3 Persamaan Yang Berlaku Kepada Manchester United & Bayern Munich Ketika Diurus Louis van Gaal

Bagi Louis van Gaal, beliau merancang untuk menjadikan Manchester United sebagai kerja terakhir beliau sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan sebelum bersara pada 2017.

18 bulan selepas mengurus United, van Gaal kini sedang berada di masa yang kritikal.

Selepas kekalahan 1-2 kepada Norwich semalam, Manchester United sudah mengalami kekalahan ke-3 berturut-turut. United juga sudah terkeluar dari UEFA Champions League musim ini.

Tambah teruk, buat kali pertama sejak 17 tahun lepas, United gagal mencatat kemenangan dalam 6 perlawanan berturut-turut.

Van Gaal mungkin menyangka Manchester United mampu memberikannya masa untuk ‘bertenang’ sebelum bersara. Tetapi selepas Jose Mourinho dipecat oleh Chelsea, secara tiba-tiba beliau menjadi ‘cemas’.

Ini kerana Mourinho pernah menyatakan minat secara terbuka untuk mengurus United. Dan kini, beliau sedang mencari kerja baru.

Hubungan van Gaal dengan penyokong dan bekas pemain United sedang berada di tahap terendah. 89% penyokong United mahu beliau dipecat dalam undian online Mirror UK semalam.

Apabila kami melihat kembali bibit-bibit detik pemecatan van Gaal ketika di Bayern Munich, kami menjumpai banyak persamaan dengan situasi yang beliau lalui ketika ini.

Berikut adalah 3 persamaan yang kami jumpa.

1. Gaya permainan yang membosankan

menyu boring

Selepas dipecat oleh Bayern Munich pada pertengahan musim 2010/2011, presiden kelab Uli Hoeness memberitahu media ‘tiada apa yang menghiburkan tentang bola sepak Bayern’ ketika diurus oleh van Gaal.

Bukankah ini yang sedang dilalui oleh Manchester United ketika ini?

Menurut Opta, United hanya melakukan 7 rembatan tepat ke arah gol dalam 4 perlawanan liga di Old Trafford. Ini sesuatu yang tak boleh diterima mengikut standard Manchester United.

2. Menggantikan pemain senior dengan pemain muda

Ketika United memerlukan inspirasi daripada bangku simpanan untuk mendapatkan gol ketika sedang ketinggalan 1-2 menentang Wolfsburg, van Gaal melakukan pertukaran pemain yang mengundang cacian penyokong United.

Juan Manuel Mata yang menyumbang assist gol Anthony Martial digantikan oleh Nick Powell. United kalah 2-3 dan terkeluar daripada Champions League.

Nick-Powell-2

Di Bayern, presiden Uli Hoeness masih ingat detik van Gaal menghancurkan keyakinan barisan pertahanan Bayern dengan meletakkan Hans-Jörg Butt di bangku simpanan.

“Semuanya jadi tak betul bila dia (van Gaal) menggantikan Hans-Jörg Butt dengan Thomas Kraft. Keputusan itu menyebabkan pertahanan jadi tak yakin. Saya terus hilang sabar.”

3. Bergaduh dengan pemain senior

Jika di Barcelona, van Gaal bergaduh dengan Rivaldo, Giovanni, Hristo Stoichkov dan Victor Valdes (di United juga). Di Bayern, van Gaal bergaduh dengan Hans-Jörg Butt, Lucio, Franck Ribery dan Luca Toni.

i. Hans-Jörg Butt

Hans-Jorg-Butt-006

Menurut Hans-Jörg Butt, van Gaal bertanggungjawab menamatkan kariernya di Allianz Arena.:

“Saya bermain dengan baik. Tiada sebab kenapa dia (van Gaal) perlu mainkan Thomas Kraft. Susah saya nak faham. Dia pun tak beritahu apa yang saya perlu buat untuk masuk kesebelasan utama.”

“Saya tak boleh buat apa-apa. Saya tiada peluang.”

ii. Luca Toni

1596531993-luca_toni_dpa_01_20121021-141516-1bjL8F0ef

Luca Toni pula langsung berterus-terang mengapa beliau tak sukakan van Gaal. Menurut laporan media, van Gaal menarik telinga Toni selepas melihatnya duduk bermalasan ketika acara makan malam.

“Cara dia layan pemain senior tak macam manusia langsung.”

iii. Robin van Persie

_The_attacker_player_of_Manchester_United_Robin_van_Persie_got_a_yellow_card_049872_

Di Manchester United, van Gaal bergaduh dengan Robin van Persie pula – pemain sama yang menjulang skuad Belanda pimpinannya ke tempat ke-3 keseluruhan.

“Saya diminta (oleh van Gaal) untuk bermain di pasukan simpanan, untuk dapatkan kecergasan semula. Tapi saya masih tak dapat main (skuad utama) semula.”

“Atmosfera antara saya dengan Louis berubah dan ramai orang di kelab nampak.”

iv. Rafael

Rafael

Bekas bek kanan United, Rafael turut menjadi mangsa van Gaal sehingga menimbulkan semula spekulasi – van Gaal tak sukakan pemain Brazil.

“Saya tahu dia tak sukakan saya. Saya tak tahulah jika ianya disebabkan saya orang Brazil.”

“Karier saya berkembang baik sehinggalah detik Ferguson keluar. Perubahan itu membunuh karier saya.”

v. Pemain misteri

Baru-baru ini, media UK melaporkan sekali lagi seorang pemain United yang tak sukakan van Gaal.

Bercakap kepada BBC Radio 5live, wartawan Telegraph, Jason Burt berkata:

“Saya perlu berhati-hati dengan kata-kata saya. Sebab saya baru saja bercakap dengan seorang pemain United.”

“Dia memberitahu saya, dia hanya mampu mempamerkan separuh potensinya kerana cara pasukan mereka bermain.”

“Dia rasa ini tak adil untuk dirinya. Untuk peminat. Dia tak boleh luahkan perasaannya dan dia susah nak bermain dengan bagus dalam pasukan sekarang.”

Kesimpulan

Persamaan yang ditunjukkan Louis van Gaal di Bayern sebelum dipecat pada 2011 sedang berulang sekali lagi. Cuma kali ini, ia berlaku di Manchester United pada 2015.

Pemain muda United mungkin menghargai sumbangan van Gaal kepada karier mereka, sebagaimana Thomas Muller, Holger Badstuber dan Bastian Schweinsteiger menghargai sumbangan van Gaal di Bayern.

Tetapi Manchester United sentiasa menghargai pemain senior yang berkualiti. Penyokongnya pula sentiasa mahu bola sepak menyerang. Bekas pemainnya pula mahukan legasi kemenangan United diteruskan.

Dengan Jose Mourinho dan Pep Guardiola dikhabarkan berminat mengambil alih United, van Gaal mungkin terpaksa bersara awal.

Baca juga: Kenali Pete Boyle, Lelaki Yang Mencipta Chants Ikonik Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram