5 Sebab Mohamed Salah Tidak Patut Rasa Bersalah Tinggalkan Liverpool

Mohamed Salah sememangnya amat sinonim dengan Liverpool dewasa ini. Apa tidaknya. Penyerang antarabangsa Mesir itu adalah sebahagian daripada pemain utama yang dibawa masuk oleh Jurgen Klopp untuk merevolusikan The Reds.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul perkhabaran pemain itu kini membuka pilihan untuk meninggalkan Anfield demi cabaran baharu. Seperti kebiasaan, dua kelab utama La Liga, Real Madrid dan Barcelona yang sememangnya sinonim dengan pemain-pemain ternama dunia telah dikaitkan dengan Mohamed Salah.

Berikut adalah lima sebab mengapa kinilah masa terbaik untuk beliau berbuat demikian, dan mengapa Mohamed Salah tidak patut rasa bersalah meninggalkan Liverpool.

Menang semua kejuaraan

Walaupun masih belum memiliki koleksi medal Piala FA dan Piala Carabao di dalam kabinet kejuaraan simpanannya, Salah boleh dianggap telah memenangi semua kejuaraan utama yang dipertandingkan bersama Liverpool.

Mulai menyertai Liverpool pada musim panas 2017, Salah berjaya membawa Liverpool ke pertandingan akhir UEFA Champions League pada musim pertamanya sebelu dikecewakan Real Madrid. Beliau kemudiannya menebus kehampaan pada musim berikutnya untuk kejuaraan keenam Liverpool di pentas elit eropah itu.

Musim berikutnya adalah kenangan yang lebih manis buat Salah apabila berjaya membantu The Reds menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun. Pada tahun yang sama, Salah turut membantu Liverpool bergelar juara UEFA Super Cup, dan juga juara dunia.

Selain di England, Salah turut pernah beraksi di Itali bersama Roma dan Fiorentina selain Basel di Switzerland. Setelah kejayaan di England sampai masanya Salah turut menguji keupayaan dirinya di Itali atau pun Sepanyol – sesuatu yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo sehingga dinobatkan sebagai pemain abad ini.

Hubungan dengan Sadio Mane

Kami percaya sesiapa sahaja yang menyokong Liverpool atau pun jika anda mempunyai kepentingan dengan Liverpool, anda akan menidakkan masalah hubungan di antara dua pemain ini.

Dari segi luaran, Salah dan Mane telah membentuk persaingan sihat sesama mereka untuk menjaringkan gol. Salah dan Mane asalnya adalah pemain yang berlainan sehingga dibentuk oleh Jurgen Klopp di Liverpool seperti yang kita lihat pada hari ini.

Mane tiba di Southampton sebagai seorang penyerang yang sememangnya ditugas untuk memburu gol. Salah pula adalah seorang pemain sayap yang dibentuk sebagai penyerang sayap dalam sistem 4-3-3 Jurgen Klopp.

Sejak beberapa musim yang lalu, Salah telah berjaya menampilkan kualiti penyudah yang lebih baik berbanding Mane. Ini menjadikan pemain sayap dari Mesir itu mulai obses untuk memburu jaringan berbanding melakukan umpanan walaupun berpeluang berbuat demikian.

Beberapa insiden tidak puas hati ditampilkan oleh kedua-dua pemain sepanjang musim lalu dan musim ini adalah bukti persaingan kedua-dua pemain ini. Kedua-duanya mahu dan obses untuk jadi pemain paling utama (seperti Ronaldo di Real Madrid dan Messi di Barcelona). Namun di bawah kendalian Klopp yang bijak melakukan penggiliran, perkara ini tidak akan berlaku.

Persaingan dalam kesebelasan utama

Setiap pemulaan pasti akan ada pengakhiran. Trio serangan Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah sememangnya dianggap sebagai antara trio serangan paling berbahaya sejak tiga musim lalu.

Namun adakah Klopp begitu naif untuk bergantung dengan ketiga-tiga pemain ini di jentera seragan?

Jawapannya sudah tentu tidak. Buktinya Klopp tidak teragak-agak untuk membawa masuk muka baharu seperti Diogo Jota yang sehingga kini telah membuktikan bersedia untuk bersaing dengan ketiga-tiga pemain ini.

Peningkatan prestasi pemain muda di posisi sama seperti Harvey Elliot dan adanya pemain seperti Takumi Minamino bermakna akan sampai masanya tempoh Salah di Anfield akan berakhir juga.

Ballon d’Or

Ballon d’Or sudah pasti menjadi impian setiap pemain bola sepak dunia. Mohamed Salah tidak terkecuali memasang impian untuk memenangi anugerah paling berprestij kategori individu dalam dunia bola sepak ini.

Apakah peluang Salah untuk bergelar pemenang Ballon d’Or jika masih kekal bersama Liverpool? Jawapannya mungkin tiada dengan persaingan datang sendiri dari rakan sepasukan seperti Virgil van Dijk dan juga Sadio Mane.

Keadaan berbeza sekiranya Salah menyertai Barcelona, Real Madrid atau pun Juventus. Tatkala masa dan karier Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kini berada di penhujung, maka Barcelona dan Juventus turut boleh menjadi destinasi seterusnya untuk Mohamed Salah menampilkan mojonya.

Real Madrid pula seperti masih tercari-cari seorang bintang sejak perpindahan Ronaldo ke Juventus. Maka tida hairanlah jika Salah turut kepingin untuk menyarung jersi Los Blancos pada masa hadapan.

Tiada pemain lebih besar daripada kelab

Satu perkara yang pasti, tiada seorang pun pemain yang akan dianggap lebih besar daripada kelab. Apatah lagi kelb yang penuh tradisi dan sejarah seperti Liverpool. Anda boleh menjadi hero. Pada masa sama anda juga boleh dilihat sebagai watak penjahat sebagaimana apa yang dilakukan oleh Michael Owen saat memilih untuk meninggalkan kelab tersebut.

Komen Klopp mengenai khabar angin rasa tidak gembira Klopp turut menjelaskan segala-galanya.

Bercakap kepada media, pengendali dari Jerman itu berkata satu-satunya sebab Salah mahu meninggalkan Liverpool adalah kerana faktor cuaca di Merseyside yang tidak seindah di Catalan atau pun Madrid. Klopp juga berkata tidak akan menahan Salah jika itulah niat [berpindah] yang sudah pemain itu tanam.

Kenyataan dari Klopp ini amat jelas. Kepentingan pasukan adalah melebihi mana-mana pemain individu selagi pengurus dari Jerman itu bergelar pengurus di Liverpool.

Penutup

Adakah Salah akan terus kekal bersama Liverpool sehingga bersara dan bergelar legenda kelab seperti Steven Gerrard atau pun Jamie Carragher?

Ataupun bakal digelar pembelot seperti Michael Owen kerana mengejar cita-cita peribadi bersama kelab lain?

Sukar untuk menyatakannya pada saat ini. Hanya masa yang akan menentukannya. Sila berikan pandangan anda di ruangan komen.

 

 

“Page SemuanyaBOLA yang lama kini menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply