5 Sebab Kipre, Si Deep Lying Forward Ini Penting Untuk Terengganu

Kipre Tchethe antara nama yang terus menjadi tumpuan dalam kempen domestik musim ini. Sejak menyertai Terengganu, Kipre menjadi pemain yang disayangi oleh peminat Skuad Penyu.

1. Kerajinan

Beliau adalah pemain yang sentiasa berlari di dalam padang. Sentiasa cuba untuk terlibat dalam aksi termasuk bertahan.

Work-rate yang tinggi ini membuatkan beliau sentiasa menjadi watak dominan di dalam pasukan.

2. Baka Istimewa

Beliau adalah penyerang yang boleh beroperasi sebagai no.10, no.9 dan juga sebagai penyerang sayap.

Kami ada menjelaskan, jika beliau diarahkan bermain sebagai penyerang utama dalam sistem serangan bertiga, beliau bukanlah no.9 yang hanya menunggu di atas dan suka ‘duduk diam’.

Kipre akan tetap turun ke bawah, terutama sekali ke tengah dan membuka ruang kepada rakan lain di kiri dan kanan. Itulah peranan ‘deep-lying forward’.

Anda boleh baca analisis kami di sini:

3. Kepantasan

Beliau adalah pemain yang memiliki kepantasan untuk menggerakkan bola terutama sekali ketika serangan balas. Jadi, untuk pasukan yang beraksi dengan garisan pertahanan agak tinggi, pemain ini adalah musuh utama mereka.

Kredit: Terengganu FA

4. Keupayaan teknikal

Beliau memiliki kemampuan untuk menggelecek dan skil teknikal yang baik. Pemain yang boleh dikategorikan sebagai pemain berpusat graviti rendah (low centre of gravity) ini, pastinya memiliki stabiliti yang baik ketika duel.

5. Fokus dalam padang

Foto: Terengganu FA

Beliau setakat ini antara pemain yang sangat baik tumpuan dalam padang meskipun di dalam tekanan. Jadi, Kipre adalah tipikal pejuang.

Dengan keupayaan untuk menjaring dan mencipta gol, tumpuan yang tinggi ini sangat membantu beliau.

Gambar Ihsan: Ahmad Ridhuan – asiana.my – All Sports Images And News Agency

Itulah serba sedikit pandangan kami tentang Kipre Tchetche yang setakat ini menjadi antara pemain yang cemerlang pada awal musim domestik kita.

Selamat maju jaya Kipre!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN