5 Sebab Kenapa JDT Patut Menjuarai Piala Malaysia 2017

JDT mara untuk kali ke-2 dalam perlawanan final Piala Malaysia. Berikut ada 5 perkara yang membuatkan pasukan ini berjak menjuarai Piala Malaysia.

1. Pasukan yang mahal

Mereka  memiliki pasukan yang paling mahal di Malaysia. Pada jendela perpindahan pertengahan musim, mereka membeli Mohamed Ghaddar dari Kelantan dengan rekod perpindahan di MSL.

Perlaburan yang tinggi ini pastinya mahu disudahkan dengan satu lagi kejuaraan domestik.

2. Morais sangat mahukannya 

Ulisses Morais ketika menggalas tugas di JDT, antara perkara yang beliau gariskan ialah kejuaraan Piala Malaysia.

Cita-cita beliau ini jelas dan realistik! Beliau mengambil serius kempen Piala Malaysia 2017 berbanding dengan Mario Gomez sebelum ini yang tidak meletakkan Piala Malaysia sebagai keutamaan.

Jadi, Piala Malaysia adalah kejohanan yang boleh dikatakan tugasan penuh Morais. Liga Super beliau mengambil alih pada separuh musim.

3. Pengganti kegagalan di Piala AFC

Kempen Piala AFC JDT musim ini sangat menghampakan. Mereka diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk format antara zonal dalam kejohanan tersebut.

Namun JDT disingkir oleh Ceres dalam pusingan separuh akhir antara zonal, ataupun peringkat kalah mati pertama dalam Piala AFC.

Jadim dengan melengkapkan musim domestik dengan kejuaraan beganda sudah pastilah indah.

4. Pelengkap kabinet

Sejak kelab ini ditubuhkan dan dijenamakan semula pada 2013, pasukan JDT (dahulunya Johor FC) tidak pernah menjuarai Piala Malaysia.

Di bawah era TMJ, Piala Malaysia kekal menjadi piala yang belum dijuarai oleh JDT. Pada 2014, hasrat mereka disekat oleh Pahang menerusi sepakan penalti.

5. Pasukan lebih baik

Harus diakui, JDT adalah pasukan lebih baik dari segi squad depth. Mereka memiliki kualiti pemain yang sangat baik sama ada di kesebelasan utama ataupun pemain yang tidak berada di dalam senarai pasukan utama ataupun bangku simpanan.

Rumusan

Itu adalah 5 perkara yang membuatkan JDT adalah pasukan yang berhak juara Piala Malaysia pada kali ini. Yang pasti JDT turun dengan status pasukan pilihan kali ini. Apa pula kata para pembaca semuanyaBOLA.

Selamat berjaya kepada JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN