan Bale. Kemenangan pertama mereka di Arsenal selepas 17 tahun.

Mereka menamatkan musim 2009/10 di tangga ke-4. Ini bermakna mereka ke UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka.

Musim di mana Gareth Bale beraksi sangat cemerlang di pemtas Eropah. Antara aksi terbaik beliau pastinya harik menentang juarau musim itu Inter Milan. Walaupun mereka tewas dengan 10 pemain ketika itu.

Dalam pertemuan di White Hart Lane, Spurs menang 3-1 ke atas Inter hasil jaringan Van Der Vaart, Crouch dan Pavlyuchenko.

Mereka mejuarai kumpulan termasuk menewaskan AC Milan di pusingan 16 pasukan akhir. Namun mereka tewas di tangan Real Madrid di suku akhir.

Musim berikutnya mereka bermain di UEL tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan.

Harry Rekdnapp kemudiannya dipecat selepas rundingan dengan kelab gagal dan dingantikan bekas pengurus Chelsea, André Villas-Boas.

Mereka mulai berbelanja besar dengan membeli Gylfi Sigurðsson, Jan Vertonghen, Hugo Lloris dan Mousa Dembélé. Namun mereka melepaskan Modric ke Real Madrid.

Villas Boas bergelut untuk memberikan aksi meyakinkan selepas berbelanja besar. Gareth Bale berpindah ke Real Madrid pada 2013/14 dengan rekod dunia ketika it £85.1 juta.

Mereka membeli Christian Eriksen dan Érik Lamela. Selpeas dibelasa City 6-0 dan dibelasah Liverpool 5-0. Villas Boas dipecat dan digantikan Tim Sherwood. Beliau membantu Spurs menamatkan liga di tangga ke-6.

Pada Mei 2014, Spurs melantik Mauricio Pochettino sebagai pengurus.

Beliau memperbaiki aspek DNA bola sepak Spurs. Menamatkan musim pertama dengan Spurs di tangga ke-5 dan naib juara Piala Liga.

Beliau banyak memberikan kepercayaan kepada bakat muda seperti Harry Kane, Dele Alli, dan Eric Dier.

Berbeza dengan polisi pengurus sebelum ini yang suka meminjamkan pemain muda seperti Kane dan Dier.

Selepas sekian lama dibayangi oleh pasukan jiran mereka seperti Arsenal dan kemudian Chelsea, pada musim 2015/16 mereka menjadi pencabar kejuaraan liga.

Namun sayangnya mereka menamatkan saingan di tangga ke-3 musim tersebut.

Pada 2016/17 Spurs memperbaiki pencapaian mereka dengan menamatkan liga sebagai naib juara, 11 mata di atas Arsenal yang berada di tangga ke-5.

Berakhirnya St. Totteringham Day selepas 21 tahun.

St. Totteringham Day adalah hari di mana penyokong Arsenal meraikan kejayaan mereka berada di atas Spurs dalam carta liga.

Ianya akan diraikan penyokong Arsenal sebaik sahaja Spurs sah secara automatik tak dapat memintas Arsenal.

Pada era Pochettino, Spurs juga dalam proses membina stadium baharu dalam menggambarkan cita-cita besar kelab mereka.

Spurs berjaya membentuk pasukan yang mantap untuk berada dalam kelompok yang digelar big six.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN