5 Sebab Kenapa Kedah Patut Menjuarai Piala Malaysia 2017

Kedah mara ke final Piala Malaysia untuk kali ke-13. 5 sudah berada di dalam kabinet mereka. Berikut adalah 5 sebab kenapa Kedah patut menjuarai Piala Malaysia 2017.

1. Pelengkap generasi free flowing football

Kedah berjaya membentuk generasi bola sepak yang berkualiti dengan DNA bola sepak berasaskan free flowing football.

Kredit kepada bekas jurulatih mereka, Tan Cheng Hoe sebelum ini dan usaha itu diteruskan oleh Nidzam Adzha.

Generasi ini sudah membantu Kedah mara ke Liga Super sekali lagi dengan menjuarai Liga Perdana 2015. Pasukan ini juga sudah menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017. Tidak lupa juga trofi Piala Sumbangsih 2017.

Kemenangan Piala Malaysia akan membuatkan kelompok ini boleh digelar pakar/specialist dalam cup competitions.

Agak sukar untuk membandingkan dengan generasi double trebles, tetapi skuad yang ada ini boleh memahatkan diri mereka sebagai salah satu generasi terbaik dalam bola sepak Kedah.

2. Antara pasukan terbaik dalam Piala Malaysia setakat ini

Hanya Perak pasukan yang mengumpul lebih banyak mata di peringkat kumpulan. Tetapi pasukan Kedah menjadi pasukan paling produktif di hadapan gol,

Mereka memiliki ratio kemenangan, jaringan dan pertahanan yang jauh lebih baik dalam Piala Malaysia berbanding dengan Liga Super.

3. Nidzam Adzha 

Kredit: FMLLP, Facebook

Sebelum ini Nidzam sudah membawa pulang Piala Sumbangsih dan Piala FA. Jadi, jika menang Piala Malaysia, beliau sudah memiliki 3 gelaran, 2 Piala domestik dan 1 Piala Sumbangsih.

Beliau mewarisi skuad Tan Cheng Hoe, walaupun agak mengecewakan di Liga Super, namun dalam saingan cup competitions, pasukan Kedah masih sangat kompetitif.

4. Kekecewaan Liga Super

Dalam saingan Liga Super, mereka dianggap pasukan yang bersedia untuk memberikan saingan kepada pasukan seperti JDT. Tetapi itu tidak berlaku selepas aksi kurang konsisten terutama sekali pada pertengahan musim.

Jadi, kemenangan Piala Malaysia ini boleh dikira satu merit yang penting untuk pasukan Kedah.

5. Penyokong

Penyokong Kedah telah melalui pelbagai suka duka musim ini. Banyak isu yang mereka kecewa dengan pengurusan.

Daripada isu pembatalan siaran langsung, lesen Liga Super yang lambat siap, lesen AFC, isu jersi tak cukup sehinggalah ke pengurusan tiket perlawanan akhir.

Kemenangan Piala Malaysia ini akan dapat membuatkan penyokong Kedah bergembira dan melupakan seketika segala masalah yang melanda pasukan mereka.

Rumusan

Itu adalah 5 perkara yang kami gariskan, kenapa Kedah perlu menjuarai Piala Malaysia 2017 ini. Selamat maju jaya untuk pasukan Lang Merah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN