5 Sebab Mengapa Lelaki Ini Mahu FAM Segerakan Naturalisasi Pemain

Topik naturalisasi pemain asing kembali hangat dibicarakan di negara kita.

Sudah tentu ia mengundang pelbagai pendapat yang berbeza di kalangan pengamal, dan juga pemain utama di dalam industri.

Bagi penyokong, tiada yang lebih utama melainkan penambahbaikan prestasi pasukan negara di pentas antarabangsa.

Berikut adalah 5 perkara mengapa lelaki ini mahukan langkah naturalisasi dilakukan segera. Ikuti penulisan santai beliau di sini.

1. Prestasi skuad kebangsaaan

Perkara pertama adalah disebabkan prestasi skuad kebangsaan kita sekarang di tahap yang teruk. Bukan saja dalam kedudukan ranking rasmi FIFA, malah pada mutu permainan yang disajikan.

Dah terlalu banyak plan jangka masa panjang yang telah diatur untuk perbaiki prestasi skuad senior kebangsaan namun semuanya tak efektif.

Hasil paling hebat pun kita berjaya sekali sekala di benua Asia Tenggara sahaja. Sekali sekala bermaksud kita tak konsisten.

Juara Kejohanan AFF Suzuki 2010.

Bila kena lawan dengan negara lain yang lebih besar di benua Asia ni terus kita tahu langit tinggi ke rendah.

Ramai kata kita ada plan jangka masa panjang baru iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Namun bagi saya, ia belum tentu akan berhasil.

Ada peluang ianya berhasil namun sampai bila kita kena tunggu? Kenapa tidak kita pikir cara lain dalam masa kita tengah tunggu mereka?

Skuad NFDP Untuk AFF B-15 2017. Foto: NFDP Malaysia.

Pemain naturalisasi adalah pelan jangka masa pendek untuk perbaiki prestasi skuad senior kebangsaan kita. Macam mana nak tahu Program NFDP berjaya kalau asyik panggil pemain naturalisasi nanti?

Ianya berjaya kalau pemain NFDP sendiri berjaya ketepikan pemain naturalisasi satu hari nanti.

2. Perbaiki mentaliti

Sekarang ini bukan saja ranking kita lemah. Prestasi kita lemah, mutu permainan kita lemah, malah mentaliti pemain juga dilihat lemah.

Kita perlu mentaliti asing dari luar budaya rakyat Malaysia untuk perbaiki mentaliti kita sendiri. Kita perlu mentaliti yang lebih kuat untuk berjaya dalam bolasepak, lebih-lebih lagi di pentas antarabangsa.

Kredit: Terengganu FC II

Kenapa mentaliti pemain naturalisasi lebih kuat? Mereka sendiri berhijrah untuk bermain bola sepak. Mereka keluar dari negara sendiri, rumah sendiri, tanah tumpah darah sendiri untuk bermain bolasepak.

Mereka keluar dari comfort zone untuk buktikan kemampuan diri dalam bolasepak.

Ingat senang nak hidup setiap hari di negara orang? apatah lagi bermain bolasepak dalam budaya yang lain. Ianya mencabar dan ternyata mentaliti mereka kuat!

Bila mentaliti kuat, peluang untuk berjaya atau bangkit dari kekalahan atau kegagalan lebih cerah. Contoh kalau sekarang dalam perlawanan kita bolos 2 gol, kita mungkin dibelasah lagi jadi kalah 4,5,6 gol.

Bila mentaliti makin kuat, peluang untuk sekurang-kurang nya bangkit dan tetap bersemangat adalah lebih tinggi.

3. Perkuat posisi tertentu

Kita juga perlukan bantuan di posisi posisi tertentu. Semua sedia maklum kita sekarang kekurangan pemain serangan yang berkualiti.

Kita ada pemain serangan hebat macam Safawi, Akhyar, Thanabalan, Hadi, Zaquan namun mereka bukan mesin gol yang konsisten.

Pemain naturalisasi boleh bantu kita di posisi penting ini. Tambahan kalau mereka ada ketinggian dan body strength yang padu, kualiti pemain seperti Guilherme, Nwakaeme, Diaz, Rangel pasti boleh membantu skuad kebangsaan kita.

Pasukan negara juga memerlukan pemain pertahanan tengah yang tinggi dan kekuatan fizikal yang padu. Itu adalah salah satu posisi penting.

Sumber: Berita Harian

Negara memiliki ramai pemain sayap tempatan yang laju. Tetapi ia adalah idea yang bagus jika negara turut membawa masuk pemain dengan kebolehan teknikal yang lebih baik seperti Sumareh.

Di posisi penjaga gol negara mempunyai ramai bakat yang menyerlah. Ia adalah satu-satu nya posisi yang kita ada banyak pilihan pemain tempatan yang boleh diharap.

4. Wujudkan persaingan sihat

Dengan kemasukan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan, ianya akan menyumbang kepada persaingan sihat untuk merebut peluang beraksi sebagai kesebelasan utama.

Pemain tempatan akan rasa tergugat dan akan bekerja lebih keras, berlatih lebih rajin, beraksi lebih hebat untuk menambat hati Ketua Jurulatih. Secara tidak langsung ianya akan menjadi pemangkin untuk menaikkan prestasi pemain tempatan.

Kredit: Terengganu FC

Melalui persaingan sebegini, pemain tempatan kita dapat belajar sesuatu dari cara permainan pemain naturalisasi. Cara mereka berlatih, cara mereka berehat dan melakukan recovery, dan pengambilan diet adalah antara contoh.

Sehebat mana pun kita, tak salah untuk tambah ilmu dalam bolasepak.

5. Kualiti liga secara tidak langsung

Apabila diberi peluang untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia, pemain import yang cuba memikat kem negara juga akan memperbaiki kemampuan diri mereka untuk kekal relevan.

Untuk bertahan paling kurang 5 musim dalam saingan Liga Malaysia memerlukan kualiti dan konsistensi dari pemain asing itu sendiri.

Photo by : Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

Ini secara tidak langsung akan menaikkan kualiti pemain import yang masuk ke Liga Malaysia sekaligus menaikkan kualiti liga, setelah mereka melihat peluang yang ada.

Dasar ini seperti serampang tiga mata. Pertama, pemain import akan terus berusaha berada di prestasi terbaik. Kedua, pasukan Liga Malaysia juga yang beruntung dengan prestasi pemain. Ketiga, ia membantu menaikkan mutu persaingan di kalangan pasukan.

KAFA ketika memeterai perjanjian tajaan bersama Vida Beauty Sdn Bhd.

Dan sudah tentu selepas itu kita akan bercakap mengenai kualiti pemain tempatan yang beraksi di Liga Malaysia, kualiti liga secara keseluruhan, aspek komersil dan juga pemasaran.

Siapa yang untung? Kita juga.

Rumusan

Malaysia akan memperolehi banyak manfaat kalau guna pemain naturalisasi.

Cumanya kajian menyeluruh oleh FAM mengenai kaedah perlaksanaan turut harus diberikan keutamaan.

Apa yang dilaksanakan hari ini akan memberi kesan baik dan buruk di hari kemudian.

Nak bola sepak Malaysia maju, tunggu apa lagi?

 

Nota editor: Artikel ini adalah kiriman Mohd Nor Ridzwan Bin Mohd Jasmi. Anda mahu artikel anda dibaca oleh jutaan pembaca kami? Hantarkan artikel anda tidak kurang dari 350 patah perkataan di dalam bentuk Microsoft Word dan emailkan kepada [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN