5 Perpindahan Pemain Yang Melibatkan Kerjasama Juventus Dan AC Milan

Juventus dan AC Milan merupakan seteru utama dalam saingan Serie A, Itali.

Bagaimanapun, hubungan diantara pihak pengurusan dari kedua-dua kelab dilihat amat baik.

Ianya dapat dilihat melalui usaha sama dan kesepakatan yang jitu dalam urusan jual beli pemain di antara kedua-dua kelab tersebut.

Sebelum ini, ada beberapa nama pemain yang terlebih dahulu sudah terlibat dalam urusan jual beli diantara Juventus dan AC Milan. Siapakah mereka ?

1. Roberto Baggio

Roberto Baggio menyertai Juventus pada tahun 1990 dari Fiorentina.

Karier di Turin telah berjaya mengangkat namanya sebagai salah seorang penyerang terbaik dan paling digeruni di Itali.

Beliau berjaya meraih pelbagai kejayaan dengan membantu Juventus memenangi banyak kejuaraan. Antaranya ialah gelaran Serie A, Coppa Italia dan Piala UEFA.

Selepas 5 tahun berkelana di Turin, akhirnya Baggio dijual ke AC Milan setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Baggio secara rasminya diumumkan sebagai pemain AC Milan pada 1 Julai 1995 dengan rekod perpindahan yang dicatatkan sebanyak €7.5 Juta.

Selama dua musim khidmat Baggio di Milan. Beliau hanya berjaya membantu kelab itu meraih satu gelaran Serie A pada musim 1995/96.

2. Edgar Davids

Selepas nama Edgar Davids ‘meletup’ di Belanda bersama Ajax Amsterdam, beliau telah mendapat tawaran dari kelab AC Milan.

Apa yang mengejutkan, Edgar Davids didatangkan ke Milan dengan nilai perpindahan secara percuma.

Pengurus AC Milan ketika itu, Giorgio Morini amat memerlukan khidmat Davids untuk membantu Marcel Desailly bagi mengukuhkan jentera tengah pasukan dan beliau berjanji akan memastikan Davids sentiasa disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Namun begitu, janji hanya tinggal janji. Kehadiran Davids ke AC Milan hanyalah sekadar pemanas bangku simpanan pasukan.

Akibat kurang diberi perhatian dan jarang dimasukkan dalam perlawanan, akhirnya Davids memutuskan untuk meninggalkan kelab tersebut pada tahun 1998 dan menyertai Juventus.

Karier Davids di Juventus agak cemerlang. Di bawah bimbingan Marcelo Lippi  beliau menjadi pemain utama dalam pasukan.

Davids telah berjaya membantu Juventus menjuarai tiga kali gelaran Serie A.

3. Filippo Inzaghi

Juventus membeli Inzaghi pada tahun 1997 selepas melihat prestasi yang cemerlang bersama Atalanta.

Kehadiran Inzaghi berjaya memberi impak yang besar buat Old Lady apabila beliau berjaya membantu kelab itu menjuarai saingan Serie A dan Supercoppa Italiana.

Selepas 5 tahun mengecapi pelbagai kejayaan bersama Juventus, akhirnya kelab itu melepaskan Inzaghi dan menjualnya kepada AC Milan pada tahun 2001.

Berita perpindahan Inzaghi menjadi berita paling sensasi ketika itu.

AC Milan telah membayar sebanyak €36.15 juta  untuk mendapatkan khidmat penyerang Itali tersebut.

Di Milan, Inzaghi telah berjaya membantu pasukan meraih dua kali gelaran Scudetti dan dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

4. Christian Abbiati

Penjaga gol kelahiran Itali, Christian Abbiati memperkuatkan AC Milan selama 15 tahun sejak 1998 sehingga 2016.

Selama tempoh tersebut, beliau telah berjaya menikmati pelbagai kisah pahit dan manis bersama kelab tesebut.

Membantu AC Milan menjuarai  tiga gelaran Serie A dan satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah, telah berjaya meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama pemain lagenda yang pernah di miliki kelab tersebut.

Tetapi tahukah anda, pada musim 2005/06, Abbiati sempat dipinjamkan ke Juventus.

Pihak pengurusan Juventus memohon jasa baik AC Milan untuk meminjam khidmat Abbiati buat sementara waktu bagi menggantikan Gianluigi Buffon yang mengalami kecederaan.

Perkara tersebut berlaku meskipun Juventus sudah memiliki penjaga gol simpanan yang lain seperti, Claudio Scarzanella dan Landry Bonnefoi.

Ternyata mereka berdua masih belum cukup menyakinkan pengurus Juventus, Fabio Capello ketika itu.

Di Juventus, Abbiati hanya berpeluang beraksi dalam 19 perlawanan sahaja, selepas tempatnya diambil alih semula oleh Buffon. 

5. Andrea Pirlo

Pemain tengah Itali ini tidak dilanjutkan kontraknya oleh pihak pengurusan AC Milan kerana menganggap karier terbaiknya menghampiri penghujung.

Peluang keemasan itu diambil sebaiknya oleh Juventus dan mereka dengan segera membuka tawaran untuk mendapatkan khidmat Pirlo.

Pirlo berhijrah ke Juventus dengan rekod perpindahan secara percuma selepas  kedua-dua kelab mencapai kata sepakat.

Selepas beberapa musim, jelas terbukti bahawa keputusan Bianconeri itu ternyata sangat tepat.

Pirlo telah berjaya membantu Juventus meraih empat gelaran Scudetto secara berturut-turut.

Penutup

Terbaru, Juventus dan AC Milan terlibat dalam perpindahan tiga pemain iaitu Gonzalo Higuain, Leonardo Bonucci dan Mattia Caldara.

AC Milan telah mengikat Higuain dan Caldara, manakala Juventus pula berjaya mengembalikan Leonardo Bonucci untuk bersama pasukan mereka.

Urusan kerjasama mengenai perpindahan bagi ketiga-tiga pemain tersebut bukanlah perkara baru bagi dua kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN