5 Perkara Daripada Kemenangan Liverpool Ke Atas Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Liverpool menang 2-1 ke atas Wolves dalam kunjungan mereka ke Molineux. Jaringan kemenangan lewat oleh Roberto Firmino meletakkan The Reds terus kekal dengan rekod tanpa kalah musim ini.

Liverpool mendahului pada separuh masa pertama menerusi Jordan Henderson. Namun pada babak kedua, Wolves memberikan tekanan kepada Liverpool dengan jaringan penyamaan.

Pada aksi lewat perlawanan, Roberto Firmino memastikan 3 mata dibawa pulang oleh The Reds.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.

1. Liverpool 40 perlawanan tak kalah

Liverpool kini sudah 40 perlawanan tanpa kalah dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dalam sejarah Liga Inggeris, hanya ada 5 pasukan yang berjaya mencapai rekod ini.

2. Alisson penyelamat Liverpool

Walaupun Liverpool menang dengan 2 gol berbalas 1. Namun sebenarnya The Reds agak goyah pada separuh masa kedua.

Memaksa Klopp memasukkan Fabinho untuk menambahkan lagi kekuatan pertahanan.

Beberapa kali Liverpool bocor, namun Alisson berjaya menafikan peluang terbuka satu lawan satu, Adam Traore dengan Raul Jimenez.

3. Wolves antara lawan terbaik Liverpool

Walaupun Liverpool cemerlang musim ini. Namun aksi berhadapan dengan Wolves mungkin salah satu aksi paling sukar mereka musim ini.

Adama Traore memberikan masalah besar kepada Liverpool. Seterusnya intensiti yang ada pada Wolves membuatkan Liverpool sukar untuk bertarung dengan mereka terlalu sengit secara fizikal.

Liverpool berjaya melepasi cabaran pasukan yang sangat rajin dan memiliki kualiti yang sangat baik.

Mereka juga menjadi pasukan yang menamatkan rekod tanpa bolos Liverpool selepas 725 minit dalam aksi liga.

4. Roberto Firmino ada rekod unik

Pemain ini memiliki rekod unik. Beliau menjaringkan 10 gol musim ini dalam semua pertandingan untuk Liverpool.

Dan kesemua 10 gol itu hadir daripada aksi beliau di tempat lawan. Gol ke atas Wolves pada aksi awal pagi tadi merupakan jaringan kemenangan untuk Liverpool.

5. Sembilan kemenangan lagi

Berdasarkan kedudukan semasa, Liverpool memerlukan sembilan lagi kemenangan untuk menjadi juara Liga Perdana  Inggeris pada musim ini.