5 Perkara Dari Kekalahan Liverpool Yang Menjadikan Everton Raja Merseyside Baharu

Kerjasama Semuanya BOLA

Everton kini adalah Raja Merseyside yang baharu. Liverpool sekali lagi tewas dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sekaligus bermakna skuad kendalian Jurgen Klopp telah kalah dalam empat perlawanan berturut-turut liga.

Tiga dari kekalahan tersebut, termasuk yang berlangsung pada awal pagi tadi berlangsung di Anfield. Lebih parah, Liverpool kali ini ditewaskan oleh seteru setempat, Everton.

Berikut adalah 5 perkara yang boleh kita ketahui dari perlawanan ini.

Cedera lagi

Situasi posisi pertahanan tengah Liverpool pada musim ini amat kacau bilau. Setelah tiga pemain senior di posisi tersebut semuanya mengalami kecederaan sehingga terpaksa melupakan keseluruhan musim, Jurgen Klopp turut terpaksa berhadapan dengan kecederaan yang menimpa pengganti sementara, Fabinho.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, giliran Jordan Henderson pula mengalami nasib yang sama. Henderson telah meninggalkan posisi asalnya di bahagian tengah untuk memperkuatkan bahagian pertahanan sejak beberapa minggu yang lalu.

Namun pada pertengahan babak pertama, kapten The Reds itu terpaksa dikeluarkan dipercayai akibat kecederaan harmstring.

Situasi tersebut memaksa Klopp menyandarkan bahagian pertahanan kepada gandingan Kabak dan Nat Phillips buat kali pertama – dan gandingan ke-18 pada musim ini. Maka tidak hairanlah kedua-duanya bergelut dengan persefahaman dalam perlawanan ini.

Everton di Anfield

The Toffees tidak pernah menang di Anfield sejak 1999, dan tidak pernah menewaskan Liverpool sejak lebih sedekad yang lalu,

Dan selepas mengharungi 23 perlawanan di semua pertandingan di Anfield, Everton akhirnya memecahkan rekod buruk itu pada musim ini.

Dari kalangan pemain Everton pada hari ini, hanya Seamus Coleman pernah menikmati nikmat kemenangan derb setempat menentang Liverpool, selain daripada pembantu pengurus, Duncan Ferguson ketika masih bergelar pemain.

Bagi pemain-pemain Everton yang lain, kemenangan pada awal pagi tadi adalah yang pertama pernah dicapai oleh mereka.

Ancelotti hantui Liverpool

Carlo Ancelotti sebenarnya mempunyai banyak sejarah pertemuan dengan Liverpool, dan kebanyakkannya berakhir dengan kemenangan kepada pakar taktikal dari Itali itu.

Pertama, sudah tentu adalah perlawanan akhir Champions League bersama AC Milan – satu kemenangan, satu kalah.

Ancelotti turut pernah menewaskan The Reds sebanyak dua kali ketika bersama Chelsea, selain merekodkan dua kemenangan di saingan peringkat kumpulan Champions League ketika Liverpool masih dikendali oleh Brendan Rodgers.

Di era Klopp, Ancelotti turut memenangi dua dari empat pertemuan menentang Liverpool di Champions League pada musim Liverpool mara ke perlawanan akhir sebelum dikecewakan oleh Real Madrid, dan pada musim berikutnya ketika Liverpool bergelar juara eropah.

There has a long been a history of Carlo Ancelotti against Liverpool, with several notable wins for the Italian tactician.

Sejak menyertai Everton pula, Ancelotti telah merekodkan dua keputusan seri, dan satu kekalahan sebelum melengkapkannya dengan kemenangan pada malam ini.

Keputusan penalti oleh pengadil

Sama ada Liverpool mampu menyamakan kedudukan atau tidak dalam perlawanan ini adalah sesuatu yang subjektif dan hanya mengundang perdebatan. Namun satu perkara yang pasti ialah perlawanan ini sudah mempunyai pemenang saat Sigurdsson menyepak masuk sepakan penalti yang diberikan pengadil kepada Everton untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Namun demikian keputusan untuk memberikan sepakan penalti kepada Everton adalah bergantung kepada perskektif. Ia boleh dianggap sebagai keputusan yang terlalu tegas oleh pengadil atau mengarut.

Trent Alexander-Arnold dilihat cuba melakukan terjahan untuk menghadang bola, namun gagal melakukan sebarang kontak terhadap bola mahu pun pemain pada awalnya.

Pada masa sama Dominic Calvert-Lewin yang melakukan percubaan tersebut meneruskan larian dan momentum itu menyebabkan penyerang England tersebut berlanggar dengan pertahanan Liverpool itu sehingga menyebabkan dirinya tersandung di atas padang.

Ia tidak kelihatan seperti satu kekasaran. VAR mengarahkan pengadil melakukan semakan kedua terhadap keputusan memberikan penalti. Pengadil berbuat demikian namun pengadil tetap tidak mengubah keputusannya.

Slot ke Champions League

Dengan Chelsea turut tercicir mata menentang Southampton pada perlawanan yang berlangsung lebih awal, motivasi beberapa pasukan termasuk West Ham, dan Everton pastinya untuk mengakhiri saingan di kedudukan empat teratas liga.

Bagi Everton menang dalam perlawanan derbi Merseyside ini adalah objektif jangka masa pendek agar mempunyai kutipan mata yang sama dengan Liverpool untuk menghidupkan peluang mereka meneruskan persaingan.

Dengan kelebihan satu perlawanan di dalam tangan berbanding Liverpool, kini tiba masanya untuk Everton memasang impian untuk pergi lebih jauh.

Untuk Liverpool, kegagalan untuk mara ke pertandingan Champions League pada musim hadapan akan dianggap sebagai malapetaka.

Penutup

Nyata sekali kini Raja Merseyside telah menjadi milik Everton – sekurang-kurangnya untuk musim ini.

Nyatakan pendapat anda mengenai perlawanan ini melalui platform yang kami sediakan. Kami turut mahu mendengarnya daripada anda.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

Baca artikel menarik yang lain mengenai Liverpool melalui pautan di bawah:

5 Sebab Kylian Mbappe Akhirnya Akan Sertai Liverpool Dan Tolak Lamaran Real Madrid

5 Kualiti Virgil Van Dijk Yang Dirindui & Buat Liverpool Hilang Arah

Senarai Alasan “Ganjil” Pernah Diberikan Klopp Setiap Kali Liverpool Tercicir Mata

Mengenang 10 Pemain Terawal Dibawa Masuk Oleh Jurgen Klopp Di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply