5 Sebab Kylian Mbappe Akhirnya Akan Sertai Liverpool Dan Tolak Lamaran Real Madrid

Setiap mata tertumpu hanya kepada Kylian Mbappe dalam aksi Champions League apabila bintang dari Perancis itu muncul wira Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Barcelona 4-1 pada awal pagi tadi.

Selepas ketinggalan melalui sepakan penalti Lionel Messi, Mbappe mengetuai kebangkitan PSG yang beraksi tanpa Neymar dan Angel di Maria dengan ledakan hatrik.

Melihat aksi Mbappe yang begitu mudah ‘membuli’ Barcelona, pasti membuatkan Real Madrid semakin teruja untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia itu pada musim panas akan datang.

Tetapi adakah Real Madrid akan menjadi pilihan Mbappe sekiranya perpindahan berlaku? Bagaimana dengan Liverpool? Berikut adalah lima sebab mengapa kami berpendapat Liverpool akan menjadi destinasi pilihan buat Mbappe berbanding Real Madrid.

Jurgen Klopp

Sebab terutama untuk mana-mana pemain menyertai Liverpool ialah Jurgen Klopp. Jika dahulu pemain bertaraf bintang seperti Toni Kroos secara mentah-mentah akan menolak idea perpindahan ke Anfield demi merealisasikan perpindahan ke Real Madrid.

Namun perpindahan Thiago Alcantara dari Bayern Munich ke kelab Merseyside itu pada musim panas lalu memberi indikasi trend sedemikian telah pun berubah.

Persoalannya ialah mengapa? Jawapannya mudah – Klopp. Pengurus dari Jerman itu berjaya menjadikan Liverpool kembali sebagai salah sebuah kelab terbaik di England dan eropah. Mbappe juga dipercayai merupakan salah seorang peminat Klopp.

Oleh kerana itu, ia tidak sukar untuk membayangkan Mbappe mahu beraksi di bawah seorang jurulatih yang berkarismatik dan dianggap sebegai salah seorang pengurus terbaik dunia pada hari ini.

Cabaran di Premier League

Thiago Silva menyertai Chesea dari PSG pada musim panas lalu dan melabel Premier League sebagai liga paling kompetitif di dunia. Sudah tentu, Silva bukanlah pemain pertama dari luar England yang berpendapat sedemikian.

Pemain lain seperti Bruno Fernandes misalnya mengakui beliau mengikuti perkembangan Manchester United sejak kecil dan bagaimana ia mempengaruhi karier dirinya selepas itu. Kylian Mbappe dan Liverpool turut tidak terkecuali.

Walaupun peluang untuk menyertai Real Madrid dilihat sebagai daya tarikan yang menarik, peluang untuk beraksi di Premier League turut dilihat oleh Mbappe sebagai sesuatu yang menarik. Apatah lagi jika tawaran tersebut datangnya dari juara dunia seperti Liverpool.

Inilah peluang terbaik untuk Mbappe membuktikan dirinya mampu beraksi dan bersaing dengan pemain-pemain terbaik dunia yang lain dalam liga yang dianggap palung sukar.

La Liga hilang sinar

La Liga kini juga dilihat sebagai saingan liga yang mulai hilang sinarnya. Sejak perpindahan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid, jumlah tontonan pada setiap siaran perlawanan telah jatuh merudum.

Perkara ini pasti tidak akan dibantu dengan pemergian Lionel Messi dari Barcelona. Kita boleh juga menganggap El Klasiko Barcelona-Real Madrid semakin hilang auranya.

Kita semua juga tahu masalah kewangan yang dihadapi oleh Barcelona. Real Madrid pula bergelut dengan prestasi di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Adakah benar Mbappe sanggup meningalkan Ligue 1 dan menyertai La Liga yang turut mempunyai risiko dominasi satu pasukan dalam pertandingan domestik mereka?

Peluang jadi bintang di kalangan skuad berkelas dunia

196 mata dan empat trofi dari dua musim terakhir, termasuklah kejuaraan Champions League. Liverpool kini bukan lagi pasukan kerdil dan sekadar pelengkap kumpulan.

Walaupun agak bergelut dengan prestasi pada musim ini akibat kecederaan, Liverpool tetap merupakan pilihan untuk muncul juara di pertandingan elit eropah.

Umtuk rekod Klopp hanya pernah tewas sekali di pusingan kalah mati sejak bergelar pengurus Liverpool. Itu adalah antara sebab utama pemain bertaraf dunia seperti Thiago Alcantara memilih untuk menyertai The Reds.

Selain dari trio serangan yang amat digeruni oleh mana-mana pertahanan pasukan lawan, Liverpool turut dilengkapi dengan Alisson Becker – penjaga gol terbaik dunia; dua bek sayap bertaraf bintang seperti Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson; selain dari pemain pertahanan terbaik dunia iaitu Virgil van Dijk. Bayangkan Mbappe jadi fokal dan bintang utama kepada sebuah pasukan yang memiliki deretan bintang-bintang dunia.

Penyokong fanatik Liverpool

Liverpool dikatakan mempunyai kumpulan penyokong paling fanatik dan setia di seluruh dunia – sejak dua tahun kebelakangan ini. Anfield pula dianggap sebagai the temple of football kerana atmosfera luar biasanya ketika perlawanan.

Satu perkara yang pasti ialah Anfield menawaran sesuatu yang berbeza berbanding Estadio Santiago Bernabeu. Anda tidak akan menemui banner anti pemain, atau penyokong menghina pemain hanya kerana beraksi buruk dalam satu perlawanan.

Di Anfield, penyokong setia Liverpool akan tetap di belakang pemain baik ketika kalah atau menang.

Di Real Madrid, Mbappe mungkin akan mengetuai satu lagi barisan ‘Galatico baharu’. Namun sebagai pemain Mbappe tidak akan mendapat rasa hormat, kesetiaan dan layanan ibarat seorang legenda sepertimana di Anfield.

Wang bukan segala-galanya di Anfield. Satu perkara yang pasti ialah, ‘You’ll Never Walk Alone’.

Penutup

Ia bukanlah perkara yang mengejutkan sekiranya Mbappe memilih untuk ke Premier League bersama Liverpool. Kedua-dua pihak dilaporkan telah melakukan pertemuan sebelum ini.

Kontrak Mbappe di PSG akan tamat pada 2022. Ini bermakna PSG tidak banyak pilihan selain membenarkan Mbappe menyertai kelab pilihannya pada musim panas akan datang, sekiranya gagal mengikat pemain tersebut dalam masa terdekat.

Adakah ianya sudah tersurat Mbappe akan bergelar The Reds selepas musim ini?

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

 

Baca artikel menarik lain mengenai Kylian Mbappe di sini:

Kylian Mbappe Menang Anugerah Golden Boy, Ramai Keliru Rashford Atasi Gabriel Jesus?

Video: Gerakan Tanpa Bola Mbappe vs Bayern Yang Efektif

VIDEO: Analisis Cara Menyekat Pergerakan Kylian Mbappe Ketika Perlawanan

Mbappe Tolak Spekulasi Bakal Pindah Ke Real Madrid, Ini Sebabnya!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN