5 Rekod Cristiano Ronaldo Yang Sukar Untuk Ditandingi Lionel Messi

Ronaldo

Keupayaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan perkara yang sering diperdebatkan oleh banyak pihak hingga ke hari ini.

Perbandingan antara dua pemain ini bukanlah perkara baharu dalam arena bola sepak di abad ini. Kehebatan dan rekod antara mereka berdua sering menjadi perdebatan hangat dikalangan para peminat bola sepak diseluruh dunia.

Ronaldo dan Messi berkongsi rekod memenangi gelaran anugerah Ballon’d Or sebanyak lima kali.

Bagaimanapun, ada juga rekod Ronaldo yang barangkali sukar untuk dipecahkan Messi.

Rekod apa? Jom kita baca!

1) Memenangi semua trofi kejuaraan dengan dua kelab berbeza

YOKOHAMA, JAPAN – DECEMBER 21: Cristiano Ronaldo of Manchester United celebrates at the final whistle during the FIFA Club World Cup Japan 2008 Final match between Manchester United and Liga De Quito at the International Stadium Yokohama on December 21, 2008 in Yokohama, Kanagawa, Japan. (Photo by Koji Watanabe/Getty Images)

Ketika Ronaldo menjulang kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA bersama Real Madrid pada musim 2014/15, beliau telah berjaya mencipta rekod baharu sebagai pemain pertama di dunia yang memenangi setiap trofi kejuaraan dengan dua kelab berbeza.

Ronaldo pernah memenangi semua trofi kejuaraan bersama Manchester United dan Real Madrid. Ini adalah salah satu pencapaian terbesar Ronaldo yang sukar untuk dilakukan oleh Messi sepanjang kariernya.

2) Cetak lebih 50 gol selama enam musim berturut-turut

TOPSHOT – Real Madrid’s Portuguese forward Cristiano Ronaldo celebrates a goal during the Spanish League football match between Real Madrid CF and Girona FC at the Santiago Bernabeu stadium in Madrid on March 18, 2018. / AFP PHOTO / JAVIER SORIANO (Photo credit should read JAVIER SORIANO/AFP/Getty Images)

Bermula dari musim 2010/11 sehingga 2015/16, Ronaldo telah berjaya menghasilkan lebih 50 gol di setiap musim untuk Real Madrid.

Ini adalah rekod yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemain yang beraksi di Liga Sepanyol sebelum ini dan ianya mungkin tidak akan terjadi lagi.

Messi hanya mampu melakukannya untuk tiga musim berturut-turut. Walaupun masih berpeluang untuk menyamai rekod Ronaldo, bintang Argentina itu perlu bekerja keras bagi mencetak 50 gol untuk tiga musim lagi.

3) Penjaring terbanyak liga untuk dua pasukan berbeza

MANCHESTER, UNITED KINGDOM – MARCH 19: Cristiano Ronaldo of Manchester United celebrates as he scores their second goal during the Barclays Premier League match between Manchester United and Bolton Wanderers at Old Trafford on March 19, 2008 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Ronaldo tampil sangat cemerlang ketika mewakili Man. United dengan menghasilkan 31 gol pada musim  2007/08[penjaring terbanyak EPL].

Pada musim 2010/11 bersama Real Madrid, Ronaldo turut berjaya mencipta nama sebagai penjaring terbanyak La Liga dengan menghasilkan 40 gol.

Ronaldo menjadi pemain pertama di lima liga terbesar di Eropah yang berjaya mencetak lebih dari 40 gol dalam satu musim untuk dua kelab berbeza.

Sebaliknya bagi Messi, beliau tidak akan mampu untuk melakukannya selagi masih kekal di Barcelona, rekod tersebut akan terus kekal menjadi milik Ronaldo.

4) Penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dalam 6 musim berturut-turut

Real Madrid’s forward Cristiano Ronaldo celebrates the team’s win at the Santiago Bernabeu stadium in Madrid on June 4, 2017 after winning the UEFA Champions League football match final Juventus vs Real Madrid CF held at the National Stadium of Wales in Cardiff on June 3, 2017. (Photo by Raddad Jebarah/NurPhoto via Getty Images)

Ronaldo mempunyai rekod yang mengagumkan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Beliau memegang rekod sebagai penjaring terbanyak kejohanan selama enam musim berturut-turut.

Lionel Messi juga pernah meraih prestasi tersebut, tetapi beliau hanya mampu melakukan untuk tiga kali berturut-turut. Jika Messi mahu mencapai rekod Ronaldo, sekurang-kurangnya beliau perlu melakukanya bermula musim ini sehingga 2024.

5) Ronaldo tampil di FIFA World XI untuk 3 pasukan berbeza

Cristiano Ronaldo (Juventus FC) celebrates after scoring during the Serie A football match between Juventus FC and Genoa CFC at Allianz Stadium on October 20, 2018 in Turin, Italy.
Final results: 1-1. (Photo by Massimiliano Ferraro/NurPhoto via Getty Images)

Pada akhir tahun 2018, Ronaldo kembali disenaraikan dalam World XI oleh UEFA untuk kali ke-13 sejak 2004.

Oleh itu, Ronaldo menjadi pemain kedua selepas Zlatan Ibrahimovic mencapai pencapaian tersebut dengan tiga kelab yang berbeza [Manchester United,Real Madrid, Juventus].

Rekod ini hampir mustahil untuk dipecahkan oleh Messi, memandangkan beliau perlu bermain untuk dua pasukan lain di Eropah. Bintang Argentina itu kelihatan akan menghabiskan seluruh kerjaya bermainnya untuk Barcelona.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram