36 ‘Shots’ Liverpool, Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan Man. United Di Anfield

Liverpool memastikan derbi Barat Laut England milik mereka dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Manchester United. Sadio Mane dan Lingard meletakkan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Xherdan Shaqiri menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan kepada tuan rumah.

1. Shaqiri selamatkan Liverpool dan Alisson

Xherdan Shaqiri masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73. Beliau terus memberikan impak dengan menjaringkan gol pendahuluan ke-2 Liverpool. Sebelum itu Liverpool diikat 1-1 kerana kesilapan Alisson.

Shaqiri menambah 1 lagi gol untuk memastikan pasukan terbaik dalam perlawanan ini mendapat keputusan selayaknya.

£13.5 juta pada Shaqiri memang harga lelong walaupun ramai sebelum ini menganggap Shaqiri mungkin pembelian merugikan.

2. Liverpool tamatkan badi Man. United

Berapa kali Liverpool dihampakan oleh Manchester United dengan kegagalan mencipta kemenangan. Paling mengecewakan adalah pada beberapa perlawanan di mana Liverpool gagal memecahkan ‘bas’ Manchester United sebelum ini.

Pada malam di Anfield, Jose Mourinho menggunakan pendekatan defensif sekali lagi. Dalam temuramah selepas perlawanan beliau menyatakan Liverpool ada tanda-tanda akan tertekan (frustrated) apabila Lovren dan Van Dijk mulai melakukan percubaan jarak jauh.

Itu antara peluang United untuk melancarkan serangan balas dalam keadaan Liverpool hilang fokus. Sepanjang perlawanan Liverpool melakukan 36 percubaan ke arah gol berbanding 6 oleh Man. United.

Ia merupakan rekod yang pastinya tidak mahu diingati oleh penyokong Man. United yang mengharapkan pasukan mereka tampil lebih baik.

Liverpool menang 3-1 apabila pemain gantian memberikan impak. Sekaligus menamatkan badi tanpa kemenangan 8 perlawanan mereka – selepas kali terakhir mereka menang pada Mac 2014 di Old Trafford.

3. Liverpool masih tak kalah

Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah dalam EPL selepas 17 perlawanan musim ini. Ianya permulaan terbaik Liverpool dalam sejarah kelab mereka dalam EPL. Mereka juga sudah 18 perlawanan secara keseluruhan dalam EPL termasuk musim lalu.

Rekod ini sekaligus membuatkan Klopp mengatasi rekod Benitez dengan 17 perlawanan EPL tanpa kalah.

Kemenangan ini juga membolehkan Liverpool terus berada di puncak liga memintas satu lagi pasukan Manchetser.

4. Permulaan terburuk Manchester United

Salah satu sebab Man. United mahu mengelakkan kekalahan di Anfield adalah untuk mengelakkan diri daripada mencatat rekod permulaan terburu dalam EPL.

Mereka kini; 17 perlawanan, 19 mata di belakang pasukan tangga teratas, hanya mengutip 26 mata, 5 kekalahan. Sekaligus membuatkan ini adalah permulaan musim terburuk Man. United sejak 1990/91 – juga dengan 26 mata.

5. Klopp vs Mourinho

Klopp ternyata melakukan pengurusan dalam perlawanan (in game management) yang lebih baik berbanding dengan Mourinho.

Selepas tamat perlawanan Mourinho menyifatkan lawan mereka serba lengkap dan menurunkan skuad terkuat. Mourinho juga menyatakan para pemain beliau tak mampu menyaingi dinamik, intensiti dan fizikaliti oleh Liverpool.

“Liverpool pasukan lebih baik, kita tak mampu meyaingi fizikaliti dan intensiti mereka. Keputusan terbaik yang kami boleh dapat hanyalah seri,” kata Mourinho.

Secara taktikal Liverpool mendominasi perlawanan dan lebih positif untuk menyerang.

Alisson walaupun melakukan kesilapan – beliau sebenarnya pemain yang paling tidak sibuk dalam perlawanan ini. Pada separuh masa kedua, Man. United tidak melakukan sebarang percubaan tepat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN