5 Sebab Kenapa Manchester United Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan EPL Musim Ini

Manchester United EPL

Manchester United sekali lagi keciciran mata apabila sekadar seri tanpa jaringan bertemu Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park pada awal pagi tadi.

Keputusan perlawanan tersebut pastinya mengecewakan penyokong United yang melihat pasukan mereka semakin jauh dengan kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2013.

Ketika juara bertahan Liverpool sudah pun mengibarkan bendera putih untuk mengulangi pencapaian pada musim lalu, United pula gagal mengambil kesempatan sebaiknya.

Persoalannya, adakah United masih berupaya merangkul kejuaraan yang diimpikan pada musim ini, atau mereka sudah boleh melupakan angan-angan tersebut?

Konsistensi Manchester City

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini ketinggalan 14 mata selepas pendahulu liga Manchester City meneruskan rekod kemenangan mereka dalam 21 perlawanan termasuk ketika menewaskan Wolves tempoh hari.

Walaupun City bermula agak perlahan pada musim ini, Pep Guardiola itu sedikit demi sedikit berjaya menemui rentak kemenangan tepat pada masanya untuk memastikan kejuaraan semakin hampir dengan mereka.

Apatah lagi dengan pemain-pemain utama seperti Sergio Aguero, Aymeric Laporte dan Kevin de Bruyne yang sebelum ini mengalami kecederaan dan sudah cergas sepenuhnya untuk membantu City menamatkan saingan musim ini.

Kapten Tidak Berkaliber

Ketika aksi berdepan Crystal Palace pada awal pagi tadi, penyokong United dikejutkan dengan kejadian perbalahan mulut di antara kapten Harry Maguire dengan Marcus Rashford pada separuh masa kedua.

Berdasarkan rakaman video yang dapat menangkap gerakan mulut penyerang England tersebut, beliau telah berkata sesuatu yang agak kasar kepada rakan sepasukannya itu.

Ia agak mengejutkan kebanyakan penyokong United kerana bagi mereka agak sukar untuk melihat Rashford marah seperti itu.

Corak Permainan Membosankan

Pengulas Sky Sports, Gary Neville dalam komentarnya selepas perlawanan jelas kecewa dengan aksi yang ditampilkan oleh bekas pasukannya itu.

“Kamu boleh menang, kami boleh kalah, kamu boleh seri, tetapi kamu tak boleh jadi pasukan yang membosankan seperti mana perlawanan malam ini,” ujar bekas kapten United itu.

Taktikal Solskjaer yang berterusan menggunakan dua pemain tengah bertahan juga telah membuatkan penyokong United sendiri sudah semakin ‘meluat’ dengan corak permainan yang ditampilkan.

Walaupun United cuma tewas sekali sahaja dalam saingan EPL sejak November, namun mereka terlalu banyak keciciran mata akibat keputusan seri.

Jadual Padat

Isu utama buat mana-mana pasukan EPL ketika ini adalah kepadatan jadual yang menyebabkan pemain tidak cukup masa untuk kembali ke tahap kecergasan terbaik mereka.

Malah ayam tambatan mereka Bruno Fernandes juga agak bergelut untuk mencipta impak positif dalam perlawanan ini. Namun apa yang menghairankan adalah tindakan Solskjaer yang hanya memasukkan dua pemain simpanan sahaja berbanding tiga yang diperuntukkan.

United juga masih bersaing di Liga Europa dan Piala FA yang pastinya memberi lebih banyak bebanan buat mereka dan jelas pemain mereka akan terus mengalami keletihan jika Solskjaer tidak menggilirkan pemainnya.

Tumpu slot ke UCL

Berdasarkan keadaan semasa, apakah sasaran realistik buat United pada musim ini? Mungkin Solskjaer sudah boleh menumpukan perhatian untuk menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan teratas memandangkan jarak mata dengan pasukan-pasukan lain tidaklah terlalu jauh.

Jika gagal meraih kejuaraan sekalipun, mereka masih boleh berusaha untuk memastikan slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim depan dapat dicapai untuk menarik lebih ramai pemain berkaliber bagi menyertai pasukan mereka selepas ini.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artkel kami yang lain mengenai Manchester United:

Manchester United Menawarkan 3 Pemain Kepada West Ham Untuk Dapatkan Declan Rice

3 Kelab Yang Boleh Disertai Dean Henderson Jika Terus Dipinggir Manchester United

Debut Shola Shoretire, Peningkatan Daniel James & Projek Pemain Muda Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN